Hai peminat KopKen (Kopi Kenangan) yang disebut oleh blogger Fanny dari Indonesia. Ya, orang Indonesia kan seringkali suka pendek-pendekkan perkataan. Contohnya Nasgor (Nasi Goreng). Comel pula sebut KopKen tu. Kann!
Kopi Kenangan adalah jenama lokal Indonesia yang dah lama bertapak di Malaysia. Sejak mula rasa, saya dah jatuh cinta dengan rasa kopi yang sedap. Dan sejak itu, saya pilih Kopi Kenangan. Kadang-kadang je CBTL atau kopi lokal.
Orang lain dengan Zus, saya tetap dengan KopKen.
Sekarang pun dah banyak cawangan Kopi Kenangan ni. Di Seremban je dah ada 3 cawangan. Di Seremban Gateway, Bandar Prima Senawang dan Dataran Centrio Seremban 2. Kami selalu pergi di cawangan Bandar Prima Senawang.
Setiap hari Selasa (Tuesday) Kopi Kenangan ada buat promosi Buy 3 Free 2. Wah, ini sudah bagus. Baru minggu ni lah nak cuba membeli. Bila ada promosi ni lagi berbaloi kan.
Kebetulan hari Selasa encik suami pergi kerja naik kereta dan lalu highway Plus, balik kerja singgah pick up di Seremban Gateway. Kena buat pesanan dahulu menerusi aplikasi dan masukkan code TUESDAY sebelum check out. Dapatlah harga promosi tu.
Pesan siap-siap dalam aplikasi, lepas tu tinggal pick up je lalu Seremban Gateway tu. Mudah dan cepat.

Promosi ni saiz regular lah tapi. It's OK. Pun berbaloi juga. Kita dah biasa beli saiz besar cup warna putih. Saiz regular, cup warna merah. Beli 2 hazelnut latte panas, 2 caramel latte panas dan sea salt osmanthus latte versi sejuk.
Semua ni tak dihabiskan dalam masa sehari. Yang panas tu boleh buat stok 2 hari. Suka beli panas, sebab suka minum panas. Kalau tak habis pun boleh simpan dalam kulkas. Esoknya boleh minum sejuk-sejuk dan masih pekat sebab tak campur ais kan.
Nak jimat silalah beli hari Selasa. Boleh juga belanja orang lain. Kopi Kenangan ni bukan sekadar rasa kopi yang sedap tapi berbaloi dengan harga dan saiz cupnya. Berbaloi untuk secawan kopi.
Haritu dah rasa sea salt osmanthus latte versi panas, kali ni rasa yang sejuk pula. Kalau sejuk cupnya saiz besar dan reuseable. Versi sejuk pun sedap, tapi bila cair kurang sikit rasa kopinya. Bau wangi floral bunga osmanthus tu tetap terasa.
Nak jimat silalah beli hari Selasa. Boleh juga belanja orang lain. Kopi Kenangan ni bukan sekadar rasa kopi yang sedap tapi berbaloi dengan harga dan saiz cupnya. Berbaloi untuk secawan kopi.
Kalau guna apps, sampai limit pembelian tu akan dapat percuma satu cawan kopi percuma saiz regular. Itu yang buat lagi berbaloi.
33 تعليقات
rupanya KopKen ni asalnya dr indon, mungkin sy bkn peminat kopi so semua kedai air kopi mcm ni sy x brp ambik tau.. ehehehe... nasib baiklah jenis yg baca blog, tau jugak fakta dan berita
ردحذفYa, dari Indon. Hihi..KakMim peminat teh kan.
حذفBagus ada promosi macam ni
ردحذفYa, peminat kopi pasti suka.
حذفTapi valid through online purchase je lah kan?
ردحذفYa, eksklusif untuk pengguna aplikasi Kenangan Coffee.
حذفAhaha, orang Indo juga pandai mengarang kepanjangan dari singkatan mbak.
ردحذفMisal : ATM (Automatic Teller Machine), dibilang Anjungan Tunai Mandiri. MRT (Mass Rapid Transit) disebutnya malah Moda Raya Terpadu.
Kreatif sungguh orang Indonesia ni. Saya suka yang singkatan, lagi menarik dan comel bunyinya. Malah nama pun disingkatkan juga ya. Contoh Puteri, dipanggil Put.
حذفWahh thanks share! Baru tahu ada promosi tu setiap hari selasa. Sampai bila promo ni ye?
ردحذفSaya teringin nak minum kopken ni sejak ada cawangan dia dibuka berdekatan dgn rumah. Masalahnya adik beradik saya tak habis2 mengopi zus every week je sebab nak kumpul mainan plushie tu haha
Ya, setakat ni yang saya tahu hari setiap selasa. Tak tahu lah sampai bila promo ni. Mungkin sampai bila-bila. Bagus juga kan. Kena tengok di instagram mereka.
