Ehhh..ingatkan dia beli Garrett Popcorn je! Encik Suami beli juga biskut All About Chew. Katanya kalini beli biskut saiz besar pula. Dibungkus dalam kotak kertas bukan dalam tin macam signature chewy cookies haritu.
Big Ass Softy (BAS) Cookies All About Chew
Sedia maklum yang Cookies All About Chew merupakan cookies jenis soft-baked bertekstur lembut, chewy dan agak tebal. Nama Big Ass Softy tu sendiri sudah menggambarkan konsep cookies ini.Bersaiz besar dan lembut. Berbeza daripada cookies yang rangup dan mudah rapuh, BAS Cookies lebih menonjolkan tekstur chewy di bahagian tengah dan bahagian luar yang sedikit rangup.


Tebal sungguh jenis biskut saiz besar ni seperti namanya big ass softy. Encik Suami beli 5 jenis perisa biskut.

Ikut susunan dari atas ke bawah.
Semua pun sedap. Pada mulanya makan biskut matcha tu pelik sikit tapi lama-lama okay je rasa dia.


Untuk simpan cookies ni biar tahan lama, bolehkan ikut cara-cara di bawah ni. Biasanya memang makan sikit-sikit je. Tak mampu nak makan habis sekali hadap. Benda boleh simpan lama kan.

Tebal sungguh jenis biskut saiz besar ni seperti namanya big ass softy. Encik Suami beli 5 jenis perisa biskut.

Ikut susunan dari atas ke bawah.
BACS (Big Ass Chocolate Softy)
BACS sesuai untuk pencinta coklat. Rasa coklatnya kaya, manis dan sedikit pahit. Tekstur yang lembut dan chewy bila digigit. Bahagian dalamnya terasa moist dan penuh dengan rasa coklat.BARS (Big Ass Raspberry Softy)
BARS mempunyai rasa yang manis dengan sedikit masam daripada raspberry. Rasa buah raspberry digabungkan dengan tekstur cookies yang lembut dan chewy. Tidak terasa terlalu berat walaupun cookiesnya agak besar.BAVS (Big Ass Velvet Softy)
BAVS mempunyai rasa yang manis dan sedikit berkrim dengan karakter red velvet yang tersendiri. Rasanya tidak terlalu kuat.BAS (Big Ass Softy)
BAS ialah pilihan yang lebih simple tetapi tetap sedap. Rasanya buttery, manis dan sedikit milky. Teksturnya lembut di bahagian dalam dengan rasa chewy yang menjadi tarikan utama. Sesuai untuk yang suka cookies klasik tanpa rasa yang terlalu kompleks.BAMS (Big Ass Matcha Softy)
BAMS pula untuk penggemar matcha. Rasanya wangi, creamy dan sedikit pahit dengan rasa matcha yang lebih menonjol selepas beberapa gigitan. Gabungan rasa manis cookies dengan sedikit pahit matcha menjadikannya tidak terlalu muak dan lebih seimbang.Semua pun sedap. Pada mulanya makan biskut matcha tu pelik sikit tapi lama-lama okay je rasa dia.

