Lepas check-out Zenith Hotel, kami terus menuju ke Cruise Tasik Putrajaya. Seperti yang kami rancang, nak naik perahu dondang sayang menyusuri Tasik Putrajaya.
Dua tiga kali juga kami pusing roundabout dekat Masjid Putra tu cari parkir. Mujurlah nampak ada satu kereta keluar parkir. Dapatlah kami parkir dekat sikit di sekitar roundabout tu. Tak jauh nak menapak.
Cruise Tasik Putrajaya
Sejak 2003, Cruise Tasik Putrajaya akan membawa anda menikmati pemandangan menarik daripada sudut pandang tasik ke 20 tarikan di Putrajaya. Antaranya Masjid Putrajaya, Istana Darul Ehsan. Jambatan Wawasan, Monumen Alaf Baru, Istana Kehakiman dan Jambatan Putra. Pengunjung boleh memilih mod pelayaran sama ada menaiki bot persiaran berhawa dingin bersama 70 penumpang lain atau perahu gondola yang menawarkan perjalanan yang lebih intim dan romantik yang didatangkan dalam kapasiti 4 atau 6 tempat duduk. Bagi yang memilih persiaran, Cruise Tasik Putrajaya juga menyediakan ‘Pengalaman Makan yang Berbeza’ di restoran bertaraf 5 bintang.—Perbadanan PutrajayaMeriah suasana ramai pengunjung hari Ahad. Kalau tak ada parkir, kami surrender je nak pergi lain kali. Dah dapat parkir tu, Let's go! Nampak arah papan tanda ni, terus ke sini.

Turun escalator dan kemudian ke kiri, jalan terus. Tunggu tangga dan ke kiri lagi jumpalah kaunter untuk beli tiket Cruise Tasik Putrajaya.


Naik perahu dondang sayang dapat free gift kipas tangan ni. Tak pastilah untuk pakej perahu dondang sayang sahaja atau semua yang naik. Tapi dapat 1 je masalahnya. Agaknya untuk pasangan, dia bagi satu.
Tapi tak tahulah kot akan datang lain pula cerita dia kan. Mana tahu nak jimat minyak dan tenaga ke kan, tunggu sampai penuh penumpang baru jalan.

Kami pilih untuk duduk depan sekali, luas permandangan tanpa halangan. Lepas tu menyesal sebab panas. Patut duduk di barisan nombor dua. Nak tukar tempat duduk dah terlambat. Nasiblah!

Tapi kami enjoy je. Panas tang kaki je. Muka dan badan tak kena panas sebab masih bawah bumbung. Perahu berlayar tak laju dan tak perlahan sangat. Biasa je. Cuaca panas tapi kena angin rasa lah sejuk sikit.


Laluan naik Perahu Dondang Sayang ni sampai Jambatan Gantung Monorel ni je. Lepas tu patah semula. Kalau naik Sightseeing Cruise atau joy ride tu lagi jauh sikit perjalanan dia. Tak tahulah kenapa tak sampai sana. Mungkin perahu ni tak sesuai sampai sana kot.


Itu je lah ceritanya di Putrajaya. Kalau datang weekdays kuranglah sikit sesaknya kot. Lebih tenang gitu. Nak cari parkir pun senang lagi.

See you when I see you Putrajaya. Selalu juga ke Putrajaya tapi jarang sekali nak explore. Padahal banyak tempat-tempat menarik di Putrajaya ni.

Turun escalator dan kemudian ke kiri, jalan terus. Tunggu tangga dan ke kiri lagi jumpalah kaunter untuk beli tiket Cruise Tasik Putrajaya.

Harga tiket Cruise Tasik Putrajaya
Ada dipaparkan pakej berserta harga. Sebelum beli tiket, bolehlah buat kira-kira dan keputusan nak ambil pakej yang mana satu. Kami ambil pakej perahu dondang sayang tu.
Encik Suami beli tiket. Kena tunjuk IC sekali untuk setiap penumpang yang nak naik. Baru boleh claim harga warganegara. Bukan warganegara, harga dia mahal sikit as usual.
Encik Suami beli tiket. Kena tunjuk IC sekali untuk setiap penumpang yang nak naik. Baru boleh claim harga warganegara. Bukan warganegara, harga dia mahal sikit as usual.
Perahu dondang sayang untuk warganegara, kategori dewasa seorang RM30. Perjalanan 25 minit sahaja.

