Seperti yang dijangka, hari Jumaat semalam jammed teruk orang ramai balik kampung selepas pengumuman rentas negeri dibenarkan haritu. Bukan setakat di highway, jalan dalam pun jammed katanya. 

Mujur juga saya dah balik awal hari Rabu haritu. Itu yang dua tiga hari ni tak berapa nak aktif blogwalking. Lupa kejap blog.

Eh, tak lah lupa terus. Macam biasa hari hari saya akan schedule entry auto publish. Taklah sunyi sepi blog.  Sabar jap, ada masa free saya akan blogwalking juga. Kadang baru nak mula panas enjin, ruangan komen buat hal. 

Alhamdulillah dah selamat rentas negeri balik kampung. Kita tuju balik kampung dululah. Bercuti tu cerita lain kali. Minggu ni rasanya semua orang ambil peluang untuk balik kampung dulu, kan.

Rentas Negeri Balik Kampung
rimbun betul pokok janda kaya 



Balik kampung pun tak bagitahu mak abah. Saja surprise. Risau kalau bagitahu awal, nanti tak senang duduk menanti kita tak sampai-sampai. Malas juga nak bagitahu awal takut nanti mak susah payah masak makanan. 

Dah nak sampai baru telefon mak. Ceria dengar suara anak nak balik. Sebelum tu abah ada telefon juga tanya bila nak balik. Agak hampa dia bila dengar kita belum boleh balik lagi. Lega jugak dapat balik ni sebab mak abah pun dok tertunggu anak anak balik, kan.

Sehari sebelum saya balik, abah baru masuk air. Doktor datang rumah sebab abah lemah dan tak boleh tidur. Abah mintak nak masuk air. 6 botol air doktor bagi. Maka, tiba tiba lah kita jadi nurse tak bertauliah. Tukar botol dan adjust dripping air tu.

Selebihnya kakak check gula dan blood pressure abah. 

Masuk air

Lepas habis 6 botol air masuk badan, abah cergas sikit. Alhamdulillah. Cuma tidur malam tu yang payah nak lelap mata katanya. 

Saya pun sejak balik kampung agak payah gak nak lelap. Cuaca sekarang panas betul. Dijangkakan cuaca panas akan berakhir minggu ni. Harapnya begitulah. Bahang betul tak kira siang malam. Tidur malam dah macam sauna. 

Banyak kali mandi tu jangan ceritalah. Air pun panas ibarat macam guna water heater dah. Sabar je lah kan musim panas ni. Cooobaan...

Pagi pagi dapatlah cuci mata belek belek pokok hijau mak dan dapat lah sun-kissed tak seperti biasa.

sunshine sun-kissed

Paling nikmat dapat menikmati nasi lemak daun pisang tanpa perlu beli. Mak masak, berselera makan. Lama betul tak makan nasi lemak mak masak. 

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang