Hujung minggu tak kemana-mana sebab encik suami demam. Duduk rumah je lah kita. Nak keluar pun malas. Teringin nak makan ayam gunting. Jadi, pesan guna grabfood delivery je lah. Pilih yang tak jauh dari rumah sebab nak cepat. Charge delivery pun murahlah sikit.

Saya pesan ayam gunting dan enoki goreng crispy, alang-alang ada dalam satu kedai. Setiap satu ada 4 pilihan tahap pedas dia. Tak pedas, mild, spicy dan extra spicy.
Walaupun kami sejenis pempedas (suka pedas) tapi tak pilih yang extra spicy. Risau pula kalau pedas nak mati. Nanti lansung tak habis makan. Jadi, pilih spicy sahaja.
Tak lama menunggu dalam 20 minit macam tu sampailah pesanan. Betul-betul cepat ni. Jarang sesingkat ini masa menunggu grab sampai.
Makanan sampai panas-panas lagi. Terus buka sebab nanti kalau berwap tu dah tak garing. Bagi camera makan dulu, barulah kita menjamu selera.

54 تعليقات
Bestlah tu dapat makan yang panas² dan masih crispy.
ردحذفSemalam baru belikan Wafi ayam gunting kat gerai pasar malam. Sekeping RM10.
A'ah. Pilih yang dekat je. Harga pasar malam okay lagi tu RM10.
حذفNampak sedap tu..ni ayam gunting yg kat depan 7E Megaway ke?
ردحذفYang depan 7E Megaway tu sedap kak. Selalu gak beli situ. Ni tempat lain area Desa Rhu.
حذفMemang kena makan pans² ayam gunting tu..baru sedap...Linda tak beli spicy,memang tak tahan pedas dia tu...beli biasa je..tu pun ada rase pedas² manja juga
ردحذفbetul tu. Dah sejuk dia jadi liat lansung kurang sedap rasa dia. Jenis tak tahan pedas, jangan berani makan yang pedas. Kadang level pedas dia lain macam.
حذفrezeki akak laaa dapat cepat..mungkin masa tu customer lain tiada yang order
ردحذفItulah tu, rezeki dapat cepat juga. Agaknya lah kan.
حذفNampak tu, sejenis pempedas pun tak tahan pedas. Memang ketara merahnya enoki crispy dan ayam gunting tu. Harga mahal sikit tapi bagusnya tak payah gohead kereta sendiri.
ردحذفItulah tu. Tetiba orang Johor dan Nismilan kalah dengan pedas. Jimat tenaga tapi kena bayar lebih sikit sebab kemalasan. huhu...
حذفWarna merah tu nampak pedas menyengat.
ردحذفMemang podeh! Pijar bibir dibuatnya.
حذفSekarang mudah tekan jari aje order pun sampai.
ردحذفYe wak. Serba mudah sekarang ni apa-apa tekan je kat handphone tu.
حذفKadang terlebih pedas sampai potong rasa, tak syiok juga. Biar sedang² je baru ngam kan...
ردحذفItulah tu. Mujur tak pedas berapi sangat. Betul, yang sedang-sedang tu okay lagi nak makan.
حذفdulu-dulu ayam gunting ni murah je, skrg nak beli pon pikir 2-3 kali
ردحذفYe, betul! Kalau setahun tu boleh kira berapa kali je beli. Itupun kalau teringin. Kalau saja-saja nak beli tu memang tak sebab harga semakin mahal. Dulu bawah RM10, lepas tu RM10, ayam naik harga RM12, sekarang dah cecah RM14. Order grab lagi mahal sikit harganya. Nak buat macamana kan, harga barang semua dah semakin naik.
حذفenoki ni kalau tgh panas2 memang kena makan cepat sebab bila dah sejuk jadi lembik2 rasanya
ردحذفayam gunting my favvvv!
Betul sangat. Dah sejuk tu lansung tak crispy dah. Ayam gunting favourite juga tapi sejak naik harga ni sesekali je membeli.
حذفdedua kegemaran kita. pergi pasar malam, ayam crispy gunting ni wajib. kenyang makan begitu saja. petang ni nak carilah, buat berbuka. ahaaa tiber!
ردحذفWah, tiber rajin ni. Baguslah buat sendiri pun puas hati makan boleh adjust mengikut selera.
حذفayam gunting makin mahal laa... kdg tu mmg teringinnnnn nak makan. tp bla tgk portion mcm tak berbaloi je...
