Terjebak membeli pewangi bilik air dan toilet jenis fragrance pad ni. Pewangi bilik air viral dan paling tahan lama katanya. Entah masa bila viral pun tak tahu lah. Haritu kakak saya ada beli untuk rumah mak di kampung masa raya.
Di rumah dia pun pakai yang ni juga. Memang wangi! Hilang terus bau-bau yang kurang enak tu. Maka, saya pun carilah nak letak dalam bilik air dan toilet.
Jiran kalau dia goreng ikan masin, sampai berbau dalam bilik air kita. Maklumlah, bahagian dapur dia dekat dengan bilik air kita.
Dah kita yang wangi-wangi mandi ni terasa bau ikan masin pula. Jadi untuk menyahkan bau tersebut. Kita belilah juga pewangi Fresh Magic Fragrance pad ni.
Beli di MR.DIY, RM2.40 sebungkus ada sekeping. Di sini tak banyak pilihan, ada satu jenis bau je iaitu Citrus. Tak ada pilihan, kita ambil je lah 2 bungkus. Satu letak dalam bilik air, satu letak dalam toilet.


8 Comments
boleh dibeli nanti, kita baru je bebel dgn daktiga rumah bau kepam, walhal segala pengudaraan telah dibuka. buat2 ada bau gitu.
ReplyDeletePada bungkusan tu untuk toilet, kereta, rak kasut dan office. Bolehlah tu letak kat rumah di tempat tertentu. A'ah buat-buat ada bau gitu.
DeleteOhh bagus ni, thanks for sharing Fiza.
ReplyDeleteSo far masih bagus berbau kuat. Sama².
DeleteJadi penasaran dengan pewangi ini Mbak.
ReplyDeleteBeli di Mr. DIY ya Mbak?
Coba nanti saya mampir di Mr. DIY. Disini ada juga toko Mr. DIY di Citi Mall, Sukabumi.
Salam,
Ya, beli di MR. DIY. Nanti bolehlah cuba cari. Harap ada juga di jual di store disana.
Deletewahhhh boleh beli nanti ni
ReplyDeleteSilakan beli nanti. hihi...
Delete