Petang semalam dapat whatsapp dari courier akan hantar barang. Dah sampai barang, dapat pula gambar yang telah selamat dihantar. Bagus courier ni letak bungkusan di sebalik tembok tempat yang tersorok.
Kadang courier ni dia main letak je dalam pagar dengan terang-terangan nampak parcel. Ada juga courier yang suka baling depan bonet kereta. Macam-macam gaya courier ni. Janji barang sampai dengan selamat tanpa rosak.
Besar betul bungkusannya. Berat pula tu. Entah apa yang ada di dalamnya. Hadiah ni kiriman daripada blogger Kak Amie sempena saya jadi salah seorang top komentator blog beliau.
Saya pun tak sangka tersenarai sekali, padahal terpaling corot tu. Benar, rezeki tak pernah salah alamat. Alhamdulillah...

Marilah kita unboxing hadiah daripada blogger kak Amie. Dalam bungkusan, ada bungkusannya lagi. Beg woven dengan ucapan Terima kasih. Saya nampak motif bunga-bunga disebalik beg woven tu. Saya ingatkan baju motif bunga-bunga.

Buka bungkusan. Eh, ada bungkusan lagi. Rupanya motif bunga tadi tu bungkusan plastik yang lain. Banyak betul surprise bungkusan kak Amie.

Bungkusan pertama
Saya buka bungkusan pertama. Ohh tawau cocoa, mungkin ole-ole dari Tawau Cocoa. Coklat? Kopi?


Patutlah kak Amie asingkan bungkusannya. Buat pertama kalinya saya terima hadiah ikan bilis. Ini sudah bagus, tak perlulah saya beli stok ikan bilis macam ni. Boleh buat stok berbulan-bulan ni kak Amie.
Bungkusan kedua
Bungkusan kedua, macam-macam barang ada yang kak Amie hantar. Barang dari jauh-jauh ni dari hasil Kak Amie bercuti. Ole-ole dari luar negara pun ada.