حذفPlushie tu salah satu tarikan juga, memang tiap-tiap minggu nak ber zus lah. Plushie KopKen dah habis pula. Awal habis sebab plaushie kucing. Nanti cubalah KopKen pulak.
Kreatif betul negara jiran kita mencipta perkataan jadi ringkas. Teringat waktu kecil dulu selalu dengar perkataan KUGIRAN. Rupanya singkatan perkataan kumpulan gitar rancak.
ردحذفItulah tu, comel bunyinya. A'ah, masa tahu tu pun rasa macam...Lahhh singkatan ke rupanya. Pawagam pun sama Panggung Wayang Gambar. Banyak lagi perkataan singkat yang baru diketahui ayat panjangnya. hihi...
حذفbanyak tu buy 3, dapat 2 ...pandai cafe tu buat promo ...
ردحذفBanyak dan berbaloi dengan harganya. Boleh buat stok 2-3 hari. Pandai mereka tarik pelanggan. Pelanggan pun untung membeli.
حذفPeminat kopi boleh cari produk ni
ردحذفYa, berita baik untuk peminat KopKen.
حذفAkak ZUS pun tak masuk lagi apatah lagi Kenangan Coffee.. teringin nak beli tapi tak reti nak minum apa. Nampak gaya bancuh 3 in 1 je lah kot😅
ردحذفKalau beli pun yang kat petrol pump RnR seperti kopi Dunkin Donut atau yang guna mesin tu.
Kalau macam tu boleh guna apps je order untuk pick up. Order dalam apps dan pick up je. Lagi mudah macam tu daripada order di kaunter. Dapat belek lama sikit menu dalam apps.
حذفoo kopi mesin tu eh. Yang RM1 ke tak silap. Dulu suka juga beli kopi mesin tu, entah berapa harga agaknya sekarang. Kena pandai pilih baru kopi dia sedap.
Lebih kurang macam Zus la, promosi dia. Zus pun hari Selasa, buy 3, free 1. Buy 5 free 2.
ردحذفOoo... beli banyak dan simpan, ye. Hehe.. bagus juga idea tu. Di tempat akak takde lagi Kenangan Coffee. Kalau ada, boleh juga cuba.
Melawan-lawan eh dorang punya promosi. Buy 3 free 2 macam lagi berbaloi. hihi...Kena beli panas lah baru boleh simpan. Kalau sejuk, cair dah tak sedap dah. Simpan untuk 2-3 hari okaylah. Nanti jalan mana-mana jumpa Kenangan Coffee, bolehlah cuba beli dan rasa.
حذفWah rupanya KopKen sudah sampai di Malaysia, Mbak.
ردحذفSedap juga rasa KopKen ini. Sepadan lah dengan harganya.
Oh iya kalau perusahaan Malaysia yang sudah ada di kota Sukabumi, namanya Mr. DIY. Lokasinya di City Mall Sukabumi.
Salam,
Ya, rasanya sudah setahun dua macam tu. Sekarang makin berkembang cawangannya di sini. Ya, suka suka KopKen. Sangat sepadan dengan harga dan saiznya.
حذفOoo baru saya tahu. Itu cawangan MR. DIY pertama disana ye?
Eh Mr diy sudah ada di mana2 malah kak. Kemarin kan pas saya road trip Sumatra, even kota keciiiiiil yg kami lewati adaaaa nr diy 🤣🤣. Hebaaat lah, dia masuk ke seluruh pelosok, dari kota besar, sampai kota kecil.
حذفAkak ini takde sangat ikuti perkembangan Kopi Kenangan. Menarik promosinya. Ini kira untuk tarik peminat untuk selalu minum.
ردحذفYa, promosi menarik untuk penggemar KopKen. Betul, boleh membeli dan belanja orang juga. Jimat pun jimat.
حذفIni berita menggembirakan untuk semua peminat kopi. Menarik promosinya
ردحذفBetul, peluang yang bagus untuk beli extra kopi gitu.
حذفok bolehlah cuba nasib esok kat kenangan hehehe
ردحذفJomlah kita beli borong esok. Download siap-siap apps nya Anies.
حذفHahahahah kami memang suka menyingkat supaya mudah dihapal 🤣.
ردحذفKakak, datanglah ke jakarta. Nanti saya ajak kakak coba aneka kopi di sini. Sudo brew yang menjadi saingan KopKen juga banyak. Atau Tuku kopi yg pelopor pertama kopi lokal di sini. Kabarin kalau kakak nak ke JKT yaa 😄😘
Ooo macm tu. Patutlah semua serba disingkatkan dan semua faham maksudnya. InshaAllah ada rezeki masa dan bajet teringin juga ke sana.
حذفRajin juga la Kenangan Coffee buat promosi ..kes ni coffee lover kerap sangat serbu ..
ردحذفItulah tu, selalu je ada promosi. Mana yang sempat kita grab je. Betul betul, lagi keraplah coffee lover membeli kan.
حذف