Birthday bulan Februari, bulan April pun masih dapat hadiah birthday lagi. Hadiah dari kakak sekeluarga, dikirimkan pada sepupu hari raya haritu sebab dia tak balik kampung. Sepupu pun balik Syawal ke berapa entah. Saya pula hari pertama dah balik Pilah.
Jadi dia bagi mak saya je lah. Baru ni ada kesempatan balik kampung. Mujurlah kuih tart nanas favourite saya masih elok lagi boleh dimakan. 2 hari lesap kosong balang. Punyalah sedap.
Kuih tart nanas dah macam hadiah wajib bagi saya setiap tahun je. Tahun lepas pun dapat hadiah tart nanas juga. Waktu raya juga tu. Selain tart nanas, dapat juga bedsheet corak love tema warna blackpink.
Alhamdulillah...
18 تعليقات
dia taulah tu apa fav ucu dia
ردحذفHihi..Alhamdulillah...
حذفHappy birthday kak 🌹 semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik
ردحذفAamiin...Teirma kasih Rabia.
حذفBelated Happy Birthday Fiza 🎈
ردحذفSeronok dapat hadiah, tak kisah besar ke kecil ke... Janji hadiah hihi
Barakallahu fi umrik!
Alhamdulillah..betul tu. Terima kasih kak.
حذفAlhamdulillah rezeki, sedapnya tart nenas.
ردحذفAlhamdulillah..tart nanas yang satu ni memang sedap. Setakat ni, ni paling win.
حذفHappy belated birthday Fizah.
ردحذفMudahlah insan tersayang nak bagi hadiah birthday, tak payah banyak fikir dah sebab dah tahu kegemaran Fizah.
Terima kasih kak Amie.
حذفHihi..nampaknya begitulah.
Hehe nampaknya tiap-tiap tahun akan dapat tat nanas. Sedapnya. Kalau makan sebiji terus tidak berhenti makan.
ردحذفHihi...ada rezeki, dapatlah lagi. Itulah tu, dapat yang sedap cepat habis sebalang.
حذفMesti kuih tart nenas tu kuih kegemaran kak fiza kan ..
ردحذفYa, seperti yang diceritakan. hihi...
حذفtart nanas kalau kena cara buatnya mmg sedap...
ردحذفhappy belated birthday fiza!
Selain tu kena gunakan bahan-bahan yang bagus juga baru sedap.
حذفTerima kasih Anies.
Mesti sedap tart nanas tu, dua hari boleh habis. Akak pun suka tart nanas.
ردحذفTerpaling sedap yang saya pernah makan. Kalau tak kawal, sekejapan tak sampai sehari pun boleh habis ni kak Nur. hihi...
حذفSamalah taste kita.