Pertama kali minum Farm Fresh mango tango yogurt. Itupun kebetulan encik suami beli sambil membeli kopi kaww bus stand Pilah. Kotak minuman terakhir yang saya cuba selepas susu pisang, strawberries yogurt dan mixed berries yogurt. 

Seperti minuman yogurt yang lain juga. Campuran susu yogurt dengan buah sebenar tanpa bahan perisa yang lain. Bila saya minum Farm Fresh mango tango ni rasa nak bertango menari keriangan pulak. Eh! 

Sedap! Terasa betul rasa buah mangga sebenar tu. Rasa manga yang secukupnya. Tak masam sangat macam sesetengah minuman yogurt yang lain. Seteguk pun boleh habis ni.
Farm Fresh Mango Tango Yogurt
Buah mangga tak ada nak buat props, pokok mangga pun jadi lah

baca juga :

variasi yogurt drink farm fresh susu pisang

Betullah bagai di kata, keluaran susu Farm Fresh tak mengecewakan. Semuanya sedap-sedap! Belum cuba lagi beberapa perisa yang lain, cafe latte, oat milk, soy milk, chocolate dan almond milk. Nampaknya bila Ramadan tiba nanti mesti susu kurma terlajak laris.

Oh ya, Farm Fresh pun ada keluaran santan juga kan. Ibu santan diberi nama. Tapi belum pernah nampak lagi.