Naik perahu dondang sayang dapat free gift kipas tangan ni. Tak pastilah untuk pakej perahu dondang sayang sahaja atau semua yang naik. Tapi dapat 1 je masalahnya. Agaknya untuk pasangan, dia bagi satu.
Kami beli tiket jam 12.04 tengah hari. Ikut jadual perahu dondang sayang akan berlepas jam 12.15 tengah hari. Tak lama menunggu. Kami terus ke Gate B untuk ke jeti. Penjaga gate buka pintu dan kami terus ke jeti.
Masa menunggu buka tu sempatlah berbual dengan pekerja tu. Saya tanya, perahu dondang sayang tu kena tunggu penuh ke baru jalan? Dia kata tak, ikut jadual. Jadinya, kami berdua je lah naik perahu dondang sayang tu masa tu.
Tapi tak tahulah kot akan datang lain pula cerita dia kan. Mana tahu nak jimat minyak dan tenaga ke kan, tunggu sampai penuh penumpang baru jalan.
Katanya lagi, jarang orang naik perahu dondang sayang. Ramai suka naik joy cruise dan cruise sightseeing tu. Mungkin mereka datang ramai-ramai kot. Mana muat untuk dondang sayang ni sebab untuk 6 orang je.
Dapatlah kami berdua je conquer perahu dondang sayang tu. Sampai situ, petugas suruh kami pakai life jacket. Lifesafe jacket pun nampak baru. Selesa dipakai. Ada banyak saiz, pakai mana yang sesuai.
Tak ada briefing apa-apa di sini sebelum naik perahu.

Di jeti sebelum naik perahu, photographer suruh posing dulu ambil gambar. Macam biasalah kan nanti gambar tu akan dicetak dan kalau berminat boleh beli.
Masa pijak jeti ni sedikit bergoyang sebab dia terapung. Ingatkan tak goyang. Kena hati-hatilah ye.
Perahu dondang sayang
![]() |
joy ride & perahu dondang sayang |
Kami pilih untuk duduk depan sekali, luas permandangan tanpa halangan. Lepas tu menyesal sebab panas. Patut duduk di barisan nombor dua. Nak tukar tempat duduk dah terlambat. Nasiblah!

Tapi kami enjoy je. Panas tang kaki je. Muka dan badan tak kena panas sebab masih bawah bumbung. Perahu berlayar tak laju dan tak perlahan sangat. Biasa je. Cuaca panas tapi kena angin rasa lah sejuk sikit.

Zenith Hotel Putrajaya
Zenith Hotel POV dari Tasik Putrajaya. Tak sempat nak perhati mana satu bilik yang kami stay tu.
Sepanjang menyusuri Tasik Putrajaya ni dapatlah melihat beberapa bangunan ikonik di kiri dan kanan tasik. Air tasik bersih gred A seperti yang saya dah ceritakan dalam post check in Zenith Hotel.
Kami betul-betul menikmati permandangan sepanjang perjalanan. Tak ada penerangan apa-apa semasa naik perahu ni. Lebih bagus sekiranya ada penerangan ringkas tentang mercu tanda yang ada di sini. Kannn...
Millennium monumen
![]() |
Millennium monumen |
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
![]() |
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi |
Jambatan gantung monorel/ Putrajaya monorel bridge
Jambatan gantung monorel ni sampai sekarang masih terbengkalai. Tak tahu akan diteruskan atau tidak projek ni.
![]() |
Jambatan Gantung Monorel/ Putrajaya Monorel Bridge |
Perjalanan ke jeti semula barulah saya ambil gambar Masjid Putra ni. Lagi cantik ambil masa perjalanan pulang ke jeti.


Lepas naik perahu, naik di bangunan atas ni tengok panorama Cruise Tasik Putrajaya. Panas matahari terpacak atas kepala. Waktu tengah hari kan. Mendapatlah sunburn, berbelang kulit muka balik rumah.

