Bila dah staycation, rugilah kalau tak cuba macam-macam aktiviti yang disediakan. Even rasa nak lepak je kat bilik menikmati seaview. 

Marilah sambung cerita staycation di Avillion Admiral Cove PD. Di bilik ada booklet aktiviti yang disediakan. Setiap aktiviti ada bayarannya dan ada yang percuma.

baca juga : pakej percutian 2 hari 1 malam di port dickson

Cuaca mendung pulak. Hati berbelah bahagi. Nak turun ke tidak atau nak rehat je dulu kat bilik. Memandangkan belum waktu asar lagi. Turun bawah lah jalan jalan sekitar hotel dulu tengok apa yang menarik. 

Niat di hati teringin nak walk on pontoon. Jalan jalan sekitar jambatan terapung atau fish feeding macam menarik je kan. Tapi sayang, cuaca tak mengizinkan. Mendung dan renyai renyai sikit. Terbatal terus niat tu. 

Apa yang menarik di avillion admiral cove

Aktiviti Menarik Staycation Di Avillion Admiral Cove PD

Jadi kita ambil gambar sekeping sebagai kenangan. Sekeping ke? Berkeping keping semestinya!

Pontoon Walk Avillion Admiral Cove PD

Nampak ada berjenis jenis kenderaan beroda. Mulanya macam nak sewa tandem bike tapi hujung hujung pilih double bike berbumbung sebab hujan renyai kan. Plus, encik suami kata senang kalau ambil gambar nanti dua dua nampak. Haaa yelah tu.

Bicycle Avillion Admiral Cove PD

Double bike ke namanya? Entah lupa pulak. Sewa RM35 untuk 20 minit tapi uncle yang uruskan tu kata bolehlah kalau nak lebih masa sikit. Terima kasih uncle! Dapatlah jalan jalan kayuh basikal sekitar Avillion Admiral Cove. 

Nak kayuh leha-leha je sekali beria pulak encik suami mengayuh macam nak berlumba. Apoooo!!! Basikal ni kayuh sorang je pun boleh. Saya tukang ambil video dan gambar je lah. Sesekali encik suami penat, kita pulak sambung kayuh.

Menyesal sebenarnya pilih double bike ni. Susah nak control. Tahu tadi pilih e-scooter atau tandem bike je. 

Bicycle Avillion Admiral Cove PD

Konon nak mandi di kolam. Avillion Admiral Cove ada 3 swimming pool kalau tak silaplah. Macam nak mandi kolam tapi petang tu ketiga tiga pool ada orang. Terus jadi malas pulak nak manda manda di swimming pool. Tambah lagi swimming pool open jadi segan pulak. 

Takut nak mandi kolam pun ye jugak. Kisah hampir tenggelam dulu kat waterpark dah cukup buat saya fobia dengan air. Aquaphobia kan. Tapi kalau tertutup nak jugaklah berendam walau sekejap. Itupun kalau kedalaman tak berapa dalam lah.

Swimming pool Avillion Admiral Cove PD
pandangan dari tangga ke restaurant

Swimming pool Avillion Admiral Cove PD
pandangan dari tepi

Kalau suka aktiviti watersports bolehlah berkayak ke, naik banana boat ke, snorkeling ke dan macam macam lagi aktiviti water sports. Aktiviti ni memang saya tolak lah. 

Dah kata pun aquaphobia. Dah terbayang kalau terjatuh dari banana boat atau berkayak. Terus panik dibuatnya nanti walaupun ada pakai safety jacket tu. Mampu tengok je lah. 

Watersports Avillion Admiral Cove PD

Berhadapan Avillion Admiral Cove ada kawasan untuk aktiviti lasak seperti wall climbing, flying fox, ATV dan macam macam lagi. Semasa saya lalu sini tak ramai orang pun. Almaklumlah hari bekerja. Agak sendu sikit aktiviti lasak macam ni. Lainlah kalau hujung minggu atau ada yang berkursus di sini.

Extreme Sports Avillion Admiral Cove PD

Selepas berbasikal, saya jalan jalan di tepi pantai je. Nak ke pantai ni kena keluar kawasan hotel dan pantai ni terletak di tepi hotel. Port Dickson public beach berdekatan dengan The Grand Beach Resort Port Dickson.

Banyak juga aktiviti menarik pantai ni. Saya jalan jalan je ditepian pantai menikmati panorama pantai yang berlangit kelabu petang tu. 

Beach Avillion Admiral Cove PD

Banyak lagi aktiviti menarik di sini, boleh check di website Avillion Admiral Cove Hotel. Tak rugi pilih bercuti di Avillion Admiral Cove ni. Sesuai lah bercuti dengan keluarga ataupun honeymoon.