Habis main badminton teruslah buat pesanan Kopi Kenangan dalam apps. Lepas tu pick up. Mujurlah ada yang buka sampai jam 11.00 malam. Kalau tidak, kena mencari kopi lain lah. Usai beli kopi baru mencari kedai makan, lapar sudah!
Nak makan di Cafe, tak banyak yang buka selepas jam 10.00 malam. Mostly cut off time dorang jam 10.00 malam. Masa masuk simpang nak pergi ambil air kopi tadi nampak Restoran Nasi Mok Su Nab.
Malas nak minum manis sebab dah ada air kopi beli tadi.

Disebabkan tak ramai pelanggan, maka tangkaslah mereka buat kerja. Cepat je sampai pesanan makanan kami. Terasa nak makan nasi goreng ayam kunyit. Encik Suami tetaplah mempertahankan nasi goreng USA dia.

Sekarang dah pandai makan nasi goreng kena ada sup kosong. Nasi goreng dia agak kering sikit tapi okaylah sedap juga. Ayam goreng kunyit pun sedap juga terasalah kunyit tu dan kurang berminyak, itu saya suka.
Nak makan di Cafe, tak banyak yang buka selepas jam 10.00 malam. Mostly cut off time dorang jam 10.00 malam. Masa masuk simpang nak pergi ambil air kopi tadi nampak Restoran Nasi Mok Su Nab.
Macam menarik je kedai tu, jomlah kita singgah makan di situ je. Hanya beberapa buah meja je yang berpenghuni. Waktu makan malam dah habis, sekarang masa orang lepak-lepak je.

Di setiap meja ada loceng. Tekan je loceng tu nanti dia datang bersama buku menu. Terus buat pesanan. Tak lama menunggu, pesanan air minuman pun sampai. Saya pesan air suam je. Encik Suami pesan air teh o ais.

Di setiap meja ada loceng. Tekan je loceng tu nanti dia datang bersama buku menu. Terus buat pesanan. Tak lama menunggu, pesanan air minuman pun sampai. Saya pesan air suam je. Encik Suami pesan air teh o ais.
Malas nak minum manis sebab dah ada air kopi beli tadi.

Disebabkan tak ramai pelanggan, maka tangkaslah mereka buat kerja. Cepat je sampai pesanan makanan kami. Terasa nak makan nasi goreng ayam kunyit. Encik Suami tetaplah mempertahankan nasi goreng USA dia.
Masa hidangan kami hampir sampai ke meja, terkejut tengok pekerja tu banyak nasi penuh sepinggan ni. Lepas dia beredar kami sepakat bersuara, banyak gila!.
Umangaiii habis ke tidak ni? Makan pelan-pelan, habis licin pinggan. Lapar ke sedap? Lapar dan sedap, kedua-duanya sekali. Cuma saya tak makan habis, tinggal sikit je lagi tak mampu nak habiskan. Encik Suami yang tolong perabihkan.

