Dulu mana pandang giant golden pothos yang dah lama bertakhta kat pokok nan sebatang tu. Dah lama dia hidup menumpang berpaut di batang pokok, terus dah berumah kat situ. Akar dia saja dah boleh buat kita fikir itu pokoknya. Padahal tumpang berpaut je.

Lama lama tengok. Eh macam cantik je kalau tanam dalam pasu lepas tu pacak tiang sabut kat tengah. Mesti cantik bila dia menjalar tersusun je. Kan?

Giant golden pothos price ni kalau jual agak agak boleh jual mahal tak? Rasanya macam wild giant golden pothos je. 

giant golden pothos images

Giant golden pothos care pun tak perlu jaga beria sangat. Mak mentua pun sekadar trim je bila dah tumbuh meliar banyak. Ini pun baru tumbuh semula selepas ditogelkan daunnya. 

Cantik bila dah tumbuh daun-daun baru. Berkilat bertambah cantik nau nau. Eh ter ke Melaka pulak. Maklumlah pernah jadi orang Melaka setahun. Sekolah di Jasin.

Giant golden pothos propagation mudah je. Saya potongkan batang yang ada akar dan letak dalam air dulu sampai dah berakar banyak baru saya pindahkan dalam pasu. Saya ambil sebelum mak potong haritu.

giant golden pothos propagation

Letak dalam air ni lambat sikit pertumbuhan dia. Kena sabar lah sikit untuk dia membesar. Giant golden pothos vs monstera mana lagi cantik? Dua dua pun cantik. Giant golden pothos cantik dari segi coraknya. Monstera pulak cantik dari segi koyak koyaknya.