Di tempat life jacket tadi photographer tunjuk gambar yang dah siap dicetak. RM20 sekeping. Kami beli jugalah sebab macam okay je harga tu. Kalau RM50 memang taklah kami beli. Gambar pun cantik, salah satu faktor untuk membeli juga.

Lepas naik perahu, naik di bangunan atas ni tengok panorama Cruise Tasik Putrajaya. Panas matahari terpacak atas kepala. Waktu tengah hari kan. Mendapatlah sunburn, berbelang kulit muka balik rumah.
Dahlah pakai moisturiser je sebab alergik dengan sunscreen dan tak boleh pakai foundation bagai. Senipis moisturiser tu mana mahunya nak tapis pancaran matahari.

Ramai betul pelancong dari luar datang ke Putrajaya ni. Nak ambil gambar tanpa manusia pun payah. Ambil je lah mana yang boleh.

Itu je lah ceritanya di Putrajaya. Kalau datang weekdays kuranglah sikit sesaknya kot. Lebih tenang gitu. Nak cari parkir pun senang lagi.

See you when I see you Putrajaya. Selalu juga ke Putrajaya tapi jarang sekali nak explore. Padahal banyak tempat-tempat menarik di Putrajaya ni.
Datang ke Putrajaya silalah naik boat, perahu atau cruise di sini. Best!
38 تعليقات
tak pernah naik dondang sayang ni...yh cruise tu so far dh naik 2x
ردحذفDah naik cruise tu kira okaylah. Dua kali pulak tu. Asalkan dah rasa pengalaman menyusuri tasik ni.
حذفPuas hati dapat nasik perahu dondang sayang tu kan...dpt plak amik gambar cantik dari jarak dekat...sesekali mencipta kenangan
ردحذفYe, baru puas hati dah naik. Mencipta kenangan tu yang best.
حذفTak sia² pusing dua tiga kali dekat bulatan tu ya, ada pulak kereta ngam² keluar parkir. Dapatlah jalan dekat sikit nak ke jeti. Kalau tak dapat parkir, macam merajuk jugak tu tak jadi nak pergi. Paling best naik berdua sahaja perahu dondang sayang tu, mungkin ramai yang datang berkumpulan, tak muat pulak perahu dondang sayang. Tak best lah pulak tak ada penerangan bangunan² sekitar agaknya kurang kemahiran bercakap atau kurang pengetahuan atau kurang rajin nak menerangkan. Kalau iya pun, borak² pun okey kot. Murah jugaklah gambar RM20 sekeping, kalau RM50, sy pun tak sudi nak beli, hihi.
ردحذفDia tak adalah merajuk. Redha awal, taknak berharap gitu. hihi...Itulah tu, kalau ada penerangan tu syok juga dengar. Kita pun malas nak bertanya sebab jauh belakang, berborak kang kena cakap kuat. Kena buat kajian sendiri lah nampaknya. Ini saya rasa paling murah kot. Biasanya kalau tempat pelancongan ni mahal sikit harga gambar yang dicetak tu.
حذفNi macam naik private bot, berdua je satu bot. Untung jugak!
ردحذفKipas romantik tu namanya, share satu kipas. Hihi
Yelah sepatutnya bagilah penerangan, barulah tambah seronok.
Memang untung sangat ni kak Ujie. Lagi seronok berdua je dalam satu perahu.
حذفBarangkalilah tu, bikin romantis guna kipas satu share berdua.
Kann...seronok lagi ada penerangan gitu. Barulah kita tahu walaupun ada yang kita tahu. Agaknya untuk pelancong atau boat lain ada penerangan kot.
Tengok selalu... naik tak pernah. Uncle tukang babai je la.....
ردحذفAla sesekali naik lah dengan aunty, uncle.
حذفCie pernah naik cruise je. Tak ingat tahun bila masa anak2 kecik. Best kan menyusuri tasik Putrajaya. Next time nanti nak try naik Dondang Sayang tu pulak.
ردحذفNanti cubalah. Saya pun macam teringin nak naik cruise pula.
حذفnak kena bawa anak naik juga ni nanti.. tapi belum tahu lagi bila
