Sekarang tengah hype banana pudding viral sana sini. Jadi, saya rancang nak buat banana pudding guna pisang kapas yang sedang elok dah masak. Cara buat banana pudding viral mudah je rupanya. Saya olahkan resipi ikut versi selera saya sendiri.
Ada bermacam-macam cara dan bahan-bahan yang berbeza. Ada yang letak telur, ada yang letak kuning telur sahaja, ada yang guna susu pekat, ada yang guna mascarpone cheese, ada yang guna cream cheese dan macam-macam lagilah.
Saya tak nak letak telur dan tak nak letak susu pekat takut manis. Lagipun dah lama tak guna susu pekat. Dah tak membeli susu pekat pun ye. Guna susu segar je lebih bagus. Dapat kurangkan manis juga.
Nak buat banana pudding ni makan masa jugalah. Selepas simpan sehari dalam kulkas baru sedap dimakan sejuk-sejuk. Inilah hasilnya banana pudding saya. Dapatlah dua bekas, 1 bekas kaca ni dan satu lagi bekas tipuware.

Resipi banana pudding mudah versi Fiza
Bahan-bahan kastad
2 sudu tepung kastad
3 sudu gula pasir
2 cawan susu segar
sedikit garam
1 camca esen vanilla
2 sudu butter
Bahan-bahan whipped cream
2 cawan whipping cream
2 sudu besar gula kastor
Bahan utama
Biskut susu tiger 2 pek
Pisang kapas
Ikut resipi asal guna biskut telur (nilla wafers) tapi saya cari di Mydin tak ada. Nak pergi Jaya Grocer malas pula. Jadi saya guna mana yang ada dan sesuai iaitu biskut Tiger susu. Sedap berlemak susu, tak manis sangat macam biskut Tiger biasa tu.
Boleh guna biskut kegemaran masing-masing.
Cara penyediaan
kastad
Satukan semua bahan dalam periuk/kuali. Kacau rata baru hidupkan api dan kacau perlahan sampai kental. Dah meletup-letup tu tandanya dah masaklah. Kalau masih belum kental, kacau sampai tekstur dia kental okay.
Lepas tu masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk. Dah sejuk, tutup bekas dan simpan dalam peti ais. Biarkan lebih kurang minima 3 jam.
whipped cream
Agak-agak dah nak sampai masa keluarkan kastad, boleh sediakan untuk whipped cream. Ada orang guna mascarpone cheese untuk tekstur yang lebih ringan dan sedap. Saya tak jumpa mascarpone cheese tu.
Jadi guna whipping cream je lah. Tekstur dia ringan juga cuma cepat cair katanya kalau tak betul-betul kental.
Masukkan dua bahan tu dalam bekas dan pukul sampai bertanduk orang kata. Kalau terbalikkan mangkuk tu dia tak jatuh. Boleh guna cake mixer. Yang ni sekejap je proses dia.
Lepas tu campurkan kastad dan whipped cream ni. Putar lagi sampai sekata. Siap untuk adunan pudingnya. Seterusnya dah boleh susun biskut dan hirisan pisang satu lapisan, tutup dengan lapisan puding bergilir-gilir sampai habis.
Simpan dalam kulkas, esoknya dah boleh makan. Kalau tak sabar boleh je makan selepas beberapa jam sejuk.
Macam tu je buatnya. Mudah je sebenarnya. Yang buat mahal tu sebab modalnya besar. Whipping cream tu saya beli 40 lebih jugalah untuk 1 L. Itupun ada yang tak beli sebab dah ada stok di rumah macam pisang, susu segar, gula, butter dan lain-lain.
Makan modal dan makan masa juga lah. Tapi lebih puas hati kalau buat sendiri sebab puas makan dan ikut selera kita. 3 hari lah dapat makan banana pudding ulang-ulang. Sedap macam makan aiskrim. Ada lebihan whipping cream nanti nak buat lagi.
Tapi nak buat versi cookies dan brownie chocolate. Macam sedap je. Brownies tu beli je lah tabur sikit-sikit. Biskut letak banyak-banyak pun sedap. Kalau nak letak pisang ni better letak buat topping je. Letak pisang segar baru best.
Maksudnya bila nak makan, baru letak pisang yang segar. Baru sedap macam tu. Bila letak dalam adunan lapisan tu dia jadi macam kurang sedap sebab tak segar dah.
Saya tak guna cream cheese sebab tak suka tekstur dia berat. Muak pun ye nanti. Better guna whipping cream atau mascarpone cheese. Lagi sedap! Tapi yelah, lain orang lain seleranya. Ikutlah selera masing-masing kalau buat sendiri tu.
Agak-agak macam payah nak ikut resipi saya ni, boleh je cari resipi banana pudding yang mereka share dalam TikTok. Ikut mana yang mudah. Kalau complicated sangat, saya pun malas nak buat.
32 تعليقات
wahh terus buat sendiri, salute! dapat banyak jugak tu, yg penting puas makan :D
ردحذفi see.. kalau pakai whipped cream instead of mascarpone tu cair sikitla. kena duduk lama sikit dalam chiller nampaknya
Ya, alang-alang dah ada pisang kapas. Sangat puas makan ikut selera sendiri. A'ah cair sikit. Tapi kalau dipukul kental lagi mungkin ok kot. Ini percubaan pertama okaylah, tak cair sangat pun. Tengok ada orang jual pun begini juga tekstur dia.
