Tak ada idea nak makan apa sebenarnya. Kita jalan-jalanlah dulu tengok apa yang ada.

Nampak orang jual Putu Bambu World, encik suami beli sebekas. Beli yang original. Baru tahu Putu Bambu World ni ada macam-macam topping. Ada coklat, strawberi, cheese dan durian. Kami pilih yang original je.
Lama tak makan putu bambu ni. Paling gemar makan putu bambu Juriah di Ayer Hitam tu. Kalau lalu Ayer Hitam, mesti beli. Sedap betul putu bambunya.
Putu Bambu World ni ada banyak cawangan juga ye. Saya baru tahu. Pertama kali makan putu bambu jenama ni.

Satu bekas ni RM6, ada 5 biji putu bambu. Isi gula melaka bersesuailah dengan saiznya. Kelapa parut pun banyak juga. Kira okaylah ni dengan harganya. Rasa putu bambu world ni pun sedap.

Satu bekas ni RM6, ada 5 biji putu bambu. Isi gula melaka bersesuailah dengan saiznya. Kelapa parut pun banyak juga. Kira okaylah ni dengan harganya. Rasa putu bambu world ni pun sedap.
Aroma daun pandan membangkit selera. Rasa lemak kelapa parut bergabung dengan rasa manis gula melaka memang ngam. Yang penting tak terlalu manis. Sedang elok seimbang dengan rasa tepungnya. Sekali hadap je habis kami makan berdua.

Ini kalau makan sorang pun boleh habis. Lain kali boleh ulang membeli.
28 Comments
Last beli 2 kali kelapa macam basi terus stop beli putu Bambu World ni. Awal2 sedap.
ReplyDeleteSayangnya kalau dia tak jaga kualiti kan. Senang hilang pelanggan gitu.
DeleteKalau di kampung saya namanya putu bumbung
ReplyDeleteBiasanya yang jual ,abang-abang keliling
Jajanan kesukaan saya banget
Lebih kurang bunyinya. Kuih yang sedap pasti jadi kegemaran ramai.
DeleteBoleh tahan tersohor juga brand ni....
ReplyDeletesebab dia world, uncle. Mendonia gitu
DeleteSedapmyer putu buluh
ReplyDeleteKuih putu ni jarang mengecewakan selera kan wak.
DeleteSekali tengok macam onde-onde. 😅
ReplyDeleteTak pernah nampak lagi jual kat sini. Harap ada lah nanti. Boleh cuba jugak.
Kalau packaging bertutup sekali imbas memang nampak macam onde-onde.
DeleteKalau ada orang jual, sila cuba OK.
MA kalau gi sana, mcm2 terbeli.. he he he..sedap ni
ReplyDeleteSaya pun terbeli benda lain jugak. Keropok lekor, popia big mag tapi tu tak sempat ambil gambar. Dah lesap masuk perut. hihi
Deletedi saya namanya kue putu. biasanya dijual abang - abang dengan cara di panggul disekolah SD tapi sekarangsudah jarang sekali.
ReplyDeleteDah tak ramai orang jual ye. Kuih begini memang jarang orang jual.
DeleteBaru ni makan jugak..suami beli kat rnr..ada kiosk kalau x salah...tapi best la dapat beli yang masih panas
ReplyDeleteBagus juga ada di RNR. Lagi ramai pembelinya. Yang panas-panas tu lah sedapnya kan.
DeleteAda cawangannya di sini. Tapi akak tak pernah cuba.
ReplyDeletePutu piring je pernah makan. Hehe..
Nanti bolehlah cuba. Putu piring pun sedap jugak. Lebih kurang je kan
Deleteselalu makan yg versi ori jer, tak pernah jumpe plak yg jual lain2 versi
ReplyDeleteItulah tu. Saya pun first time tengok ada macam-macam perisa.
DeleteSelalu juga makan putu bambu World ini. Hehe selalu anak-anak buah suka sangat jadi kadang-kadang mengalah bagi bahagian akak.
ReplyDeleteOhh dah biasa makan, kira sedaplah tu kan. Takpe kak, kita mengalah.
DeleteAkak dulu suka beli Putu Bambu World ni. Favourite. Tapi dah a few times beli, rasa dan kualiti putunya macam dah kurang. Kadang-kadang rasa pandan tu terlebih jadi terlalu artificial, ada sekali tu kelapanya dah rosak… serik dibuatnya.
ReplyDeleteSekarang ni kalau teringin, cari putu piring kat pasar malam je 😂
Tak bestlah kalau tak jaga kualiti kan. Di Pasar malam jarang tak sedap. Dapat makann panas-panas tu yang lagi sedap.
Deleteantara menu yang sedap dimakan pada waktu petang...tempat saya tak ramai yang jual
ReplyDeleteBenar, biasa minum petang tu lagi ngam. Mungkin bukan makanan yang biasa di sana kot.
Deletesblm PKP food truck putu bambu ni ada merata-rata... tp lps PKP dah jarang2 jumpa
ReplyDeleteMacam tu pula dia hilang ek. Tapi yang ni banyak juga cawangannya.
Delete