ردحذفNanti pergi KakYan. Boleh plan awal untuk cuti sekolah akan datang. Dorang mesti seronok.
حذفsronok la korang berdua je naik perahu dongdang sayang tu...akak dlu time naik cruise putrajaya best juga sbb tk ramai..mmg feeling2 mcm overseas naik cruise dlm 45 minit
ردحذفItulah tu, kami dapat conquer perahu. A'ah, naik cruise tu lama lagi masa dia dan jauh lagi dia pergi kan. Nanti nak try naik cruise lah pulak.
حذفboleh pulak dia bagi satu je kipas tangan tu...patutnya satu tiket satu kipaslah kan..
ردحذفItulah tu. Pelik pulak. ke dia bagi untuk perempuan je tak tahulah. Lupa pulak nak bertanya.
حذفSelalu nampak je perahu ni di tasik. Hope dapat naik nanti, tapi dah rasa hubby kurang minat haha.
ردحذفHihi..boleh cuba ajak big boss. Mana tahu dia pun nak naik juga ke kan. Kalau balik putrajaya bolehlah naik.
حذفBelum pernah cuba walau dah selalu datang.
ردحذفNanti kot teringin naik bolehlah cuba 😁
حذفItulah lama tidak singgah Putrajaya. Kalau ada kesempatan nak juga naik tapi mungkin naik yang bot persiaran.
ردحذفNaik boat persiaran ada aicond lebih selesa kalau taknak kena panas. Nanti cubalah naik.
حذفWah, rezeki Fizah dapat baik berdua dengan suami. Memang menarik sungguh pemandangan di sini. Terima kasih Fizah kongsi pengalaman. Kami pernah ke Putrajaya tapi belum rezeki sampai sini. In syaa Allah akan usahakan juga naik perahu.
ردحذفItulah, seronok dapat naik berdua. Privacy sikit. InshaAllah lepas ni rezeki kak Amie pula pusing-pusing Tasik Putrajaya.
حذفCantik semua gambarnya ni. Pernah naik dondang sayang tapi dulu2 la masa Dania kecik.
ردحذفTerima kasih Kak Ezna. Haa boleh repeat moment tu kak versi Dania dewasa pulak.
حذفKalau untuk foreigners berapa ya kak? Kalo mahal sangat, nampaknya saya skip hahahahah. Tapi sebenarnya yg suka naik begini itu suami saya. Apalagi kalo bukan untuk berfoto ria 🤣🤣.
ردحذفKalau untuk dondang sayang RM55/Dewasa. Fanny boleh check link Putrajaya Cruise ticket price 2025 yang saya letak dalam post di atas. Hihi...Ada yang suka, kalau diusulkan mesti dapat naik nanti.
حذفwahhhh ambil angin tasik putrajaya nampaknya.... best laa tak ramai orang...
ردحذفmonorel bridge tu khabarnya akan dibuka kpd org ramai tak lama lg. jd tempat pejalan kaki dan laluan basikal...
Sesekali. Alang-alang dah dekat situ. Lagipun dah lama teringin. hihi...
حذفOh ye ke Anies? Baguslah kan macam tu. Ada juga gunanya tu.
pengalaman yg best ni. pastu dapat naik berdua pulak, perahu ni ana yg punya! xD
ردحذفharga dia boleh tahan mahal gaklaa. tapi utk mencuba sekali tu bolehlaa
gambar tu lawa sangat, berlatar belakangkan masjid pink!
Untung sangat dapat privacy sikit kan. Ye, untuk mencuba sekali tu okay je.
حذفTerima kasih.
Woww dpt conquer satu boat sebab takde org lain.. mcm just nice kalau pergi the kids sekali ni hahaha.. Btul gmbr RM20 blh la beli kan.. kalau sampai 50 tu mmg awal awal say no huhuu..
ردحذفItu yang seronok tu. Bawalah the kids, of course dorang suka. Kann..kalau RM20 tu okay lagilah.
حذفMenggamit kenangan silam bila baca entri Fizah ni. Thanks for sharing. Ada rezeki satu hari, nak la pergi Putrajaya, explore mana menarik. Akak suka Masjid Besi tu.
ردحذفNanti bolehlah rancang bercuti ke Putrajaya pulak Kak Nur. Throwback kenangan lama.
حذف