Buntu betul nak masak apa untuk sarapan pagi ni. Scan kejap apa yang ada kat dapur tu untuk dimasak. Bihun dah masak semalam. Takkan bihun lagi. Okay ada stok mi sedaap goreng perisa asli. Jadi kita buat sarapan mi sedaap goreng je lah. Mudah dan cepat siap.
Walaupun dalam bungkusan tu semua dah disediakan, tetaplah kita masak juga dengan cara menumis. Itu lagi sedap berbanding dengan cara penyediaan dibungkusan.

Masak mi sedaap goreng cara saya
Didihkan air dan rebus mi sampai lembut. Angkat dan toskan. Panaskan minyak sikit, tumiskan bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Bawang hiris halus je, malas nak menumbuk harini. Saja guna sebiji sebab suka bawang banyak, lagi sedap.Bawang putih, ketuk je dengan pisau. Tumiskan kedua-dua bawang sampai naik bau. Tambahkan sambal geprek sebab malas nak tumbuk atau potong cili api. Masukkan sayur baby kailan kebetulan tinggal stok sikit dan pecahkan 2 biji telur.
Masukkan mi yang dah direbus tadi, kacau rata. Barulah masukkan segala perencah yang ada dalam bungkusan tu. Kena letak juga, kalau tidak tak sedap. Saya tambah lagi kicap pekat sikit. Gaul rata sampai mesra alam semua bahannya.
Dah masuk dalam pinggan baru tabur kriuk kriuk nya. Jangan lupa hidangkan bersama telur mata goreng. Masak mi sedaap goreng untuk sarapan je. Tak ada bekal untuk Encik Suami hari ni sebab hari Jumaat. Lepas solat Jumaat dia akan makan diluar dengan rakan sekerja.
Selain perisa asli, saya macam pernah nampak perisa ayam krispi. Tapi tak pernah cuba lagi. Sedap ke?
60 تعليقات
yums sgt!!
ردحذفAlhamdulillah..nyummylicious.
حذفSedap kan masak macam ni...akak pun ada stok maggi sedaap kat rumah..kalau buntu x tau nak makan apa senang buat macam ni je...
ردحذفA'ah, sedap masak macam ni. Saya suka. Betul, wajib ada stok boleh masak bila tak tahu nak masak apa dah.
حذفsama la kita kadang pagi-pagi termenung fikir nak sarapan apa
ردحذفMasalah sejagat orang perempuan begitulah. Hari-hari pening fikir nak masak apa. huhu...
حذفAkk pun kalau masak megi gini, tetap tumis dulu. Lagi sedap rasanya
ردحذفKann...Lagi sedap ditumis.
حذفsy jarang makan mi segera tp kalau mkn dari dulu smpi laa ni cuma makan megi kari je... hehehe so mmg tak tahu apa rasa mi segera dari brand2 lain ;-)
ردحذفSeriouslah Anies? Betul-betul setia pada mi maggi kari ni.
حذفye betul tak tipu...
حذفAnda hebat!
حذفMi Sedap Indonesia tu ke?. Mi Sedap ni memang sedap. Sesekali makan sedap sangat....ehhh berapa banyak sedap la dalam komen ni.
ردحذفYe, betul. Sebab dia sedap, itu yang banyak sedap dalam komen juga. hihi...
حذفwow..nampak menyelerakan..
ردحذفSangatt..berselera makan sesekali masak mi sedaap.
حذفboleh tiru cara pijah masak, kak mieja tak pandai nk masak me sedap ni....selalu anak-anak yg terror buat siap dicampur cheese...tataulah apa rasanya
ردحذفHihi...boleh request kat anak-anak. Tapi dorang lagi pandai masak ikut cara dorang. Semua nak campur cheese ye.
حذفAdoi lapar terus jadinya ni. Ringkas bahan-bahannya tetapi sedap kejadian menunya ni. Nampak menyelerakan sungguh
ردحذفAmpunn K.Sarie. Boto, ringkas yo bahan eh. Tumis bawang merah, bawang putih, tambah sayur, tambah tolo. Sodap jadi eh.
حذفkegemaran Auni ni. kita breakfast donat seketui. pastu terus masak tengah hari.
ردحذفBoleh geng dengan Auni ni. Kenyang juga tu makan donut seketul. Awal masak untuk lunch.
حذفHari tu dia dah racun kita dgn Mamee Chef, ni mee sedap pulak. Dahlah memang nampak sedap lagi² bila dia kata letak bawang banyak. Mencecah air liur tau. Psttt.. kita pun baru lepas makan mee segera, hihi.
ردحذفHihi..yang haritu dah rasa ke belum? Bawang dah letak banyak pun tertimbus dengan mi. Ehhh..sama pulak menu mi segera. Jengah kat tingkap dapur ke tadi?
حذفsedap tu, ada lak telur goyang bertambah sedap
ردحذفBertambah sedap dengan adanya telur. Tapi bukan telur goyanglah, telur mata goreng je. hihi...
حذفeh.. kebetulan pulak sama menu kita.. sis baru je masak untuk makan malam tadi.. tapi sekadar rebus dan golek dengan perencah je la.. nanti boleh try resepi Fiza pulak ye.. ^^
ردحذفEhhhh..kebetulan pula ramai sarapan berasaskan mi segera pagi ni. Nanti bolehlah cuba dengan cara menumis pulak.
