Gila Gusti merupakan filem pertama bertemakan gusti professional di Malaysia. Filem Gila Gusti menampilkan ahli gusti professional yang juga pengasas gusti professional Malaysia iaitu Ayez Shaukat-Fonseka dan Noe "Phoenix" Diana.

Filem Gila Gusti juga dibintangi pelakon Syafie Naswip, Elizabeth Tan, Pekin Ibrahim, Dato' Jalalluddin Hassan, Gotham, Nia Atasha dan ramai lagi. Filem Gila Gusti full movie akan berada di pawagam pada 13 Januari 2022.

Filem Gila Gusti

FILEM GILA GUSTI

Tarikh Tayangan : 13 Januari 2022
Pengarah : Silver Chung
Produksi : APAC Wrestling, Lomo Pictures

PELAKON GILA GUSTI

  • Ayez Shaukat Fonseka
  • Nor "Phoenix" Diana
  • Gotham
  • Syafie Naswip
  • Elizabeth Tan
  • Aisar Khaled
  • Pekin Ibrahim
  • Dato Jalaluddin Hassan
  • Nia Atasha

SINOPSIS GILA GUSTI

Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik iaitu Mamat dan Zul. Mereka sangat obses terhadap gusti dan mengidolakan seorang ahli gusti yang bernama Naga. 

Apabila Naga tewas dalam sebuah perlawanannya dan terus patah semangat untuk terus bergusti. Mamat dan Zul pula nekad untuk membantu idola mereka mencari semula semangat yang hilang demi memenangi semua kejuaraan gusti Asia Pasifik.