حذفtang biskut tu letak apa2 biskut pun boleh je kan?
ردحذفBetul, letak je apa-apa biskut. Ada orang letak biskut marie, ada letak biskut telur.
حذفTak pernah jumpa lagi banana pudding ni. Banyak kek coklat cedok je.
ردحذفKek coklat cedok pun ada jugak ek. Ke cedok coklatnya tu je.
حذفNampak sedap betul ni Fiza. Dah tak payah hunting la kalau gini hehe
ردحذفAlhamdulillah...Itulah tak payah hunting dah. Tapi kalau terjumpa yang macam sedap, boleh jugak cuba beli dan rasa. hihi...
حذفwah dh buat sdiri lg puas makan ni..fresh makan sejuk2 yummyyy
ردحذفYa, kebetulan ada pisang. Cuba buatlah juga. Sedap buat sendiri dapat makan pisang fresh. Makan sejuk-sejuk lagilah sedap macam makan aiskrim.
حذفLa ye eke trending banana puding ni skrg ek? rasanya kat sini blom lagi fyp ni sbb sy baru tau jugak bila baca post fiza ni
ردحذفA'ah. kat sini macam trending je sebab tengok FYP. Lepas tu dah itu je algo dia keluar FYP. Maksudnya tak betul-betul trending seMalaysia lagi kot kan.
حذفbagusnya u rajin buat sendiri puding tu
ردحذفKebetulan ada pisang, saja cuba buat banana pudding. Kena rajinlah juga. hihi...
حذفYang ni tak sempat try buat dengan anak solehah sebab dia dah balik campus. Sedap katanya dah makan dengan kawan.
ردحذفA'ah memang sedap. Kena tunggu anak soleh solehah balik ni Puan Hajjah baru seronok buat dan makan bersama.
حذفSaya sukaaa resep2 dari kak Fizah 😍😍😍. Setelah sukses buat cucur nasi yg lalu, nanti nak buat banana pudding ini. Noted, pisangnya letak yg segar ya kak. Saya bisa bayangkan kalau dah diiris dahulu, lalu dinginkan dalam kulkas, esoknya pasti macam lembik si banana. Memang lebih sedap diletak saat nak dimakan
ردحذفAuww...terharu saya. Terima kasih Fanny. Selamat mencuba. Betul tu fanny, Pisang letak masa nak makan baru sedap makan pisang fresh selepas dikupas. Kalau campur dalam adunan jadi kurang fresh, kurang sedap.
حذفRajin memasak..air tangan sendiri paling hebat..bila nak makan di jamin bersih ..
ردحذفAlhamdulillah...Benar, masakan disediakan dijamin bersih. Masakan boleh masak ikut selera kita.
حذفdia masuk dapur gais! tak lama lagi dia bakal ada cafe melebar sayap dgn desert kegemarannya, tahniah untuk kerajinan anda puan Aphizha (tepuk....)
ردحذفsebelah rumah ada kosong tak? nak pindah, dapat rasa sesudu jadilah, hehe!
Hahaha...sesekali kita beraksi buat dessert. Mana mahunya buat cafe.
حذفTerima kasih terima kasih. hihi...
Jiran semua penuh dah. Nak rasa sesudu tak payah jadi jiran pun boleh. heee...
dulu pernah buat cheesecake...tapi sekali je...lepas tu tak buat dah..hahha..nampak tak tahap kerajinan tu banyak mana?? hahaha...salute lah kak fiza...
ردحذفHahaa...kita ni rajin sekali tu kan. Lepas tu malas dah. Ikut mood juga kalau nak buat tu. Ini kebetulan ada pisang, saja cuba buat.
حذفRajinnya Fiza. KSarie memang salute dengan orang yang rajin baking, memasak, menjahit, etc. Cantik sungguh kejadian puding pisang ni. Rasanya pasti sedap tuh. Udah boleh buat meniaga ni. Buat cafe comel tau nanti Fiza. Boleh KSarie datang nanti☺️
ردحذفRajin tak rajin sangat ni KakSarie. Kebetulan ada pisangnya, itu yang buat jugak. Saja nak mencuba. Alhamdulillah sedap ikut selera sendiri. Hihi..buat Cafe tu tak mungkinlah kak.
حذفWahhh nampak sedap ni ya....buat sendiri lagi puas hati. nanti boleh try.
ردحذفSedap, buat sendiri ikut taste sendiri. Puas hati dapat makan lebih. Selamat mencuba.
حذفTerliur akak tengok gambar..nampak sedapnya tu....
ردحذفAlhamdulillah sedap menepati selera sendiri.
حذفwhipping cream tu kalau beli berapa tahunlah agaknya dia nak duduk dalam kulkas ammi
ردحذفKena beli saiz kecil, guna ngam-ngam baru lah tak terlajak dia duduk dalam kulkas tu. hihi...Silap pula saya beli saiz besar. Kena buat lagi nampaknya nak bagi habis.
حذف