Kali terakhir masak nasi goreng sardin bulan Julai haritu. Itupun check entry lama. Lepas tu tengok gambar, eh macam sama pulak gambarnya. Pinggan pun sama beralaskan tikar mengkuang. Kejadian nasi pun lebih kurang sama cuma props gambar je berbeza. 

Tapi haritu masak nasi goreng sardin mackerel. Yang ni nasi goreng sardin ikan sardin lebihan lauk sambal sardin yang tinggal sekelar je ikan sardinnya. Selalu macam tu lah, yang tinggal tu lah akan di nasi goreng kan.

Saya masak ikut resipi nasi goreng mudah malas malas je. Yang peliknya saya rajin pulak menumbuk bahan guna lesung batu. Kah!

Nasi goreng sardin kosong je lah kejadiannya tanpa sayur. Timun pun kehabisan stok nak dijadikan ulam. Ada timun lagi sedap sebenarnya. 

resepi nasi goreng sardin mudah

Nasi goreng sardin ada pelbagai versi. Ada nasi goreng cili kering, tapi saya buat nasi goreng sardin tanpa cili kisar. Guna sambal gesek yang sedia ada. Mudah dan cepat siap masak. Ada jugak stok petai, macam nak buat nasi goreng sardin petai tapi macam takut pulak tak termakan nanti.

Jadi, hasrat tu tak menjadi kenyataan sebab tak pernah makan nasi goreng sardin petai. Petai ni hanya dimakan bila dicampurkan dalam sambal sambal je.