Cerita pasal tanaman pulak lah. Aci tak? Aci kan je lah. Bukan aci aci bukak pintu ye. Saya ada letak pokok pothos dalam bilik air. Gantungkan sebagai hiasan di tepi tingkap. Yang tak bestnya bila guna peat moss tu bila siram air kotor akan jatuh kelantai. 

Jenuh juga nak tunggu air tu berhenti jatuh dan siram lantai selepas habis air siram menitik. Tak boleh jadi ni, kena gunakan medium tanaman lainlah. 

Pothos sejenis tanaman menggunakan leca pun boleh juga. Maka, bertukar tanam pokok pothos guna leca balls pulak lah. Air siraman kurang kotor bila disiram dan leca balls ni bersifat ringan. Sesuai sangat untuk bunga hiasan gantung.

Encik suami beli leca balls 3 peket yang berharga RM5 sepeket. Saya bukak 2 pek untuk 2 pasu pothos dan ada lebihan tu  saya masukkan leca balls untuk gantikan tanaman pothos dengan batu putih

Cara Tanam Pokok Guna Leca Balls

Nampak cantik juga gantikan batu putih tu. Yang penting leca balls ni function

Apakah leca balls

Leca adalah akronim kepada Lightweight Expanded Clay Aggregate. Ianya merujuk kepada ciri-ciri leca balls iaitu diperbuat daripada tanah liat yang dibakar dan ianya ringan. 

Cara tanam pokok guna leca

Leca balls perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan untuk tanaman.
  • Leca balls  digunakan sebagai medium alternatif  tanaman hidroponik dan tanaman yang tidak menggunakan tanah (soil-less mix). 
  • Dicampurkan dalam tanah untuk membantu sistem saliran air dan pengudaraan dalam tanah.
  • Diletakkan di bahagian atas permukaan tanah sebagai hiasan.
  • Diletakkan di bahagian dasar pasu untuk menaik-taraf sistem saliran air dalam pasu.
Cara Tanam Pokok Guna Leca Balls

Kebaikan menggunakan leca balls

  • Ringan. 
  • Tahan lama.
  • Mampu menyimpan air.
  • Mempunyai kadar kebolehtelapan/porositi yang agak tinggi.
  • Memperbaiki sistem pengairan (drainage) dalam tanah.
  • Memperbaiki sistem pengudaraan yang baik dalam tanah (aeration).
  • Membantu pertumbuhan akar dengan lebih baik.
  • Menggalakkan pertumbuhan pokok.
  • Boleh diguna pakai beberapa kali. Untuk langkah berjaga-jaga, leca perlu disterilkan (10% larutan klorok. Sebagai contoh, 10 ml klorok dicampurkan dengan 90 ml air). Kemudian dikeringkan sebelum digunakan semula.
Biasanya saya akan rendam lama sikit leca balls ni bagi air menyerap dan dia akan mengembang. Lepas tu buang air tu untuk elakkan air bertakung dan elakkan nyamuk bertelur. 

Kalau siram dalam pasu, biar lama sikit sampai leca balls serap air. Tak ada masalah air siraman kotor jatuh ke bawah dah. Dan air pun tak bertakung. Bila tak ada aiar bertakung pada tanaman, tak ada lah masalah akar rosak. Tak ada juga masalah serangan serangga perosak. Begitulah cerita dia.