Lepas selesai jual barangan kitar semula. Jomlah kita ke Senawang cari makanan minum petang di sekitar Pasaraya Besar Giant tu. Area tepi-tepi jalan tu banyak orang jual makanan dan minuman.
Tak ada idea nak makan apa sebenarnya. Kita jalan-jalanlah dulu tengok apa yang ada.

Nampak orang jual Putu Bambu World, encik suami beli sebekas. Beli yang original. Baru tahu Putu Bambu World ni ada macam-macam topping. Ada coklat, strawberi, cheese dan durian. Kami pilih yang original je.
Lama tak makan putu bambu ni. Paling gemar makan putu bambu Juriah di Ayer Hitam tu. Kalau lalu Ayer Hitam, mesti beli. Sedap betul putu bambunya.
Putu Bambu World ni ada banyak cawangan juga ye. Saya baru tahu. Pertama kali makan putu bambu jenama ni.

Satu bekas ni RM6, ada 5 biji putu bambu. Isi gula melaka bersesuailah dengan saiznya. Kelapa parut pun banyak juga. Kira okaylah ni dengan harganya. Rasa putu bambu world ni pun sedap.

Satu bekas ni RM6, ada 5 biji putu bambu. Isi gula melaka bersesuailah dengan saiznya. Kelapa parut pun banyak juga. Kira okaylah ni dengan harganya. Rasa putu bambu world ni pun sedap.
Aroma daun pandan membangkit selera. Rasa lemak kelapa parut bergabung dengan rasa manis gula melaka memang ngam. Yang penting tak terlalu manis. Sedang elok seimbang dengan rasa tepungnya. Sekali hadap je habis kami makan berdua.

Ini kalau makan sorang pun boleh habis. Lain kali boleh ulang membeli.
28 تعليقات
Last beli 2 kali kelapa macam basi terus stop beli putu Bambu World ni. Awal2 sedap.
ردحذفSayangnya kalau dia tak jaga kualiti kan. Senang hilang pelanggan gitu.
حذفKalau di kampung saya namanya putu bumbung
ردحذفBiasanya yang jual ,abang-abang keliling
Jajanan kesukaan saya banget
Lebih kurang bunyinya. Kuih yang sedap pasti jadi kegemaran ramai.
حذفBoleh tahan tersohor juga brand ni....
ردحذفsebab dia world, uncle. Mendonia gitu
حذفSedapmyer putu buluh
ردحذفKuih putu ni jarang mengecewakan selera kan wak.
حذفSekali tengok macam onde-onde. 😅
ردحذفTak pernah nampak lagi jual kat sini. Harap ada lah nanti. Boleh cuba jugak.
Kalau packaging bertutup sekali imbas memang nampak macam onde-onde.
حذفKalau ada orang jual, sila cuba OK.
MA kalau gi sana, mcm2 terbeli.. he he he..sedap ni
ردحذفSaya pun terbeli benda lain jugak. Keropok lekor, popia big mag tapi tu tak sempat ambil gambar. Dah lesap masuk perut. hihi
حذفdi saya namanya kue putu. biasanya dijual abang - abang dengan cara di panggul disekolah SD tapi sekarangsudah jarang sekali.
ردحذفDah tak ramai orang jual ye. Kuih begini memang jarang orang jual.
حذفBaru ni makan jugak..suami beli kat rnr..ada kiosk kalau x salah...tapi best la dapat beli yang masih panas
ردحذفBagus juga ada di RNR. Lagi ramai pembelinya. Yang panas-panas tu lah sedapnya kan.
حذفAda cawangannya di sini. Tapi akak tak pernah cuba.
ردحذفPutu piring je pernah makan. Hehe..
Nanti bolehlah cuba. Putu piring pun sedap jugak. Lebih kurang je kan
حذفselalu makan yg versi ori jer, tak pernah jumpe plak yg jual lain2 versi
ردحذفItulah tu. Saya pun first time tengok ada macam-macam perisa.
حذفSelalu juga makan putu bambu World ini. Hehe selalu anak-anak buah suka sangat jadi kadang-kadang mengalah bagi bahagian akak.
ردحذفOhh dah biasa makan, kira sedaplah tu kan. Takpe kak, kita mengalah.
حذفAkak dulu suka beli Putu Bambu World ni. Favourite. Tapi dah a few times beli, rasa dan kualiti putunya macam dah kurang. Kadang-kadang rasa pandan tu terlebih jadi terlalu artificial, ada sekali tu kelapanya dah rosak… serik dibuatnya.
ردحذفSekarang ni kalau teringin, cari putu piring kat pasar malam je 😂
Tak bestlah kalau tak jaga kualiti kan. Di Pasar malam jarang tak sedap. Dapat makann panas-panas tu yang lagi sedap.
حذفantara menu yang sedap dimakan pada waktu petang...tempat saya tak ramai yang jual
ردحذفBenar, biasa minum petang tu lagi ngam. Mungkin bukan makanan yang biasa di sana kot.
حذفsblm PKP food truck putu bambu ni ada merata-rata... tp lps PKP dah jarang2 jumpa
ردحذفMacam tu pula dia hilang ek. Tapi yang ni banyak juga cawangannya.
حذف