Sekarang dah pandai makan nasi goreng kena ada sup kosong. Nasi goreng dia agak kering sikit tapi okaylah sedap juga. Ayam goreng kunyit pun sedap juga terasalah kunyit tu dan kurang berminyak, itu saya suka.
Minta pedas, dapat cili yang diketuk. Makan dengan nasi terasalah sikit pedasnya. Jadilah kan daripada tak pedas lansung. Nasi goreng Encik Suami saya tak rasa. Dia kata biasa je. Typical nasi goreng kedai Kelantan katanya.
Total makan berdua air dan makanan, RM23 lebih. Kira murahlah tu dengan porsi nasi selambak macam ni. Air pun air suam dan air teh o ais je, tu yang jadi murah juga. Sebelum balik jangan lupa bayar di kaunter.
36 تعليقات
penuh pinggan nasi...berbaloi...
ردحذفSangat berbaloi dengan harganya.
حذفMok Su Nab kat Bangi ada tapi dah lama sangat tak pergi. Eh kat Bangi la ni ya?.
ردحذفYe, dalam gambar pertama tu dah nampak perkataan bangi. hihi...
حذفMungkin juga rezeki customer hujung2, dapat extra portion... Akk kalau makan di kedai, tak nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya itu yg reti order hihi
ردحذفAgaknya lah tu, rezeki kami dapat lebih nasi. Kalau makan di kedai kena makan yang jarang kita makan atau yang kita tak jarang masak, barulah sedap gitu kan.
حذفnasi goreng ada sup sedap juga
ردحذفYa, kalau jenis nasi goreng kering eloklah ada sup sendiri.
حذفmacam tu punya selambak penuh pinggan, kena kensel diet mlm tu hehe.. saya pun sama jika makan nasi goreng mesti mintak sup kosong.
ردحذفAuto kena cancel lah gitu. Kalau tidak membazir pulak nanti kan. Bertambah sedap dapat sup kosong dengan nasi goreng.
حذفNampak sedap, okay jugak harga dia.
ردحذفhttps://syazwantahir.blogspot.com/
Ya, harganya sangat okay dengan porsi begitu.
حذفnasi goreng USA ni tiap kedai tak sama tafsirannya.. ada macam macam cara hidangannya ni
ردحذفBetul tu KakYan. Lain kedai, lain rupa dia especially lauk daging dia tu.
حذفRezeki nak ambil kopi, nampak Warung Moksu Nab. Dapatlah singgah makan nasi goreng USA dengan nasi lauk ayam goreng kunyit. Pekerja tangkas sebab dah kurang pelanggan, tukang masak pulak masak banyak-banyak terus kot senang nak clear stock dan kemas dapur. Itulah untungnya datang kedai nak tutup, tapi tu nasib baik la. Kalau nasib tak baik, makanan banyak habis, melopong la kita, hihi.
ردحذفKurang pelanggan tu yang best juga. Service pun cepat. Itulah tu, kalau nasib tak baik. Semua menu tak ada payah juga kan. Nak cari kedai lain malam-malam tak banyak kedai bukak dah. kira rezeki lah ni.
حذفbesar betul portion dia..kalau akak confirm x habis and mintak bungkus...Kak SA x habis explore Putrajaya lagi...
ردحذفSangatttt...sebab lapar kot itu yang boleh habis. Cuma saya kena ada bantuan husband tolong habiskan. Nanti² ajak husband akak explore Putrajaya, alang-alang dia dah kerja situ. hihi...
حذفohh kedai ni kalau malam ada nasi goreng2 jeke? ke ada jugak nasi kerabu?
ردحذفsaya pernah beberapa kali breakfast kat sini, memang ramai giler orang! nasi kerabu dia sedap gak
Ada banyak menu dalam buku menu tu. Tak belek betul-betul. Terus pesan ni sebab dah lapar. hihi...Oo breakfast pun ada ek. Dari pagi sampai malam lah kedai ni beroperasi. Tengok meja yang banyak tu pun kita dah tahu pelanggan selalu ramai. Ada kerusi meja kosong tu kira rezekilah dapat makan situ kan. Kalau ramai, malas nak menunggu.
حذفDari foto pun kliatan ini banyaaak porsinya 🤣🤣. Aiiih dah malam pula kak , 😄. Tak bisa langsung tidur 😅.
ردحذفTapi kalau sedap, memang wajib repeat lah. Nasgor ini walau dilihat mudah, tapi tak semua orang bisa buat. Saya pun lebih sering failed masak ini 🤣
Sangat banyak. Kena hadam betul-betul baru boleh tidur. Betul tu Fanny, tambah pula lain orang lain seleranya kan.
حذفnampak sedap tu. alhamdulillah
ردحذفAlhamdulillah..sedap juga.
حذفammi pernah makan disini dulu tapi tak ingat pulak kami order apa. untung juga cilinya diketuk at least adalah terbit rasa pedas masa dia tumis tu. Ada kedai cili tu dipotong2 dan ditabur last lepas nasi digoreng. Aduiiii potong betul yang ini, tak mesra langsung rasa cili tu dengan nasi
ردحذفTak pedas jugak Ammi masalahnya. Kena juga gigit makan dengan nasi baru rasa pedas. Okaylah kan, at least masak sikit cilinya tak lah sakit perut. Jenis tabur cili tu paling dibenci ramai. Tapi itulah yang biasa tukang masak buat bila kita mintak pedas. Aduh, potong selera nak makan.
حذفBetul. Saya suka kedai yang tak ramai customer. Sebab diorang boleh fokus bagi servis terbaik.
ردحذفKannn...cepat sikit service dia. Tapi kalau tak ramai ni kadang kita fikir macam tak sedap.
حذفKita suka kedai tak ramai orang, tenang je rasa nak makan tu. Sejenis telan je la menu apa, janji dapat makan bukan air tangan sendiri, hihiii~
ردحذفSamalah kita, suka kedai makan tak ramai orang lagi selesa dan tak serabut. Tapi untuk makanan kena pilih jugaklah. Kang tak kena dengan tekak payah pulak nak telan. hihi...
حذفMemang besar portion nasi goreng tu! Kalau Fizah darang Sabah, setiap hidangan biasanya disertai dengan semangkuk kecil sup kosong.
ردحذفSenang macam tu dah siap sekali. One day kena datang Sabah juga ni.
حذفhahaha sy dari dulu kalau makan nasi goreng kat luar sy order sekali sup kosong... telur mata tak memadai... sup kosong ni buat selera bertambah hahahaa
ردحذفBetul, sup kosong ni pemangkin selera orang kata.
حذفsedapnya nasi goreng
ردحذفYa, sedap nasi gorengnya.
حذف