25 juta ni kalau tukar jadi tunai, berebut lah masing masing buat blog. Kan? Tapi tak! Perasan angka nak menghampiri 25 juta di sidebar. Get ready lah konon nak tangkap layar 25 juta tepat. Angka 25,000,000 tu berdesup berlalu pergi ye.

Melepas lah bila dah melepasi 25 juta tepat tu. Dapatlah tangkap layar angka yang menarik juga 25, 000,999. Saja ambil nombor cantik belakang tu. Masa tangkap layar dah melepasi 4. 

25 Juta
Simpan lah buat kenangan zaman berblog di masa akan datang berblog dari tahun 2009 tu. Ikutkan 2008 tapi belum aktif lagi masa tu. Baru buat blog masa tu.

Pejam celik pejam celik 12 tahun dah. 

baca juga : pinterest penyumbang terbesar trafik blog

Dari zaman study, zaman bujang, zaman dah berkahwin. Tunggu zaman ada anak pulak. Harap ada rezeki lah panjang umur ada peluang merasainya.

Lama bukan? Tak sangka bertahan selama itu. Setakat ni pernah kurang aktif masa study je. Oh ya, masa kerja pun agak kurang aktif juga. 

Lepas tu konsisten je kot rasanya. Cuma entry tak banyaklah. Plus, banyak yang dah revert draft. Cerita lama usah dikenang. Dulu menulis entah apa apa entah. Baca semula kelakar pulak.

Itulah kenangan blog. Ye, tahu ambil masa yang lama untuk capai tahap tu. Yang belum sampai lagi tu, akan datang sampai lah masanya tu nanti. Sila bertenang.

Alhamdulillah untuk 25 juta ini. Kira satu kejayaan juga dalam berblog ni. Blogger je faham perasaan dia macamana. Semangat lah sikit nak  berblog gitu.