Lagu Tinggalkan Diriku, lagu arwah Siti Sarah yang dirakamkan sekitar 2 tahun lalu bersama arwah Lok U dan arwah Aji. Shuib baru mendapat tahu mengenai rakaman ini selepas hari keenam arwah Siti Sarah meninggal dunia.

Shuib bersama Indigital Music telah melancarkan muzik video (MV) lagu nyanyian arwah Siti Sarah, Tinggalkan Diriku live version (showcase rehearsal) pada hari ni 26 November di youtube shuib channel.

Sebak dengar lagu ni. Sebak juga tengok Sepahtu Reunion live 2021 malam tadi Shuib tiba tiba muncul jadi Cameo. Bukan mudah nak 'move on' bila pasangan yang kita sayangi pergi selamanya.

Tinggalkan Diriku Lagu arwah Siti Sarah

Penyanyi : arwah Siti Sarah
Lagu : Tinggalkan Diriku
Lagu & Lirik : Aidit Alfian (Indahkarya Publishing (M) Sdn Bhd)

Lirik lagu tinggalkan diriku

Di dalam terang gelap
Siang kurasa malam
Sejak kau tiada lagi di sini
Hidup rasa bagai terlalu sepi

Kau tahu aku sayu
Lelah aku hanya kernamu
Masih jua dikau gagah melangkah pergi
Berperang aku dengan diri sendiri

Apakah salahku kali ini?
Ingin kau hukum seperti ini
Walau sebaris ayat
Katakan padaku

Andai kutahu sedari dulu
Takakan kuterus menyayangimu
Akhirnya kau yang kucinta
Tinggalkan diriku

Kau tahu aku sayu
Lelah aku hanya kernamu
Masih jua dikau gagah melangkah pergi
Berperang aku dengan diri sendiri

Hu-uuh
Hu-hu-uuh

Kusangka kan kau cinta
Harapanku agar kita kan tetap bersama
Kan terus bahagia
Bukan berpisah begini selama-lamanya, ow

Apakah salahku kali ini?
Ingin kau hukum seperti ini
Hanya sebaris ayat
Katakan padaku

Andai kutahu sedari dulu
Takkan kuterus menyayangimu
Pedih bila kau yang kucinta
Tinggalkan diriku

Andai kutahu jadi begini
Takkan kusimpan engkau di hati
Akhirnya kau yang kucinta
Tinggalkan diriku

Di dalam terang gelap
Siang kurasa malam


sumber : Shuib channel