Sumpah pening bila fikir nak makan apa. Nak fikir masak apa lagilah pening. Penyakit perempuan yang tak tahu bila nak sembuh. Kah! Bila isteri dah pening pening lalat, selera pun kemurungan. 

Lalu keluarlah husband membeli lah ayam panggang @roast chicken Baker's Cottage. Cuti gunakan foodpanda. Selain ayam golek bro resepi mak aku bukan mak kau tu, Ayam panggang Baker's Cottage ni pun boleh masuk dalam ayam panggang kegemaran juga.

Ayam panggang Baker's Cottage ni sangat berbaloi membeli bila ada harga promosi. Harga biasa RM16.85 tapi harga promosi ayam panggang baker's cottage RM11.90. Bukan 1 tapi 2 ekor dibelinya. 

Baker's cottage roasted chicken ada dua jenis je iaitu Berbeku (barbeque) dan lada hitam (blackpepper). Beli dua dua jenis tu sekali. Dalam gambar dibawah ayam panggang barbeku. 

Ayam Panggang Baker's Cottage
Maafkan dia kerana kurang sopan

Ayam panggang blackpepper masih dalam bungkusan untuk santapan hidangan dinner pulak.

Dua dua jenis ayam panggang Baker's Cottage ni sedap. Perapan terasa dan daging ayam yang lembut. Senang je isi tertanggal dari tulang tu.

Dilengkapi dengan sos. Lebih kurang macam sos cili. Tapi kan kalau dia sediakan sos blackpepper mesti bertambah sedap. Barulah kena dengan ayam panggang tu. Nak buat sos blackpepper sendiri tak ada kerajinan pulak. Kita makan apa yang ada je lah.

Ayam panggang dibungkus dengan foil paper bag. Paper bag tak bocor dan ayam pun masih panas.

Roast Chicken Baker's Cottage

Baker's Cottage outlet pun dah semakin berkembang. Cari je bakers cottage near me. Selain ayam, ada bun & pastries, cakes dan mooncakes.