Nak makan apa ek? Dia tak lapar sangat tapi rasa macam nak makan sesuatu. Buat cucur nasi lah sebab ada lebihan nasi. Nak simpan buat nasi goreng macam tak cukup. Baki nasi yang tinggal ada dalam sesenduk lebih. Kita buat cucur nasi viral tahun 2017.
Cucur nasi rangup diluar lembut didalam guna resipi mudah je. Kalau ada nasi lebih tu bolehlah buat cucur selain di nasi gorengkan.

Cucur nasi rangup diluar lembut didalam guna resipi mudah je. Kalau ada nasi lebih tu bolehlah buat cucur selain di nasi gorengkan.

Resipi cucur nasi viral rangup diluar lembut didalam
Bahan-bahan
- Tepung gandum 1 cawan
- Garam
- Air secukupnya
- Nasi 1 senduk lebih sikit
- Ikan bilis segenggam
- Bawang besar 1 biji
- Cili api *optional. Kalau nak pedas boleh letak ikut tahap kepedasan masing-masing
- Lobak merah disagat
- Daun bawang
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara penyediaan
- Kisar halus nasi, ikan bilis, bawang besar dan cili api bersama air secukupnya.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan garam. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi dan gaul rata. Tambah air jika perlu. Campurkan sekali lobak merah yang disagat dan daun bawang yang dah dipotong-potong.
- Panaskan minyak masak dan goreng adunan cekodok tadi. Boleh guna sudu ataupun tangan untuk bentukkan cucur.
- Goreng sehingga warna keemasan, angkat dan toskan minyak
Kalau dah biasa buat cucur. Guna je sukatan agak-agak ikut selera sendiri. Tak ada salahnya.
Hidangkan bersama sos cili. Makan panas-panas baru sedap. Daun bawang dan lobak merah tu sengaja saya tak kisarkan sekali. Nak kisar sekali pun boleh je. Kalau kisar semua bahan tu dapatlah bentuk cucur yang cantik.
Rasa lama betul tak buat cucur. Orang Nismilan panggil kuih goreng. Tak tahulah Kuala Pilah sahaja atau daerah lain pun panggil dengan nama yang sama.
Cucur dengan bahan kisar macam ni sesuailah untuk kanak-kanak yang tak makan bawang dan sayur tu. Dah kisar sekali tak nampak dah bawang tu. Budak-budak pun tak tercekik dengan ikan bilis yang kasar. Nak makan pun senang.
56 تعليقات
Tak pernah mkn apatah lg buat..tp nmpk sgt sedap la
ردحذفSedap, boleh cuba kalau teringin nak rasa.
حذفPernah buat cucur nasi tapi lama dah tak buat :) Betul, blend je bawang² ke sayur ke dah tak nampak rupanya, anak² pun telan je ahak.
ردحذفSaya pun lama tak buat. Tiba-tiba terfikir nak buat bila nampak ada nasi extra sikit. Kann..senang semua blend je, ngap je tanpa banyak soal.
حذفkejap kita nak catit, kita penah buat rasanya sebab kurang tepung, bila masuk dlm kuali mereka berpisah dan terpecah berderai. pastu malas nak buat lagi. kalo nasi lebih ada banyak, jadikan kimbap je, lagi laju habisnya.
ردحذفBoleh tambah telur juga bagi melekat mesra. Nak buat gimbap tak berapa nak pandai. Alatan dan bahan pun nan hado.
حذفx pernah buat plak cucur nasi, leh try ni.. yum yum
ردحذفNanti boleh cuba versi tambah nasi ni. Tapi kena blender lah.
حذفwah menarik ni...boleh la akak buat weekend ni...
ردحذفSelamat mencuba dan menjamu selera kak.
حذفX pernah buat cucur nasi.. maybe buat la lepas ni.. kalau x, selalu jadi nasi goreng je nasi lebih tu.. hehehe..
ردحذفBolehlah cuba versi tambah nasi ni pula. Guna nasi sikit pun boleh, ada rasa rangup-rangup tu nanti.
حذفwahh pija buat kakmieja teringat zaman viral cucur nasi dgn apam nasi....semua org berpusu-pusu buat masa tu....nak trylah.....nostalgia nie.....
ردحذفApam nasi tu saya tak pernah buat. Risau gagal je. hihi...Buat cucur je tak gagal.
حذفSelamat mencuba kak Mieja.
tkpernah mkn cucur nasi
ردحذفKot teringin bolehlah cuba nanti. hihi...
حذفBetul rangup diluar lembut di salam...
ردحذفMesti dah cuba kan. Sedap!
حذفMEsti sedap makan ni time masih panas…
ردحذفSemestinya. Masa tu lah tengah rangup dan lembut.
حذفwahhh konsep cara masakan baru ke..nampak unik ni
ردحذفTaklah, lama sudah seperti yang diceritakan dalam entry di atas.
حذفSedap ni, cicah sambal kicap atau sos cili mantop
ردحذفKannn...saya cicah sos cili je. hihi...