حذفSaya pun suka tumis dulu...baru ada aroma dia naik...kalo guna perencah gaul2 gitu...rasa kurang best...
ردحذفKannn..aroma naik dan sedap lagi rasa dia.
حذفOk juga, sarapan macam ni. Mudah disediakan. Tambah telur goreng, lebih kenyang.
ردحذفSesekali bolehlah kak Nur kalau dah tak tahu nak masak apa. Tambah telur goreng jadi penambah sedap dan lebih kenyang macam kak Nur cakap.
حذفJujur saya lebih sering beli Indomie daripada mi sedap 😄😄. Tapi sesekali beli juga, kalo Indomie goreng habis hahahha.
ردحذفSama kita kak, saya juga selalu buat tumisan dulu , Krn mi instan lebih sedap dengan tambahan bawang sayur , telur dan bakso 😄👍
Indomie saya tak pernah beli lagi. Nanti boleh saya cuba dan bandingkan mana yang lagi sdap.
حذفTumis dulu baru sedap dimakan gitu.
Wah Mie Sedaap ternyata lumayan populer juga ya di Malaysia. Kukira mie yang banyak terkenal hanya Indomie saja. Tapi sebenarnya memang Mie Sedaap itu memang sangat enak mbak. Aku juga biasa beli merk itu kalau sedang belanja bulanan.
ردحذفOya, melihat foto post ini saya jadi lapar. hahaha. Sepertinya saya akan mampir ke warkop untuk beli Mie Goreng.
Ya, popular di sini dan digemari ramai. Cuma Indomie saya belum pernah cuba lagi. Ya, sangat enak mi sedaap goreng ni. Biasa beli juga untuk buat stok.
حذفHihi..nampaknya kena beli segera tu.
Whoaa..Nampak sedapp! Dah lama tak makan Mi Sedap.. Tak pernah lak guna cara ni..hehe..Boleh try lah Nanti... Ada jugak ke perisa Ayam Crispy...Fuh. Macam Macam ye sekarang ..
ردحذفSedap nona buat cara menumis macam ni. Nanti trylah. Yeee ada perisa ayam krispi. Tapi saya tak pernah cuba lagi perisa baru tu.
حذفCantik kejadian mi gorengnya tu Fizah. Nampak keriting-keriting bentuknya.
ردحذفBagi saya, dah cukup sedap tu ada telur matanya.
Mujur masih nampak kerintingnya tu kak Amie. hihi..Kalau tidak dah rupa mi lain pulak kan kalau terlebih kembang. Alhamdulillah sedap.
حذفmee sedap rajin ni. kalau saya mmng buat sesimple yg boleh jela xD tapi telur mata cair tetap tak lupa!
ردحذفHihi..kena rajin sikit kalau nak sedap. Tapi kalau nak cepat, kita celur dan gaul gitu je lah kan. Ya, telut mata cair bagi lagi sedap makan.
حذفMudah dan cepat tu sebab pandai buat....
ردحذفCuba uncle yang buat.... Hancho!
Ala uncle, tak cuba lagi tak tahu kan. Cuba buat nanti untuk aunty.
حذفada sambal geprek, bertambah sedap..
ردحذفGaulkan sekali je sebab nak bagi pedas. Nak potong atau tumbuk cili macam malas. Guna mana yang mudah je. hihi...
حذفRajin Fiza tumis macam buat mi Sedap itu macam mi biasa. Hehe.
ردحذفPerisa asli tidak pernah beli lagi cuma ada beli pedas keju itu tapi itulah takde tumis.
Kalau rajin dan ada masa, rajinlah nak menumis macam ni. Kalau tidak celur mi dan gaul je. hihi..Pedas keju ada juga ye. Tak perasan pulak. Sedap tak?
حذفTernyata mi sedaap sampai juga disana ya Mbak?
ردحذفAnak saya suka sekali mi goreng ini. Kalau saya lebih suka yang pakai kuah seperti mi sedap ayam bawang itu Mbak. Dan tentunya harus ditambah telur biar tambah sedap...
Salam,
Ya, popular di sini. Mi sedaap versi kuah saya tak pernah jumpa lagi. Tambah telur bertambah sedap makan. hihi...
حذفMee goreng sedap perisa asli memang sedap, favorite kami. Tapi yang Fiza buat, lagiiiiii sedap.
ردحذفFavourite ramai ni kan. Masak tumis lagi sedap. Nanti boleh cuba. InshaAllah sedap.
حذفTengok pun sedap. Mi goreng rajin ni. Jenama ni saya suka sebab bau bumbu tu rare.
ردحذفIkut tekak saya dah kira sedap dah ni. A'ah kira mi goreng rajin sebab extra effort menumis tu. hihi..Betul, bumbu dia bukan sekadar sedap digaul bersama. Aroma dia pembuka selera.
حذفsuka juga mi sedap ..lg mantop bila goreng telur skali
ردحذفTelur goreng tu kena ada, bertambah selera makan.
حذفnyumss sedap ni
ردحذفSesekali masak begini memang sedap.
حذفOkey, tengok mi Sedap tu buat akak teringin. Mi Sedap Goreng yang ori ni memang kena dengan selera akak. Selain tu, sekali-sekala akak beli yang Korea (pek hitam) dan yang sambal hijau.
ردحذفPerisa asli ni memang ngam dengan selera. Kalau teringin, nanti bolehlah buat. Pek hitam yang korea tu saya tak pernah cuba lagi kak Farrah.
حذف