Sejak kewujudan Picnic House by Nak Cikit dan zaman viralnya, belum pernah teringin nak jejak makan di sini. Kali pertama singgah beli mix grill platter untuk makan malam. Tapi bukan makan di situ, bungkus bawa balik.

Mix grill platter
Dalam mix grill platter tu ada lamb grill, chicken grill, jumbo sausage grill, fries dan coleslaw. Untuk hidangan ni kami tak boleh nak telan lamb grill tu sebab bau yang kurang enak.
Mungkin sebab kami ni bukan pemakan daging kambing, itu yang tak biasa dengan bauan tu. Saja je nak cuba sebenarnya. Tapi tekak tak boleh terima. Yang lain-lainnya OK dan habis di makan.
Nasi gepuk godang
Lepas tu cuba pula beli nasi ayam gepuk godang. Nasi dengan ayam gepuk saiz godang (besar), sayur kobis, tempe goreng, tauhu goreng dan juga sambal geprek. Sambal dia padu, pedas! Berapi mulut, berpeluh makan. Sodap tekau kata orang Nismilan. Cap A!
Ayamnya saiz besar, garing di luar lembut di dalam. Berbaloi beli nasi gepuk godang tu. Kenyang betul. Orang Nismilan cakap, bontuih!" Selayaknya satu set nasi tu dikongsikan berdua. Dah beberapa kami order nasi gepuk godang ni di sini. Bungkus juga, tak dine in.
Menu-menu tu tak dapat saya potretkan sebab masa tu malas bukan main-main. Tahu nak makan terus je. Camera tak dapat makan.
Baru-baru ni pernah makan dengan keluarga di Picnic House ni. Kami sampai jam 10.00 malam. Kedai tutup jam 11.00 malam. Lambat dapat makanan. Disuruhnya kita tapau. Ehhhh...macam tu pulak. Lepas tu dia cakap kalau nak makan sini boleh je. Lain pula ayatnya. Mungkin penat lah tu. Tak apa, kami maafkan.
Minuman air botol mineral pun lambat. Bila dah sibuk dan orang ramai, sistem pun jadi huru hara. Kita pun sabar je lah. Tak nikmat nak makan bila kena makan laju-laju sebab kedai nak tutup. Jam 10.40 macam tu baru dapat makanan kot.
Masa tu saya order creamy carbonara with chicken grilled. Sedap boleh tahan. Lepas tu repeat order by Grabfood dan encik suami order salted egg buttermilk pasta with crispy chicken. Pun sedap!
Haritu balik dari Kuala Lumpur, singgah sini nak beli makanan untuk makan malam. Walaupun pernah mengalami pengalaman tak best masa dine in, singgah jugalah. Tak ada idea dah nak beli makanan di mana. Alang-alang dah limpas sini, singgah lah berhenti kejap.
Masa kami sampai tak ramai orang . Ada lah 4 biji kereta di luar. Baru lepas hujan, mungkin orang belum nak keluar makan kot. Kali ni lah baru dapat memotretkan suasana di sini.
![]() |
Welcome Board Picnic House by Nak Cikit |
Konsep Picnic House ni macam Brewhaus yang pernah kami jejak. Perusahaan dijalankan di sebuah rumah banglo, Taman England.

Ada banyak ruangan makan yang disediakan di sini. Ada outdoor, indoor, di dalam bilik kalau nak privacy, ada di beranda, ada juga tempat duduk bersila di bahagian bawah. Disediakan juga permainan untuk hilangkan bosan.
Seperti namanya, konsep santai picnic gitu. Untuk bungkus makanan, kami duduk di luar sahaja. Buat pesanan di kaunter. Kalau makan disini boleh scan QR Code di belakang penanda meja kucing tu.

Potretkan lampu yang menarik ni. Sekali zoom, nohhhh rokiah. Bersawang dan dipenuhi serangga.