ردحذفItulah tu, makin mahal naik harga. Tengok portion dan harga dulu.
حذفAyam gunting tu kesukaan ank2..
ردحذفBukan anak-anak je suka, orang dewasa pun suka ni.
حذفSaya sukaaaaa kalo Enoki goreng nih. Tapi memang harus makan cepat , sebelum jadi layu 😅. Ayam guntingnya pun nampak sedap. Agak susah menemukan ayam gunting di sini. Ada Deket rumah , tp saya tak suka. Belum ketemu yg sedap
ردحذفBetul, kena makan masa panas-panas baru sedap dan crispy. Mungkin disana tak ramai yang jual. Harap dapat jumpa yang sedap ikut selera.
حذفNama kedai pun ayam goreng berapi. Hehe.. akak kalau beli ayam gunting, selalu pesan yang kurang pedas.
ردحذفItulah tu, seiring pedas rasa dan nama kedainya. hihi...Next time kena beli yang mild je kalau beli kat sini.
حذفKesukaan ramai remaja..memang sedap.. kenyang jga makan tu dek
ردحذفBetul, kesukaan ramai. Kanak-kanak dan dewasa. Boleh tahan kenyang juga ni.
حذفUnce dulu boleh makan pedas... tapi bila dah tua ni tak mesra pedas lagi... Terpaksa akur.... huhuhu
ردحذفFaham uncle. Setiap orang akan melalui zaman itu. Kurangkan pedas untuk kesihatan dan hidari pedas jika memudaratkan.
حذفJadi benar ya Mbak, sebelum kita memakan hidangannya, kasih kamera makan dahulu...
ردحذفTerlihat sangat menarik selera ayam gunting dan enoki crispy itu Mbak.
Selamat menikmati...
Salam,
Hihi..itu dah tentu. Kalau tidak, tiada modal untuk content blog. Ayam gunting dan enoko crispy sedap cuma pedas sikit. Alhamdulillah selesai sudah menikmatinya.
حذفDua-dua nampak sedap. Bila tengok enoki tu, teringat pulak zaman uni. Tiap-tiap minggu pasti beli kat pasar malam dalam kampus.
ردحذفMesti favourite kan sebab selalu beli. Dulu popular cendawan tiram tu. Sekarang zaman enoki pulak. Lagi sedap crispy.
حذفlama tk mkn ayam gunting
ردحذفNanti² teringin bolehlah beli.
حذفMA kalau ayam gunting suka yg dekat senawang tu... but yg ni ada enoki mushroom la..dapnya..
ردحذفKat Area depan Jakel tu ke? Pernah beli juga situ. Haa yang ni ada enoki goreng tu yang jadi pilihan membeli kat sini.
حذفSedapnya ayam gunting, lama pulak tak makan. Makanan bergoreng ni memang kena makan cepat kan, kalau tak, dah tak crispy.
ردحذفBetul tu. Dah sejuk memang tak sedap dah. Nak gigit pun liat. Kena makan terus lepas beli. Tak boleh simpan. Kalau panaskan semula pun tak sesedap selepas dibeli.
حذفni fav my boys
ردحذفAyam gunting favourite ramai ni.
حذفSedapnya enoki goreng crispy pedas. Langsung kelaparan rasanya ni. Ayam guntingnya nampak menggiurkan😋Buat kelaparan masuk blog Fiza ni😅
ردحذفEnoki crispy tu serious sedap. Ampunn K.Sarie buat kelaparan pulak.
حذفok masuk list...kita kan berada di kawasan jajahan yg sama haha
ردحذفHihi..Nanti boleh cuba yang ni. Takpun depan 7E seberang maktab tu biasa beli juga. Tapi situ takde enoki lah.
حذفAyam gunting sedap.. cendawan enoki pun sedap . Lagi sedap makan panas-panas baru rasa crispy ..tambah pulak seasoning serbuk cili ..extra pedas
ردحذفYe, kena makan panas panas baru sedap crispynya tu. Yang ni saya pilih spicy, bukan extra spicy tapi podeh lain macam.
حذفKalau orang Negeri Sembilan kata pedas itu memang betul pedas. Ya Allah terliur tengok salutan pada enoki dan ayam goreng itu. Hehe puas makan masa panas-panas.
ردحذفHihi..agaknya dia terlebih letak rasa pedas tu kot. Tu yang jadi pedas. Padahal pilih pedas sahaja bukan extra pedas. Ya, puas makan panas-panas sebab masih rangup.
حذف