Dah beberapa kali dapat merasa buah avocado kampung yang besar ni. Saya panggil avocado kampung sebab dia membesar di kampung. Ada sebatang pokok nan sebatang kat belakang rumah kampung encik suami.

Buah avocado ni tak lah selalu berbuah. Jarang-jarang berbuah. Kalau berbuah tu ada banyak jugaklah. Sekarang tengah berkampung di kampung, belek-belek pokok avocado. Eh, ada buahnya pulak. Nampak 4 biji je. Tak tahulah kot ada lagi.

Buah avocado kampung

Tak pasti buah avocado masak ke belum. Jangan tanya saya cara pilih buah avocado. Tak pakar sangat. Tapi kalau belum masak, ada cara peram buah avocado. Bungkus je gunakan kertas.

Tak pernah lagi kot nampak orang jual buah avocado macam ni. Yang biasa kita nampak tu jenis avocado import, kan? Saya pun lupa dah rasa buah avocado import tu macamana sebab pernah beli beberapa kali je. Nak bandingkan pun tak tahu. Rasanya lebih kurang kot.

Kalau buat air buah avocado ni penuh satu jug. Pekat dan sedap! 

baca juga : resipi air buah avocado

Cara makan buah avocado ada pelbagai cara. Boleh makan begitu saja, campurkan dengan salad, jadikan isi sandwich, buat topping oats sarapan pagi dan macam macam lagi lah.

Buah avocado ni memang sesuai untuk mereka yang sedang diet. Banyak khasiat buah avocado ni. 

baca juga : 7 sebab buah avocado sesuai untuk diet

Tapi kan harga buah avocado di Malaysia ni bukan biasa-biasa. Nama pun buah import, mahal sikit lah. Nak beli selalu tu memang tak lah. 

Putik bunga buah avocado

Perasan juga ada banyak putik bunga buah avocado ni. Putik je banyak tapi jarang nampak buahnya lebat.