Creamy carbonara with grilled chicken
Inilah dia rupa creamy carbonara with grilled chicken. Kali ketiga saya makan menu ni. Creamy sos carbonara dia. Dalam gambar tak nampak sos yang banyak sebab terperangkap di bawah tu. Padahal banyak je. Accesories dia agak kurang sikit tapi okaylah padan dengan harga tu.
Chicken grilled juicy dan lembut. Terasa perapan ayam tu. Sos blackpepper pula sedap yang biasa-biasa. Tak luar biasa sangat. Kalau extra black pepper sedap lagi kot.

Salted egg buttermilk pasta with crispy chicken
Menu ni kami suka. Ulang membeli lagi. Sos salted egg buttermilk dia tak muak sebab ada rasa pedas sikit. Banyak juga sos dia, sama seperti gambar di atas sos dia terperangkap di bawah.
Crispy chicken dia sangat crispy walaupun bungkus bawa balik. Biasanya kalau bergoreng ni cepat soggy kan. lagi-lagi bila baru lepas dimasak dan dibungkus. Tapi yang ni masih rangup lagi.

26 Comments
Dah 2 kali Kak SA makan kat sini..Dania la yang paling suka makan kat sini
ReplyDeleteAda lah tu menu favourite dia. Ataupun suka vibes kat sini.
DeleteUnik juga, restorannya di rumah banglo. Mesti sedap, sebab Fizah banyak kali repeat beli, tapau dan dine-in.
ReplyDeleteunik dan makanan pun sedap. Apa yang saya pernah cuba la. Selain tu tak tahu sedap ke tidak.
DeleteSelamat menjamu selera..
ReplyDeleteSelesai sudah menjamu selera.
DeleteNasib baik tidak serik ya. Hehe mungkin sebab sedap sangat.
ReplyDeleteHihi..sebab sedap dan dekat sikit dengan rumah.
DeleteNampak sedap menu nya. Kalau ke Seremban boleh try. Deko cafe pun cantik.
ReplyDeletePada saya sedaplah. Boleh cuba nanti kalau ke Seremban.
DeleteKalau uncle kebetulan kat somban nak cuba singah lah
ReplyDeleteSilakan singgah uncle kalau ke Seremban.
DeleteSaya suka konsepnya, di rumah lalu di Deco utk tempat makan ala piknik.
ReplyDeleteMemang lamb itu ada aroma khas ya kak. Bagi yg suka mungkin dah biasa, tp bagi yg ga suka, pasti terganggu dengan baunya.
Saya sendiri suka lamb atau mutton, dan tak masalah dengan bau khas dia 😅.
Menarik konsep sebegini kan. Rare dan unik.
DeleteYa, kami tak biasa agak mengganggu selera sikit. Kalau orang dah biasa, of course berselera makan.
Kalau sedap dan servis bagus, bolehlah datang selalu
ReplyDeleteKalau dine in dan waktu sibuk mungkin kurang tip top sikit. Sedap tu sedap, dah banyak kali ulang beli.
Deleteresto ni mmg jauh dari kawasan rumah ke mcm mn?
ReplyDeleteBanglo sebiji-sebiji yang tak jauh sangat dari rumah sebelah sebelah.
Deletedekorasinya unik.
ReplyDeleteDekorasi kena menarik, baru ada orang tertarik nak datang.
Deletenasi goreng takde ke? saya nak nasi goreng... hahaha
ReplyDeleteTak order, mana nak ada. hihi..Tapi tak tahulah ada ke tidak nasi goreng kat sini. Kalau nasi macam nampak nasi lemak dan nasi butter tu je.
DeleteAmmi tak pernah lagi makan kat sini…price range dia ok ke? Nak makan 5 kepala kene tgk harga juga
ReplyDeletePrice dia standard. Sorang 2+ macam tu.
Deletevenue & foods menarik...tapi jauh..kat England...hihi..
ReplyDeleteHihi..jauh nak sampai kan.
Delete