Bila nak pergi, habis semua nak ikut. Dua kereta lah kami keluar mengopi. Selepas membeli barang mak di MR. DIY terus ke Koffie Jln Mentol. Port mengopi favourite saya kalau balik Segamat.

Anak buah dah sampai dulu. Katanya tak ramai. Jadi, bolehlah kami lepak beramai-ramai mengopi di sini. Biasanya kalau malam raya meriah. Agaknya tak ramai orang balik kampung kot.
Bila kami sampai barulah cantum-cantumkan meja. Pertama kali mengopi ramai-ramai macam ni. Sebelum ni pernah juga tapi tak seramai ini.
baca juga : mengopi di Koffie Jln Mentol lepas majlis kahwin
Anak buah kumpul order dan terus order di kaunter. Disebabkan banyak, kenalah menulis nama sendiri di cup. Pun boleh gitu ek.

Anak-anak buah dah besar. Dah kerja. Tinggal berapa orang je lagi yang masih sekolah. Ada yang SPM. Tak lama lagi nak habis sekolah dah. Tinggal berapa kerat je lagi masih sekolah. Bila anak-anak buah dah besar ni terasa dah tua sangat dah ni.

Sambil menunggu kita sembang dan bergambar untuk membunuh masa. Masa ni lah nak lepak bersama. Kalau tidak payah nak jumpa. Kadang saya balik kejap tak sempat nak jumpa. Kakak saya lagilah jarang balik. Ini kalilah berkesempatan luangkan masa bersama.

Sebab dah makan, kita mengopi je lah. Kami amalkan konsep kongsi-kongsi gitu. Sini pun tak ada makanan berat-berat. Ada lah saya nampak pastry. Saya pesan Koffie Shakerato. Memang order yang ni je kalau kat Koffie Jln Mentol ni.

Tak lama kami lepak mengopi, kami berpecah seketika dan berjumpa semula di lokasi seterusnya. Betul-betul pulun jalan di malam raya. Mujur lah petang tu dah siap masak untuk hidangan raya.

Perasan tag ni tepi pasu tanaman. Potretkan dia jugalah. Kalau limpas di Segamat, silalah singgah di sini. Kopi sedap! Sebelah tu ada Segar Amat Lane 2.0, boleh bergambar OOTD kat situ.
25 Comments
Sedapnya kopi... Tak ramai yang balik kampung? Confius nie..sebab jalan jem wooo
ReplyDeleteKopi memang sedap. Ya, di Segamat tak sesak. Mungkin yang ramai tu balik Pantai Timur kot.
Deleteitulah, higway nak balik Utara, sebelum raya jalan clear, lepas raya nak balik KL..jem woo...hari isnin pun sama, linda lajak amik cuti sampai isnin..igtkn jln ok, rupenya jem juga...naseb baik memang gerak awal dari kampung
DeleteWah saya suka dengan kopi
ReplyDeleteJadi ingin ikut ngumpul
Ramai pencinta kopi dan cafe pun merata-rata ada. Berkumpul ramai-ramai baru meriah.
DeleteSenang nya bisa ketemu dengan keponakan begini. Saya malah sukaa kalau keponakan saya dah besar2, jadi bisa diajak hangout bareng 😄👍. Minum kopi atau coba kuliner baru. Memang dah macam teman.
ReplyDeleteSoalnya mama saya anak bungsu dari 12 saudara. Jadi cousin saya usianya sebaya atau tak jauh dr mama saya. So, anak mereka yg bisa dibilang sebaya saya 🤣
Kannn...boleh jadi kawan-kawan gitu. Ohh macam tu. Kalau sebaya dapatlah jadi geng kan.
Deletemenarik. boleh la Kekja try nanti Koffie... btw, cantiknya blog! inspired plak kita hehehe.
ReplyDeleteNanti bolehlah cuba kalau ke Segamat.
DeleteTerima kasih banyak²..Terharu pula.
pernah minum sini...sedap rasa nya..
ReplyDeleteYa, so far apa yang saya pernah order mencapai KPI selera kopi saya. hihi...
DeleteWah Menarik Koffie ni. Nanti ke sana LeYa try singgah dan rasa
ReplyDeleteMenarik dan kopi pun sedap. Silalah ke sini nanti kalau datang Segamat.
DeleteSeronok mengopi ramai2. Menarik Koffie ni.
ReplyDeleteYa, seronok dapat mengopi dan luangkan masa bersama.
DeleteSaya kira ada 13 kerusi. Nasib baik cukup dapat kumpul kerusi untuk borak. Boleh bayang kemeriahan Fiza dan anak saudara berborak.
ReplyDeleteKalau tak cukup seat, kami dah ready nak keluarkan kerusi healing dari dalam kereta. hihi..Meriah lain macam.
DeleteMeriah, mengopi secara berjemaah macam ni.
ReplyDeleteAkak dah lama tak balik Segamat. Sudah ada macam-macam ya, Fizah, Dataran Segamat, kedai kopi best macam ni. 👍
Betul tu kak Nur. Meriah lain macam. Ya, macam-macam ada. Malam pun dah meriah. Nanti singgah mengopi dan ke Segamat Lane tu.
Deleteuiiii betul2 tepi jalan tu...
ReplyDeleteni dpt secawan mau sembang tau2 kedai dah nak tutup hehehe
Tepi jalan tapi ada ruang lagi tu. Hihi..tak boleh sembang lama, esoknya nak raya pastu train awal.
DeleteKak SA pun macam dah lama sangat x mengopi ngan adik beradik
ReplyDeleteTakpe, ada masa nanti boleh set time kupi-kupi bersama.
DeleteNgopi ramai-ramai ni paling best . Serius nampak macam reunion ni
ReplyDeleteKann..meriah lain macam. Lebih kurang Reunion lah gitu kan. Hihi...
Delete