Kalau jenis suka cookies yang tebal, lembut dan chewy berbanding cookies yang nipis dan rangup, boleh cuba BAS Cookies All ABout Chew ni. Tapi nama dia macam kurang sopan pulak ek.
38 Comments
cookies camni sedap buat sarapan atau minum petang
ReplyDeleteKalau saya, anytime makan pun sedap. hihihi...
DeleteMesti manis - manis semua ini kan.
ReplyDeleteSemestinya. Tu yang kena makan sikit-sikit. Nak makan habis sekali hadap memang taklah.
DeleteTemptingnya cookies² tu. Hadoi kalau terjumpa confirm kena try juga ni 😜
ReplyDeleteHihi..boleh cuba beli nanti KakRet. Tapi yang ni manis sikit dari Garrett tu. Kena share dengan Uyum.
DeleteSedapnyaa
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteMula-mula Rin ingat Rin tak akan fomo dgn soft cookies ni taw, tapi bila dah rasa satu memang addictive. First time beli dari Ben's Cookies. Beli flavor dark chocolate + kacang. Dapat yg tak overly sweet mmg sedap.
ReplyDeleteSedap sangat kan. Tapi sesekali je lah kita makan pun. Manis dan harganya pun tidaklah murah untuk soft cookies yang besar ni.
DeleteMenariknya cookies tu campur2 flavour.
ReplyDeleteYa, macam-macam flavour ada.
DeleteBaca pos ni pukul 11.30malam.. teringin pula nak makan manis²... Adoaiii
ReplyDeleteAduh, silap timing pulak masuk sini Linda. Takpe, nanti² boleh beli.
Deletesedapnya soft cookies tu...fav kecuali perisa matcha tk mkn
ReplyDeleteSedap! Matcha tu hanya peminat matcha je suka kot kan.
DeleteBaiknya suami Aphizha beli BAC padahal minta Garrett popcorn.
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki saya dapat kedua-duanya.
Delete1st time sy tgk soft cookies tebal...
ReplyDeletekenalah dgn harganya tu
Saya pun sama. Biasalah makan macam subway tu kan. Sangat sesuailah dengan harganya tu.
DeleteWah, berbaloi beli terys dapat 5 perasa. Biasanya lalau cookies memang makan sikit-sikit saja, awet lama boleh makan berkali-kali.
ReplyDeleteAlhamdulillah...betul tu kak Amie, makan sikit-sikit je biasanya dan dapat makan berkali-kali. Tak mampu rasanya nak makan habis sekali hadap.
Deletemenarik perisanya...kalau soft cookies, pernah try yang Subway jer..
ReplyDeleteMenarik macam-macam perisa ada. Nanti boleh cuba yang ni pulak.
DeleteKalau ganti perkataan bottom pun lebih sopan. Hehe.. tebal-tebal tengok soft cookies-nya. Buat kopi panas sambil makan biskut camni, nikmat!
ReplyDeleteHihihi..comel pulak kan. Ye, jenis besar dan tebal sebab tu macam tu kot namanya. Sedap tu makan cookies sambil mengopi.
DeleteAduh semua nampak menggoda 😍 BACS tu terus menarik perhatian pencinta coklat, tapi BARS pun menarik sebab ada rasa masam raspberry. Matcha memang kadang kena bagi peluang beberapa gigitan dulu 😄
ReplyDeleteSemua pun menarik untuk dicuba. Semua pun sedap-sedap pada saya. hihihi...
DeleteNampak sedap. Peminat chocolate cookies wajib cuba ni. Harga boleh tahan jugak ye, tapi tgk saiz cookies tu agak berbaloi la.
ReplyDeleteYa, peminat soft cookies should try. Saiz dan rasa dia berbaloi dengan harga tu.
DeleteAlahai sedapnya terliur sungguh tengoknya especially BACS
ReplyDeleteBACS sedap! Nanti bolehlah cuba.
Deletewahh..sedapnyaa... tapi nantilah, tunggu bulan 12. sebab hujung bulan 11 nak kena ambil darah untuk bacaan gula 3 bulan -HbA1C
ReplyDeleteKena pantang dulu ni. Cheat day baru boleh cuba nanti lepas check.
DeleteKalau manis, saya tak tergoda biasanya. Tapiii anak sulung sukaaaa sangat soft cookies begini 🤣😄. Jadi memang dialah yg sering beli. Ntah2 kalau dilihat nya nanti, akan dibeli juga saat ke sana
ReplyDeleteHihi..ada beberapa lagi jenama yang jual soft cookies ni. Area KL ada cookiecrumbs yang popular juga. Boleh cuba kalau anak Fann suka. Tapi biskut begini memang manis lah. Kena makan sikit-sikit.
Deletenmpk cute dan sedap dan kalerful jugak!
ReplyDeleteYes, sedap dan menarik rupa dia.
Delete