حذفPandai Fizah buat. Terliur akak tengok gambar cucur nasi.
ردحذفAkak tak pernah buat dan makan. Lain kali kalau ada baki nasi secoet, boleh la cuba.
Buat cekodok kira menjadi lah jugak. Jangan suruh buat kek, memang tak reti. Pengagal biasanya. huhu...Nanti cubalah tambah nasi, blend halus. Sedap rasa rangup-rangup campuran nasi tu.
حذفresepi kak fiza ni menarik la.. saya selalu buat cucur nasi ni jadi cucur manis je sebab senang. haha
ردحذفResipi viral sebelum ni, saya tiruvasi dan olah mana yang sesuai ikut selera dengan bahan-bahan yang ada. hihi..mana-mana yang mudah je lah kan kita buat.
حذفIni cucur nasi ya Mbak?
ردحذفDisini ada juga makanan bernama cucur. Berwarna coklat. Manis. Warna coklatnya berasal dari gula aren...
Salam,
Ya, cucur yang dicampur dengan nasi dan bahan-bahan lain yang dikisar. Seolah-olah macam cekodok pisang kalau di sini. Maksudnya tepung yang diadun bersama gula aren ye?
حذفCucur nasik la pulak... haih... maciam-maciam!
ردحذفHihi..ni menu viral lama ni uncle. Saja buat kembali.
حذفkalau ammi baik pisang, atau tepung saja semua ammi panggil cekodok.
ردحذفHihi..senang gitu, tak payah pening nak panggil apa dah. Cuma berbeza jenis cekodok je lah kan.
حذفNasi lebih jangan buang, boleh buat cucur sedap rangup!..Cucur nasi ni luar rangup, dalam lembut… makan panas-panas memang padu..
ردحذفBetul, jangan buang nasi kalau tinggal sikit. Buat cucur nasi ni sedap.
حذفKena kisar ya. Akak pernah buat sekali cuma guna nasi yang tidak dikisar. Ok nanti kalau ada kesempatan cuba pula cara Fiza.
ردحذفYa, kalau kisar halus dia jadi sedap sikit. Nanti Kak Wina cuba cara kisar pulak ye.
حذفsedapnyaaa cucur....
ردحذفmkn panas2 tau2 je 10 biji msk mulut hehehe
Versi tambah nasi ni sedap Anies. Nanti cubalah. Lebih 10 biji entah². hihi...
حذفKaaaaak saya nak buaaat 😍😍😍😍. Langsung ingat hari ini ada lebihan nasi di rice cooker. Esok buat cucur ini saja lah 😄. Blm pernah buat dan rasa.
ردحذفLagipun saya tak pandai buat nasi goreng. Drpd failed lagi, bagus saya buat cucur. Pasti menjadi 🤣
Kalau sikit bolehlah buat cucur, buat tambah adunan. Kalau banyak, better buat nasi goreng. Nasi goreng mudah-mudah je pasti jadi.
حذفNice ideaaa..Pernah baca tapi buat tak pernah.. Mak Nona mcm pernah buat..Yela masa tu viral kan..tapi dah tak buat lepas lepastu. Hahaa..Tak sure sebab nasi lebih tu berlebihan sangat ke apo. ..Nona can try later. Hehee
ردحذفMasa viral tu kot mak nona buat. Hihi..biasalah tu lepas viral lupa dah nak buat. Selamat mencuba nona.
حذفIngat-ingat lupa macam pernah buat cucur nasi begini tapi entah bila.
ردحذفKenyang kalau sarapan makan ni.
Rasanya ramai yang cuba buat masa viral dulu kot Kak Amie. Ya, kenyang makan cucur begini.
حذفingat masa intern, ada staff bawak bekal cucur nasi yg mak dia buat. pestime saya makan, tak sangka sedap jugak sebenarnya
ردحذفExtra sedap sebab dia rasa crunchy nasi tu kan. Nanti boleh cuba buat sendiri pulak. hihi...
حذفTak pernah buat, dan tak sure pernah makan atau tak. Tapi mesti sedap ni Fiza masak.
ردحذفNanti² kalau buat cucur boleh tambah nasi yang dikisar dalam adunan tepung. Gerenti sedap.
حذفSaya selalu buat cucur roti. Nanti boleh lah buat cucur nasi pulak. 😀
ردحذفCucur campur roti pun pernah viral juga dulu kan. Tak ingat pernah cuba ke tidak sebelum ni. Nanti boleh cuba versi campur nasi kisar pulak ye.
حذفFirst time KSarie tahu ada menu cucur nasi ni. Nampak menarik kejadiannya. Tak tau bila nak cuba buat. Mungkin tinggal angan-angannya.
ردحذفBukan setakat menarik kejadian dia K.Sarie, sedap juga. Nanti cubalah, jangan ditinggalkan angan-angan tersebut. hihi...
حذفGreat idealah untuk nasi lebih yang kalau nak digoreng macam lepas tak lepas je…
ردحذفBetul, kalau sikit tu rasa macam tak lepas nak dinasi gorengkan. So better buat cucur nasi.
حذف