Kerana Setitik Susu, sebuah telefilem terbaru bersiaran pada 30 November 2021, di slot Kuasa 3 malam TV9 jam 9:30 malam. Telefilem Kerana Setitik Susu menampilkan gandingan pelakon Azlee Khairi dan Izara Aishah.

Telefilem Kerana Setitik Susu TV9

TELEFILEM KERANA SETITIK SUSU

Waktu Siaran : Selasa, 30 November 2021, jam 9:30 malam
Siaran TV : Slot Kuasa 3 Malam TV9 
Idea Asal : Jo Sidek
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Rusdi Ramli
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd

SINOPSIS KERANA SETITIK SUSU

Nuh (Azlee Khairi), seorang pemuda yang mengangur memulakan kehidupan dengan mengembala dan menjaja susu kambing demi mendapatkan upah sebotol susu kambing setiap hari untuk merawat sakit ibunya.

Namun akhirnya ibunya meninggal dunia dan Nuh telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan. Nuh mencuba pelbagai pekerjaan dan dia berkenalan dengan Mia (Izara Aishah), seorang wanita yang baru diceraikan suaminya.

Walaupun Mia seorang pemalu dan kurang keyakinan diri tapi dia bersungguh-sungguh untuk bangkit dan menyara diri. Kesungguhan Mia untuk melariskan jualannya membuatkan Nuh kagum dengan semangatnya.

Nuh dan Mia mula menghadiri kursus keusahawanan, mempelajari cara-cara menjual susu secara atas talian dan mencuba sedaya mungkin untuk mencapai target bulanan.

PELAKON DAN WATAK

  • Azlee Khairi sebagai Nuh
  • Izara Aishah sebagai Mia
  • Fimie Don
  • Sefik
  • Ameerul Asyraf
  • Lynnda Sharudin