Alkisahnya kesinambungan dari makan kacang kayangan si pistachio tu. Makan kacang kayangan terus ke klinik kayangan juga. Nak dijadikan cerita, sewaktu saya gigit kulit kacang tu saya rasa macam serpihan gigi saya tanggal.

Hati dah berdebar debar dah ni. Ghisauuu aaa ghisau. Sekali tengok, ada serpihan gigi depan saya yang buat veneer, tampalan gigi depan dulu tanggal. Saya buat composite veneer tahun 2017.

Agaknya saya terlalu gunakan gigi depan yang satu tu, itu yang tak tahan tu. Kulit kacang tu kan keras. Saya pulak lupa tak fikir gigi tu pernah buat veneer. Kenapalah tak guna gigi satu lagi atau gigi tepi. Menyesal tak berguna.

Maka rompong lah gigi depan sikit. Jangan tanya kenapa tak senyum eh. Esok paginya telefon Pusat Pergigian Seremban nak tanya kena buat appointment atau boleh walk in. Sekali dia suruh buat appointment dengan Pusat Pergigian berdekatan dengan rumah.

Telefon pusat pergigian berdekatan dengan rumah, katanya kalau nak buat appointment bulan Disember nanti. Mak oiii lamanya! Itupun baru consult je tau belum lagi nak set appointment. Agak agak entah bila dapat tarikhnya.

Lepas tu telefon semula Pusat Pergigian Seremban, boleh pergi sana tapi consult 29 November dan appointment bergantung pada jenis rawatan dan tarikh kosong. Erm...kecewa dengar. Kalau tak kerana COVID-19, boleh je terus walk in dan settle hari tu jugak.

Fikir rawatan veneer murah lagi buat kat pusat pergigian kerajaan, itu yang terus tanya tu. Lagipun rekod dah ada kat situ kan. Kalau boleh memang nak jimat. Rawatan gigi kerajaan paling mahal yang saya pernah buat tu RM3.

Nak dibandingkan harga veneer gigi klinik kerajaan dengan harga veneer gigi swasta jauh beza. Semua pun tahu. Dalam keadaan terpaksa, saya survey klinik gigi swasta. Kotlah ada yang tak over nau bajet.

Dengan menggunakan kuasa internet, dapatlah set masa untuk consult dulu dengan doktor petang tu. Saya siap siap tanya rawatan dan veneer gigi harga berapa. Untuk harga vener, RM200 sebatang gigi. 

Lepas consult, doktor kata kena makan ubat antibiotik dulu sebab risau kalau nanti ada pendarahan gusi masa buat composite veneer nanti. Kena menunggu lagi lah jawabnya. Lama tak lama seminggu jugalah. Takpelah, asalkan tak lambat sangat kalau buat di Pusat Pergigian kerajaan tu.

ubat antibiotik metrogyl 400mg Xepa thymol mouthwash

Doktor bagi saya ubat antibiotik metrogyl 400mg untuk elakkan efection dan ubat kumur Xepa thymol mouthwash. Total ubat dan deposit buat veneer RM140. Baki RM100 akan dibayar lepas buat veneer nanti.

baca juga : perlu ke flos gigi?

Dalam masa menunggu ni risau jugak gusi membengkak. Kadang risau kalau makanan terkena gusi tu. Lagi lagi makanan yang agak keras. Bagi pressure kat gusi membengkak pulak nanti. Rasa nak makan bubur je tau.

Begitulah tragedi yang menimpa saya masa makan kacang pistachio tu. Benda dah nak jadi. Nak salahkan kacang? Kesian kacang tak bersalah. Hadap je lah. Harapnya nanti buat tu tak sakit. Kadang dengar bunyi mesin tu pun dah boleh rasa stress. 

Tak pasal pasal kena dating dengan doktor gigi pulak next week.