Kononnya haritu nak ride to Bentong pakai kasut baru. Sekali hujan lebat daaa. Terbatal niat nak pakai kasut baru. Adalah hikmahnya tu kan. Jadi bantailah pakai kasut running adidas adizero SL W tu je. Tak digunakan dengan kerap, jadi kita gunakan dia.
Janji pakai kasut untuk keselamatan. Lencun kasut tu luar dalam sebab hujan lebat dari Seremban sampai sebelum Kajang tu. Balik je dah hampir kering kasut sebab kena angin, kena panas.
Punyalah teruja nak pergi ride mengalahkan budak sekolah dapat kasut baru. Malam tu siap-siap ikat tali kasut. Request kat Encik Suami ikat tali kasut. Bab tali kasut ni memang serah kat dialah.
Cari idea di TikTok, tunjuk je kat Encik Suami dan siaplah. Disebabkan ada extra tali kasut diberikan, saya guna sebelah lain sebelah lain warna tali kasutnya.

Punyalah teruja nak pergi ride mengalahkan budak sekolah dapat kasut baru. Malam tu siap-siap ikat tali kasut. Request kat Encik Suami ikat tali kasut. Bab tali kasut ni memang serah kat dialah.
Cari idea di TikTok, tunjuk je kat Encik Suami dan siaplah. Disebabkan ada extra tali kasut diberikan, saya guna sebelah lain sebelah lain warna tali kasutnya.

Mulanya nak guna dua-dua warna tali kasut untuk sepasang, tapi macam complicated je. Lepas tu dapat idea guna tali kasut sebelah warna krim dan sebelah lagi warna better scarlet yang macam pink tu.

Ikatan dia silang menyilang gitu. Tak tahu apa namanya. Sama je macam ikatan tali kasut Stan Smith sebelum ni. Tak ada idea dah nak ikat tali kasut macam mana. Nak ikat macam biasa, macam bosan pula.

Ikatan dia silang menyilang gitu. Tak tahu apa namanya. Sama je macam ikatan tali kasut Stan Smith sebelum ni. Tak ada idea dah nak ikat tali kasut macam mana. Nak ikat macam biasa, macam bosan pula.
Alang-alang cerita pasal kasut, kat mana ada kedai cuci kasut ek? Sebelum ni pernah nampak di medsos tapi lupa bookmark. Area Putrajaya ke Cyberjaya entah.


