
Sejak saya tahu katil tak perlu kemas masa check out, memang tak kemas dah. Senang dorang nak membersihkannya nanti. Tapi di rumah jangan dibuat. Lepas bangun tidur sila kemas.
Selamat tinggal bilik 1115, betul-betul hujung sebelah pintu keluar kecemasan.

Sepanjang duduk hotel ni bila guna lif jarang terserempak dengan orang lain. Jadi ambil kesempatan lah bergambar di dalam lif.
Harini tema navy blue, hitam dan maroon. Selamat sudah merasmikan it luggage yang baru di beli. Macam tahu-tahu je nak travel kan. Mujurlah beli awal haritu.

Luar lif pun ada cermin lagi. Okay ni last kita bergambar. Tapi awat nampak gemuk pula. Agaknnya cermin ni mengejek kita. Mengaku je lah kita gemuk. Huh!

Sampai lobby hotel, seat penuh. Mereka baru selesai urusan check out dan menunggu kenderaan mungkin. Urusan check out tak sampai 5 minit pun.

Cuma menunggu kereta sampai depan hotel lambat sikit. 5 minit lebih jugalah menunggu. Kereta sampai, kami pun beredar meninggalkan hotel.
Alhamdulillah semua urusan kerja Encik suami selesai dan saya pun dapat jalan-jalan di Kuala Lumpur.
14 Comments
Seronoknya dapat jalan² di KL sambil ikut suami berurusan. Memang seronok setiap kali jumpa cermin mesti nak selfi.
ReplyDeleteDapat jugalah ikut jalan-jalan sekali. hihi..pantang jumpa cermin kita.
DeleteBerakhir juga jalan-jalan di Kuala Lumpurnya ya Mbak.
ReplyDeleteNanti akan jalan-jalan kemana lagi Mbak?
Selemat pulang kembali ke rumah, salam hormat untuk suami Mbak.
Salam,
Alhamdulillah berakhir sudah urusan kerja dan jalan-jalan. Hihi..itu tak tahu lagilah.
DeleteTerima kasih. Selamat sudah kembali ke rumah.
Lama duk hotel ye...tapi lega dah la kan dah settle kerja suami tu...sekurang- kurnagnya Fiza dapat berjalan kat KL
ReplyDeleteA'ah lama juga 4 hari. Selesai sudah. Itulah tu, dapat juga jalan-jalan KL. Selama ni jalan-jalan balik hari je. hihi...
DeleteSeronok tu.. Suami kerja, kita dapat folo p jalan2..
ReplyDeleteYee, kita dapat tumpang dua kaki. hihi...
Deletealaaa saya nak pindah planet la. my shuben balik lekaih, nak dating jugaaak!
ReplyDeletebestkan dpt follow asben ke mana sahaja, sambil cuci mata dan cuci poket dan tenangkan hati.
semoga saya dapat begini juga satu hari nanti. sabar dulu!
sista, you are shooooooooookiut! love.
Nanti husband balik bolehkan usulkan. Mana tahu rezeki dapat dating berdua kan.
DeleteHeee...Terima kasih 😁🤣😘
Pernah try beberapa kali ambil gambar depan cermin besar di hotel, tapi tak berapa menjadi hihihiii.
ReplyDeleteHihi...kadang jadi, kadang tidak. Kena ambil masa.
Deletesy kalau check out, cuma tarik je cadar jgn kasi serabut. yg lain2 sy biarkan je hehehe
ReplyDeleteHihi..dah check out bersepah sikit takpe kan.
Delete