Siapa yang tak kenal dengan bubble bee Shuib ni kan. Sekarang dah merata-rata franchise bubble bee Shuib ni. Franchise bubble bee di Segamat baru je buka milik Achey. Baru tak baru sangatlah, dah lama jugak rasanya.

Disebabkan Achey orang Segamat, rezeki orang Segamat jugalah dapat merasa pelbagai produk bubble bee menu Malaysia ni. Kebetulan haritu saya balik Segamat dan singgah berdekatan dengan bubble bee ni, dapatlah membeli. Itupun sebab tak ada orang lansung.

Sebelum ni nak membeli tengok ramai orang beratur terus tak jadi beli. Alang-alang dah sampai dan tak ada orang, berdesup lah membeli. Tapi beli satu je lah. Disebabkan cuaca tengah panas masa tu, lebih kepada nak minum air bukan makan ice cream.

Encik suami order caramelized honey golden pearl, sejenis minuman susu dicampurkan dengan caramelized honey golden pearl. Pearl yang diperbuat daripada madu. 

Manis tak manis sangat. Sedang elok je rasa susu madu dia. Cuma agak terganggu bila ada pearl ni. Saya agak kurang suka ada pearl so called boba ni sebenarnya.

BUBBLEBEE Caramelized Honey Golden Pearl

Pada saya, minuman dia biasa biasa saja. Harga dia seingat saya RM12 lebih macam tu. Mahal sebab minuman ni ber'madu'. Sudah tentulah mahal.

Lepas ni kena cuba bubble bee ice cream pulak lah. Sekadar ingin cuba merasa.