Ada siapa tahu kedai cuci kasut di area Seremban/Bangi/Kajang/Putrajaya/Cyberjaya? Boleh share dalam kotak komen. Nak cuci si Stan Smith ni. dah macam belacan je rupa dia sekarang. huhu...
Cara ikat tali kasut ni boleh cari di TikTok caranya. Saya pun tak save, tapi banyaklah yang kongsi cara ni. Dulu zaman sekolah tak boleh nak fancy-fancy ikat tali kasut kan. Tapi macam teringat ada yang ikat tali kasut macam ketupat/ anyaman tikar tu. Gigih betul.
Cara ikat tali kasut ni boleh cari di TikTok caranya. Saya pun tak save, tapi banyaklah yang kongsi cara ni. Dulu zaman sekolah tak boleh nak fancy-fancy ikat tali kasut kan. Tapi macam teringat ada yang ikat tali kasut macam ketupat/ anyaman tikar tu. Gigih betul.
35 تعليقات
Menarik betul ikatan tali kasut tu. Pernah nampak Dr Say share kat story IG dia kedai cuci kasut tapi tak ingat dah mana. Try tanya chatgpt.
ردحذفBaik, nanti saya tengok. Guna juga ChatGPT. Ada jumpa area sini tapi dah tutup pulak.
حذفTerima kasih Cie.
حذفBerbelit tu...kalo saya mau jadi ikat mati...
ردحذفHihi...kalau kita buat, boleh stress dibuatnya. Bagi yang pakar je buat.
حذفlinda pernah nampak cara ikatan nie dekat reels...cantik juga, tapi belum cuba lagi...
ردحذفdekat Aeon Kepong nie ada nampak mesin cuci kasut, tapi tak pernah lah cuba..jadi tak boleh nak bagi feedback
Ada yang cantik tapi macam complicated je. Pilih yang mudah-mudah je. Jauhlah pulak ke Ampang. BTW, Terima kasih share.
حذفzmn2 sek memang suka la try main ikat2 tali kasut ni..rasanya MZ reti 2 jenis ikatan ajer! yg fancy2 mcm ni kurang expert laaa
ردحذفZaman sekolah saya buat satu ikatan je yang jenis melintang tu je. Yang fancy memang tak berapa nak rajin.
حذفzaman sekolah dulu macam-macam reka cara ikatan.. sape paling cangging kira paling best la haha.. jiwa remaja masa tu
ردحذفSaya tengok lelaki memang rajin buat macam-macam jenis ikatan ni. Gigih betul. Patutlah pun, berlawan siapa paling canggih buat ikatan rupanya. Fahammm...
حذفlain macam ye cara ikatan kasut ni ye.. btw cantik design kasut ni.. berbunga2 gitu.. ^^
ردحذفLain sikitlah dari biasa.
حذفTerima kasih kak. Sebab dia cantik berbunga gitu, saya pun tertarik membeli. Hihi...
saya punya ikatan tali kasut adalah macam mana dia datang dari kedai, macam tu jelah rupa dia kekal. jarang nak bukak tali kasut ni xD kalau basuh kasut pun, saya basuh sekali dgn keadaan tali dia berikat kat kasut haha!
ردحذفLagi senang ek tak payah pening-pening fikir. Lagi gamble tu basuh tak buka tali kasut. hihi...
حذفWah style la ikat tali kasut hehe...
ردحذفTak nak nampak boring gitu, tukar style sikit.
حذفkreatip dan cantik warna warni
ردحذفTiruvasi dari TT jugak ni kak Mieja.
حذفikat tali ikut nmpk simple, tp kadang2 leceh jugak ., huhu
ردحذفIye wak, memerlukan kesabaran juga nak yang style² ni.
حذفehh... sweetnya kasut adidas tu ada munge-munge..
ردحذفakak ikut tali kasut style asas je... camne beli kat kedai.. haaa gitu je lah
Munge munge comel kak. Hihi..senang macam tu kan.
حذفcantiknya kasut dia...~
ردحذفmy favourite ikatan tali kasut tu, guna tali bulat tu cantik.
tali lebar gini, suka buat ala ketupat.
ada satu shoes kita guna reben as tali kasut, hiiii~
dedulu kita suka blend warna tali kasut, guna dua tali.
Mekasihhh...oo buat macam ni jugak ek. Tali bulat tak ada dalam koleksi lah pulak. Ketupat sebenar pun tak pandai nak buat, inikan ketupat tali kasut. huhu...Wah, macam comel je guna riben. Guna dua tali tak pernah lagi, macam complicated je tu. huhu...Ala Sya orang kreatif, buat apa pun menjadi je kannn...
حذفDua tali tu maknanya dua helai tali warna lelain dan ikat je macam biasa. Kasut kita almost guna tali bukan tali dari kasut tu sendiri, hiiiks~
حذفBentuk ketupat kena guna tali panjang. Sejenis suka lain dari lain walaupun orang tak tengok tali kasut tu, hahaa~
Ohh maksudnya guna dua tali ikat macam biasa. Ingatkan lubang beli sini warna lain, lubang satu lagi warna lain. Ketupat complicated nau. Oo patutlah boleh buat sebab guna tali lain yang lebih panjang.
حذفtk minat kasut bertali sbb ni la haha
ردحذفLeceh sikit kan. Tapi tu lah sesekali nak juga jenis bertali ni.
حذفBerseni ikatan kasut ni..selalunya orang jenis teliti ni kalau ikatan dan segalanya kemas...kalau Kak SA..belasah aje...hehehe...
ردحذفTak jugak kak. Husband saya bukan berseni orangnya. Tapi kalau minta tlg buat ikut tutorial tu menjadilah jugak.
حذفamboiii rajinnya dok mengikat tali kasut mcm tu yaaa...
ردحذفsy tahu ada sebuah kedai cuci kasut tp kat area kerinchi / bangsar laa...
Kita cari dan request je. Encik Suami yang tolong ikatkan. hihi...Bangsar sana agak jauh juga tu. Nak kena hantar dan ambil. Dia bukan boleh siap terus kan. Kena tinggalkan juga tu.
حذفIkatan shoe lace yg ini saya pernah coba, utk sepatu saya model Converse yg tinggi. Tapi macam tak bagus jatuhnya 🤣. Mungkin tak sesuai untuk converse. Akhirnya saya lepas, cari lain. Ujung2 nya yg mudah sajalah 😅😅
ردحذفConverse biasanya tali dia panjang dan orang suka ikat pelbagai gaya untuk fesyen. Paling cantik ikatan melintang atau yang biasa. Yelah kan, terlalu complicated payah juga. Yang mudah-mudah je tak complicated.
حذف