Lepas jumpa doktor terus ke Alpro pharmacy. Minta tolong pharmarcist suggest pelembap aloe vera yang bagus. Dia suggest 2 jenama. Saya pilih Derma Health's Skinlabs Aloe Vera Moisturising Gel. Tak ada pilihan saiz, yang ada cuma 200ml.
Saya pakai sejak bulan April haritu. Sekarang dah nak masuk tiub ketiga dah. Tiub awal dulu dah selamat habis kontang. Tiub kedua di belakang dalam gambar tu dah nak habis. Sebelum habis kena beli stok dulu. Nanti tak kalut. Dahlah masa nak beli tu tinggal 1 je.

Sangat bagus dan serasi dengan kulit saya. Saya suka pakai pelembap jenis gel berbanding krim. Gel tidak melekit dan cepat serap. Dalam seminggu macam tu kulit saya dah mula beransur baik. Selain untuk kulit alergi, sesuai jug untuk kulit sunburn. Sejuk dan melegakan.
Tapi kalau kulit tengah terluka atau tengah mengelupas tu, dia akan rasa pedih sikit masa letak tu. Sekejap je lah tapi. Lepas tu tak rasa sakit dah lah. Mempercepatkan juga proses pengelupasan kulit. Nanti dia tertanggal sendiri kulit mati tu.

Bila dah serasi ni, kita teruskan je lah guna. Tak payah nak bertukar ke produk lain. Harga pun murah. RM17 lebih macam tu. Satu tiub tu saya pakai dalam sebulan kot. Sehari pakai banyak kali, lepas mandi, lepas solat. Kena sentiasa pakai supaya kulit muka tak kering.
Tiub pun besar 200ml dan berbaloilah dengan harga tu. Gel ni pun tak ada bau pelik. Nak ratakan pada kulit pun mudah. Derma Health's Skinlabs Aloe Vera Moisturising Gel ni lah penyelamat masalah kulit saya selama alergi ni. Alhamdulillah...
Halal digunakan dan senang bawa travel. Cuma kalau ada tiub saiz kecil lagi jimat ruang. Tapi setakat ni jumpa saiz ni je kat Alpro Pharmacy. Tempat lain tak tahu.
8 Comments
semoga terus comel dan manis dan cantik.
ReplyDeletekita kulit berminyak, penah pakai sunscreen pedihnya kulit muka.
so hari biasa pakai pelembab Cosmoderm yg memang tuk kawal kulit berminyak.
Hihi..Terima kasih. Kalau pedih tu sebaiknya kena stop pakai. Kita risau betul kalau pedih² kulit muka tu. Yang paling penting pelembap tu, jangan tinggal pakai.
DeleteKalau dah serasi teruskan Fizah. Nanti dah betul² baik barulah buat outdoor xtxt ya.
ReplyDeleteYa, teruskan pakai yang ni je. Nanti silap pakai jadi lagi alergi tu. huhu...
DeleteAlhamdulillah, jumpa produk yang membantu kulit kita. Akak pun pakai aloe vera gel juga sebagai pelembab. Jenama Nature Republic.
ReplyDeleteYang ada bahan aloe vera bagus sangat kan. Nature Repulic eh, nanti saya tengok.
DeleteOh kalau kulit sensitif tak boleh pakai produk yg ada niacinamide ye? Kalau saya mmg akan cari produk yg ada bahan tu sbb sesuai dgn skin concern saya
ReplyDeleteMurah jugak harga dia :D
Ini untuk kes saya. Saya pun akn cari ada niacinamade juga sebab tu skin concern kita kan. Tapi sekarang saya kena pantang dengan dia. huhu…Ye, murah. sekarang concern untuk kulit lebih sihat je. Yang lain tu malas fikir sudah. Hihi…
Delete