Dari kiri :
Kain batik
Kain batik motif pua kumbu kalau tak silap saya lah. Cantik gabungan pelbagai tona hijau, hitam, putih dan coklat. Naik motif batik tu.Fridge magnet
Fridge magnet Rumah Terbalik di Sabah. Diperbuat daripada kayu asli dan ukirannya menggunakan kaedah laser. Cantik sangat seni halus ukiran rumah terbalik ni. Rumah tu timbul ye.Tawau White Coffee
Wah, sebagai penggemar kopi saya teruja dapat kopi dari Tawau ni. Tak sabar nak bancuh kopinya nanti.Beg duit manik
Comel beg duit dengan hiasan manik diluarnya. Manik dijahit kemas dengan motif apa, saya pun kurang pasti.Cantik gabungan manik warna putih, merah, dan hijau berlatarbelakangkan manik warna hitam. Begnya tebal boleh tahan juga.
Beg bulat besi berzip
Beg bulat biru tertulis Brunei Darussalam tu saya tak pasti bekas untuk letak apa. Permukaan atas bawahnya besi dan ada zip. Luarnya ada gambar masjid. Bekas untuk letak apa ek? Mungkin kak Amie tahu boleh tolong jawabkan. Hihi...Hati berbunga-bunga dapat hadiah macam-macam dari kak Amie.
Terima kasih banyak-banyak kak Amie sudi menghargai komentator dan berkongsi rezeki dengan kami semua. Semoga bertambah-tambah rezeki kak Amie sekeluarga dengan segala keberkatan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Saya suka ke dapur kak Amie sebab banyak makanan yang sedap. Tak dapat makan, dapat tengok pun jadilah. Mostly banyak hidangan yang rare kak Amie masak yang tak ada di semenanjung ni.
Selain tu, kak Amie pun banyak travel sana sini. Seronok membaca kisahnya. Banyak maklumat juga yang boleh kita dapat.
Silalah singgah ke blog kak Amie, Amie's Little Kitchen. Sama-sama kita rapatkan ukhuwah alam maya dan jangan lupa tinggalkan komen ketika berkunjung ke sana.
38 تعليقات
Kalau Linda,bekas bulat besi tu,buat isi brooch kecik².. hihihi
ردحذفBoleh jugak tu, letak sekali barang lain sebab banyak ruang tu kalau letak brooch sahaja.
حذفWahhh macam macam ado.... Tahniah....cantik cantik hadiah nya
ردحذفYo, macam-macam ado. Alhamdulillah. Terima kasih.
حذفWow! mengujakan ..blog is fun dan sangat bagus dapat hadiah.Tahniah ya
ردحذفYes, it is. Alhamdulillah. Terima kasih.
حذفNampaknya saya dah follow blog anda
ردحذفYe, saya perasan sudah haritu. Terima kasih ye.
حذفmaukah kiranya dia juga memberikan bingkisan serupa kepada saya? he he he
ردحذفHihi..itu kena tanya pemberi bukan saya.
حذفBanyak betul ole2 penghargaan dr kak amie
ردحذفA'ah. Banyak sungguh. Alhamdulillah...
حذفCie pun dah sampai semalam. Dah snap gambar belum buat entry je. Hari ni kot kang free boleh mengarang.
ردحذفOo sama jugak ye sampai semalam. Alhamdulillah selamat sampai. Selamat mengarang entrynya.
حذفHaaa.. Fiza. Kita tak tahu tau menang jugak Top Komentar ni. Terkejut betul dapat parcel semalam. Tahniah Fiza, memang lama la nak habis ikan bilis tu kan.
ردحذفHihi..terkejut kan. Tahniah jugak kak. Terima kasih. Itulah tu, nampak gaya macam berbulan punya stok tu.
حذفtahniah fiza 💗💗💗
ردحذفTeirma kasih kak.
حذفAlhamdulillah. Parcel sampai dengan selamat. Fizah simpanlah ikan bilis tu dalam bekas bertutup, masukkan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Bilis halus kecik tu nama dia ikan bilis mata biru Sabah. Bekas bertutup dari Brunei tu bekas serbaguna, boleh simpan kerongsang, simpan kacang pun boleh hehehee.
ردحذفOkay baik kak Amie. Saya memang biasa simpan ikan bilis dalam bekas dan letak dalam peti ais untuk tahan lama. Ooo ni lah dia ikan bilis mata biru Sabah. Lahh...saya pernah dengar nama tu tapi tak mengenali rupanya. Ingatkan jenis dah siang ikan bilisnya. Rupanya jenis kecil-kecil ni. Terima kasih kak Amie bagitahu. Hihi..rasa sayang pulak buat simpan kacang, nanti nak kena bersihkan. Simpan barang lainlah. Terima kasih sekali lagi Kak Amie.
حذفAlhamdulillah... Benar Mbak, rezeki tak akan salah alamat.
ردحذفBanyak sekali hadiah kiriman Mbak Amie itu. Benar ya Mbak Amie itu murah hati.
Salam,
Alhamdulillah...Ya, sangat banyak. Benar, Kak Amie sangat pemurah berkongsi rezeki dengan pembaca dan pengomen tegar blognya.
حذفmeriah hadiah-hadiah tu.. saya suka ikan bilis tu. haha tahniah kak
ردحذفAlhamdulillah...Meriah betul hadiah-hadiahnya. Ya, ikan bilis elok sangat ni.
حذفTerima kasih.
Tahniah, Fizah. Banyak hadiah yang kak Amie kirimkan. Sudah boleh masak sambal tumis ikan bilis tu. Hehe..
ردحذفAlhamdulillah...Banyak betul hadiahnya. Hihi..nampak gaya macam ke arah tu juga nanti.
حذفWahhhhh tahniah. Rezeki memang tidak akan salah alamat kan? Yang paling rare hadiah 2 jenis ikan bilis tuh. Wow sangat
ردحذفBenar, kalau dah rezeki kita. Tetaplah kita dapat. Alhamdulillah. Itulah tu, rare hadiahnya.
حذفTahniah. Ikan bilis pun ada tu. Buat nasi lemak pasti sedap.
ردحذفAlhamdulillah...Terima kasih.
حذفYa, nanti akan di nasi lemak kan jugak. Tak pun sambal.
alhamdulillah..congrats. mcm2 ada tu...
ردحذفAlhamdulillah...Ya, macam-macam adaa.
حذفTerima kasih Mummy Ayu
Alhamdulillah semuanya best best kan? paling best tentulah ikan bilis tu.... nak masak apa nanti? hehehe
ردحذفAlhamdulillah...semestinya! Terfikir macam nak masak nasi lemak macam kak Amie buat. Goreng rangup ikan bilis kecil mata biru tu. Yang besar tu buat sambal goreng, sambal tumis pun ngam. Takpun buat rencah untuk tumis sayur.
حذفAlhamdulilah.. rezeki.. tahniah :)
ردحذفAlhamdulillah.
حذفTerima kasih.
Meriah hadiah-hadiah kak amie bagi . Semoga murah rezeki beliau
ردحذفItulah tu macam-macam Kak Amie bagi.
حذفAamiin…