Lepas encik suami habis meeting online dan usai solat asar kami turun ke pantai. Nak melalui jejantas ni kena guna access kad yang diberikan masa check in tadi.

Dah lepas jambatan ni dapatlah ambil gambar signboard hotel dengan terang dan tajam sikit. Kalau ambil dari dalam kereta kabur dan bergegar.

Dah turun jejantas, lepas tu lalu bus stop dan kena turun tangga ni. Seram pula tengok tangga ni. Kemain menjunam. Agak mengah jugalah bila nak naik tangga ni masa balik. Jadi, tak sesuai untuk mereka yang ada masalah sakit kaki.

Turun je tangga ada lorong kecil ni menuju ke pantai. Sebelah kiri ni cafe. Tengok gaya macam kedai minum-minum. Malamlah kot baru buka. Siang macam tak hidup je.

Hujung lorong kedai tu ada anak panah beach. Turun je kat situ. Alamak, macam kurang menarik je. Pool lounger pun nampak menyedihkan. Nampak ada yang uzur. 3 unit je pula tu. Letaklah payung ke, tambah meja ke. Sedaplah sikit mata memandang. Suasana pun macam suram tak ada dekorasi apa.
Mungkin sebab bukan private beach kot. Sebab tu macam ni je rupa dia. Sekadaran ada je buat syarat. Harap ada lah buat penambahbaikan. Sedap sikit mata memandang. Nak lepak pun best lah juga.


Orang tak mandi belah sini sebab macam jerlus je. Tak berani kami nak ke main-main air. Letak kaki kejap di persisiran pantai pun boleh tenggelam sikit. Tak jauh dari tepi pantai pun dah nampak macam dalam.
Kawasan pantai sebelah pulau ni memang banyak dengan batu-batunya. Pasir-pasirnya banyak yang kasar. Sakit kaki memijak.

Bergambar je lah kita kat sini ye. Layan juga permandangan laut yang tak berapa terik. Tapi rasa jugalah bahang tu. Macam nak hujan tapi tak.


Nampak juga cik ketam bergurau senda dengan ombak yang menerpa badan beliau. Nak tolong tak dapat. Nun jauh di sana. Tapi kalau dekat pun takut nak pegang. Kang disepitnya, naya pak karimmm...

Tak lama kami lepak di sini. Jomlah kita balik bilik dan berehat. Buat cukup syarat je ke pantai ni. Sajalah nak rasa pengalaman alang-alang dah menginap di sini. Pantai apa ek nama dia? Pantai Miami ke?
Tengok dalam map ada Pantai Miami berdekatan. Cafe yang lalu tadi tu pun namanya Miami Cafe beachfront. Siapa tahu sila komen.
Kaki dah melekit kena air laut. Pasir pun melekat. Basuh kaki di tepi swimming pool sebelum naik ke bilik.
Bersambung...
6 Comments
tgk gambar macam cantik je pantai tu. sesuailah untuk rehat bg mereka yg tak suke orang ramai
ReplyDeletePantainya cantik dan sesuai untuk rehat-rehat. Budak-budak pun boleh mandi disebelah sana. Tapi kalau panas situ, nak duduk pun tak mahu. Kena ada payung baru best teduh. hihi...
DeleteLama juga tak ke Penang.. Biasa juga kr Penang sebab pakcik kawen dengan orang sana, jadi kenal jugalah sedara mara dia kat Penang.
ReplyDeleteOoo.. Kalau ada sedara mara tu lagi bestlah sambil berjalan dapat ziarah sekali.
DeleteEh ada gunung api kah dekat situ? Soalnya batu2 besar itu biasanya terlempar saat ada gunung api yg sedang meletus. Macam di Pulau Belitung, pantainya ada banyak batu besar seperti itu. Dan semuanya hasil dari gunung api yg dulu pernah meletus. Melemparkan batu2 raksasa ke arah pantai.
ReplyDeleteOh tak ada private beach pula double tree yaa. Kemarin itu papa saya stay di Mercure batu feringhi. Dan ada private beach nya. Sayang juga kalo tak ada.
Tapi jalan turun ke bawah, mengingatkan saya dengan banyak hotel2 di Bali, yg kalo nak ke pantai, turun lewat tangga curam dan tinggi 🤭😄
Mungkin ada cerita sejarahnya yang saya tak tahu. Cakap pasal Pulau Belitung, tertarik juga dengan pulau tu. Cantik dan unik batu-batuan dia. Ada resort juga kalau tak silap.
DeleteYa, rasa macam tu lah sebab macam sesiapa je boleh access ke pantai selepas bridge tu. Mercure Penang Beach hotelnya pun menarik, dari bilik seaviewnya cantik sekali. Best tu ada private beach.
Seramlah kalau tangga begitu. Terus terbatal niat nak ke pantai. hihi...