Belanjawan 2021 bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' mempunyai tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

E-wallet RM100 2021

Tahun 2020, kerajaan telah memberikan bantuan khas E-Wallet RM50. Pada tahun 2021, kerajaan telah menambah lagi RM50 menjadi jumlah E-Wallet RM100 dan dibayar secara one-off pada setiap orang bermula 2021.

Terkini : Bermula 1 Jun 2021, tebus eWallet RM150

Tebus E-Wallet RM100 2021

Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun.
  • Pelajar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
  • Mempunyai salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti TNG E-Wallet, Boost ataupun Grabpay.

Cara Memohon E-Wallet

Tidak perlu buat permohonan. Janji ada tiga aplikasi TNG E-Wallet, Boost ataupun Grabpay. Lepas tu jangan lupa daftar isi maklumat lengkap dan verifikasi akaun. Bila E-Wallet dah berjaya di salurkan, nanti barulah boleh tebus.

Bantuan E-Wallet akan diperolehi pada Januari 2021 sekiranya layak. Walaupun bantuan e wallet RM100 ni ada yang kata sikit tapi bermakna juga. Kerajaan bagi, kita ambil saja. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Tak gitu?

Dalam keadaan sekarang, apa jua bantuan yang diberikan kita bersyukur. Lepas juga buat bayar touch and go beberapa hari tu. Lepas juga bayar bil. Lepas juga nak membeli makanan atau shopping.

Tahun lepas peram lama juga RM50 dalam aplikasi TNG e-wallet tu. Dah hujung hujung nak expired baru guna. Itupun tinggal RM4.++ lebih tak sempat dihabiskan. Kalau dapat bantuan e-wallet RM100 kali ni, kita kasik settle apa yang penting dulu. 

Januari dah berlalu pergi. Bayang-bayang e wallet masih belum nampak. Buat masa ni masih belum ada update terkini lagi. Harap sabar menanti.