Musim panas, rasa malas betul nak masuk office oil & gas (baca: dapur). Bila dah on gas tu, auto akan jadi panas bila memasak tu kan. Angkat meja berdiri tu letak dapur. Tapi boleh on masa menyediakan bahan-bahan je, tak boleh on masa memasak sebab akan menghala ke dapur gas juga perginya.
Leceh lah pula kan. Jadi,belilah kipas portable ni senang nak angkut atau letak mana-mana yang sesuai sambil memasak tu. Nak bawa jalan-jalan pun okay sangat.
Saya beli GOOJODOQ GFS024 Desktop Fan with Clock & Timer Function di TikTok dengan harga RM60±. Kipas portable dengan paparan waktu. Bolehlah letak atas meja jadikan jam juga.
Saya pilih warna grey classic grey dengan ring warna fuschia. Bawah dia tu ada lubang kalau nak gantung di dinding. Kipas boleh adjust 180°.
Senang nak angkut ke dapur bila nak guna dan letak pada tempat yang sesuai tanpa mengganggu api dapur gas. Kalau tak ada elektrik ke bolehlah guna juga dengan syarat kena rajin charge batterylah bagi penuh.
Selain tu, sesuai juga bawa travel. Kot nak berkelah ke kan. Taklah panas bila ada kipas portable ni. Tak rugi beli sebab sangat berguna.
Saya beli jenama GOOJODOQ ni sebab ramai reviews kata bagus. Sebagai orang yang mudah terpengaruh dengan reviews, jadi beli lah satu. Harap betullah reviews semua tu ye bukan scam.
26 Comments
Sangat berguna kipas itu. Ada rezeki boleh beli.
ReplyDeleteBetul, function sangat. Berbaloi beli.
DeleteBaguuus memang brand Ini kak. Saya ada 1 kipas nya yg mirip begini, tp warna hitam. Sampah sekarang masih awet. Sukaaaa pakai kalau siang. Sebab siang saya tak nak hidup AC.
ReplyDeleteBagus sangat kan. Sangat berguna bila musim panas. Kadang siang On AC juga sebab tak tahan panas bila musim panas ni.
DeleteBetul² brand ni mmg sangat la ramai yg promot.. since kipas tangan, kipas leher dia.. now dah ada plak kipas meja kecil hahaha harus kita pun bakal terpengarih juga nanti ni 🤣🤣
ReplyDeleteTu lah, macam-macam jenis kipas ada. Beli jangan tak beli KakRet. hihihi...
DeleteBrand ni Cie pernah beli portable projector, keyboard & mouse wireless.
ReplyDeleteBagus juga kan brand ni. Ramai yang review kata OK.
DeleteNa beli kipas tangan Gojodok ni jugak. Murah tapi tahan lasak.
ReplyDeleteAntara brand yang bagus kan Na.
Deletebrand ni popular, daktiga pun jika mahu beli gadjet2 camni dorg cari brand goojodoq ni.
ReplyDeleteeh kita tak terfikir pula guna kipas gini bila di dapur. tq idea.
Ya, itu yang kita beli brand ni juga. Banyak review positif.
DeleteKann..boleh guna kat dapur kurang sikit rasa panas bila memasak tu. Kalau tidak berkicap kat dapur tu sampai habis masak. huhu...
Ada ulasan positif haruslah beli. Harap lama berkhidmat.
ReplyDeleteBetul, baca review OK barulah rasa nak membeli. Harap begitulah.
Deletewarna pun cantikkkk
ReplyDeletesy pun baru beli kipas baru
tup tup tak lama kemudian opis kasi kipas juga tapi saiznya lbh kecil
skrg dah ada 2...
part nk mengecas tu plg malas sbb dua2 kena cas lama
Warna dia nampak menyerlah sikit sebab ada ring yang contra warnanya tu kan.
DeleteBaguslah ada dua tu Anies. Haa yeee jenuh juga nak menunggu habis charge.
Biasa dgr juga brand ni.. Mmg skarang cuaca panas, ada portable fan ni best
ReplyDeleteJenama ni agak popular jugalah. Itu yang beli, memang wajib ada boleh guna untuk musim panas ni.
DeleteGOOJODOQ ni famous jugak. my razeen suka beli kipas kecik2 gini..byk jugak his collection.kalau2 kumpul2 ada dekat sedozen kot..mcm2 jenis dan kaler/design/brand
ReplyDeleteYup, brand popular juga ni. Hihi..pengumpul kipas. Senang nak guna bila perlu. Lagi-lagi musim panas ni kan.
DeleteBest kalau ada kipas ini.. ada time display lagi tu.. boleh la buat kerja di rumah depan laptop tak kepanasan ☺️
ReplyDeleteYa, memang sesuai sangat tu. Sambil buat kerja depan laptop, rasa sejuk sikit kan.
DeleteAda juga dapat sample dari seller di tik tok High Speed Fan
ReplyDeleteBest tu dapat sample. Okay tak tapi?
Deletehmmm ammi rasa ammi pun patut guna kipas macam ni je kat dapur. sekarang ni ammi guna stand fan. Tp jadi leceh bila time nak menyapu, mengemop nak alihkan tu satu hal. Kipas pulak bila didapur jadi cepat berminyakkan sebab ammi takde kitchen hood. good idea fiza...tq
ReplyDeleteSaya pun guna kipas berdiri tu letak kat dapur. Leceh nak ngangkut dan kalau masak kena tutup pulak sebab menghala ke dapur dan tempat kita sediakan bahan masak. Beli kipas ni lagi senang nak angkut dan hala mana pun boleh.
Delete