Tahu tak roti bulan sabit? Tak tahu? Haa kalau sebut croissant confirm terus kenal. Macam comel pula nama dia dalam Bahasa Melayu.

Roti Bulan Sabit/ Croissant

Roti bulan sabit dalam bahasa Melayu dan bahasa Perancisnya croissant. Roti bulan sabit sejenis roti pastri berbentuk seperti bulan sabit yang asalnya dari Perancis. 

Perkataan asal dalam bahasa Inggeris crescent. Di perancis, croissant dijual kosong tanpa isi dan dimakan begitu saja.

Pronounciation Croissant

UK: /ˈkrwʌsɒŋ/
US: /krwɑːˈsɒ̃/, /krəˈsɒnt/
French: kʁwa.sɑ̃

How to make a croissant ni bukan mudah ye kawan-kawan. Pernah tengok croissants recipe Light Km di youtube. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi sebab dia ambil masa yang lama untuk siapkan croissant tu.

Lepas uli doh, kena simpan, uli lagi simpan. Lepas tu buat layer by layer lagi. Dah siap, ngap kejap je. Nak membuatnya berjam jam. Orang yang sabar dan rajin je berjaya buat sampai menjadi. saya surrender awal-awal.

Croissant yang sedap adalah yang jenis banyak lapis, nipis dan lembut. Lebih suka chocolate croissant baru lah ada rasa. Beli yang kosong dan celup dengan beryls gourmet milk compound chocolate tu sedap.

Kadang kadang akan beli 7 days croissant chocolate. Cuma 7 Days punya brand tu tak selembut croissant Baker's Cottage. 

Tapi 7 days ada filling dalam tu. Okaylah fine, sama sama menang. Dalam gambar dibawah adalah Butter Croissant Baker's Cottage. Beli sekali dengan roast chicken dan macau egg tarts.

Roti Bulan Sabit @Croissant
  • Flaky, crescent-shaped pastry made with folds of unsalted butter.
Kemain pagi pagi tadi breakfast croissant dengan susu. Pernah terbaca, susu tak bagus minum waktu pagi..kecuali... Sila baca dibawah.

Waktu Terbaik Minum Susu

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Marilah kita stay home, stay safe.