Selepas berhenti sebentar di Empangan Teluk Bahang, kami singgah di sebuah tempat ni nak cari Cat Beach Sanctuary alang-alang lalu jalan nak ke hotel.

Kami berhenti parkir di Teluk Bahang view point (Kampung Nelayan). Turun kereta nampak lah ada beberapa ekor kucing di situ. Saya sangkakan itulah tempatnya. Ambil gambar kucing-kucing yang ada.

Masa tu ada juga lawatan sekolah mana entah buat program kutip sampah kitar semula kot. Meriah sikitlah suasananya. 

Cat Beach Sanctuary

Melilau mata saya mencari banner Cat Beach Santuary. Tak ada pun. Betul ke tempat ni? Kucing ada, ke kucing ni bukan tempat yang sama. 

Cat Beach Sanctuary Tak Jumpa

Ambil gambar kucing putih ni. Mula-mula manja, lepas tu menyombong. Mentang-mentang kita tak bawa makanan. Tak layan ek.

Cat Beach Sanctuary

Tengok dalam map macam kena jalan lagi ke pesisiran pantai depan sikit tu. Tapi kami tak jalan ke sana. Fikir bukan rezeki kami lah nak jumpa tempat yang betul. Nak masuk dari mana pun tak tahu sebenarnya. Signboard tak jumpa!

Cat Beach Sanctuary

Ambil gambar dan video untuk simpan dalam kenangan je lah kita. Di Kampung nelayan ni ada jual makanan laut segar-segar. Banyak boat-boat nelayan di sebelah jeti (tak ambil gambar).

Cat Beach Sanctuary

Kalau petang-petang tu boleh lah lepak di Teluk Bahang view point ni sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. 

Cat Beach Sanctuary

Nun jauh di sana hotel Angsana. Cantik eh hotel ni. Harga keras betul. Ada rezeki nak juga menginap di situ. Honeymoon sesuai betul.

Cat Beach Sanctuary

Setelah kecewa, jomlah kita gerak check in hotel.