Cekur atau dipanggil kencur adalah sejenis herba dan nama saintifiknya, Kaempferia gigantica. Cekur in english adalah Aromatic Ginger,sand ginger, Cutchery, finger root, resurrection lily dan Chinese ginger.

Cekur boleh dijadikan sebagai sayur atau digunakan dalam masakan tradisional dan dibuat ulaman. Pada zaman dulu, cekur digunakan dalam perubatan tradisional. Rupa paras cekur seperti kunyit cuma warnanya putih.

Seumur hidup saya rasanya tak pernah lagi makan masakan yang dicampur biji cekur atau daun cekur. Jadi tak tahu apakah rasa biji cekur dan daun cekur. Walaupun tak pernah cuba masakan bercampur cekur tapi perasan mak ada tanam pokok cekur di tepi rumah.

Tak tahu pulak pokok cekur ada bunga. Macam pokok kunyit lah. Tiba-tiba ada bunga kunyit. Sebab dia jarang berbunga , itu yang macam tak tahu.

Bunga Cekur

Mulanya main ambil je gambar. Lepas tu baru perasan, pokok cekur rupanya. Cantik bunganya. Bunga cekur berwarna ungu lembut, tekstur kelopak bunga cekur macam baldu. Bila cahaya melimpah terkena kelopak akan nampak jelas kilatan pada kelopak bunga cekur.

Tengahnya ada bulatan berwarna putih. Pokok cekur pun ada pelbagai spesis. Tidaklah saya kenal. Kalau tanya saya cekur jenis apa, memang tak tahu lah jawabnya.