Tarik Aku Ke Syurga, sebuah drama melayu TV3 akan datang gandingan pelakon Zul Ariffin dan Nelissa Nizam. Drama Tarik Aku Ke Syurga adaptasi dari novel tarik aku ke syurga karya Haitun Kamarazaman.

Drama Tarik Aku Ke Syurga full episode bersiaran di slot Samarinda TV3 arahan Malek Rahman. 

drama tarik aku ke syurga full episode

DRAMA TARIK AKU KE SYURGA

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 23 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : Creative Skill Solution

SINOPSIS TARIK AKU KE SYURGA

Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.

“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”

Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.

“Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”

Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu, Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”

Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”

Adakah Zamri mampu berubah?

Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.

Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa? Atau adakah cinta mengatasi segalanya?

PELAKON DAN WATAK

  • Zul Ariffin sebagai Zamri
  • Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
  • Esma Daniel sebagai Dato Azman
  • Lisdawati sebagai Hajah Raudah
  • Ayra Messi sebagai Julia
  • Izzendra sebagai Natasha
  • Keith Foo
  • Idzham Ismail
  • Afzan A.Rahman
  • Myra Zareil