Drama La Luna, drama terbaru Drama On 2 TV2 dibintangi pelakon Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Julia Ziegler, Nasha Aziz, Afiq Muiz, Elisya Sandha, Esma Daniel dan ramai lagi. Drama La Luna episod 1 mula bersiaran pada 13 Februari 2022, jam 8:00 di Drama On 2 TV2.

Drama La Luna tv2 full episode

DRAMA LA LUNA

Mula siaran : 13 Februari 2022
Waktu siaran : Jumaat - Ahad, jam 8:00 malam
Siaran TV : Drama On 2 TV2
Genre : Aksi

PELAKON

  • Zahirah Macwilson
  • Azrel Ismail
  • Julia Ziegler
  • Nasha Aziz
  • Elisya Sandha
  • Afiq Muiz
  • Aida Khalida
  • Esma Daniel
  • Ridzuan Hashim

SINOPSIS LA LUNA

Sepasukan polis menyerbu pusat pelacuran di kediaman mewah dan menangkap gadis-gadis yang menjadi mangsa pelacuran. Luna menjadi peguam bela seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket. Melalui gadis ini Luna mendapat maklumat berkaitan gerakan sindikit ini dan ketuanya, Juan.

Malangnya gadis yang memberi maklumat ini mati dibunuh oleh orang suruhan Juan. Luna rasa bersalah kerana gagal memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada gadis itu. Luna kemudiannya dipanggil sebagai saksi pendakwa kes perbicaraan Juan, ketua sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran.

Juan mengarahkan orang-orangnya mengekori Luna dan mengirim sejambak bunga dengan mesej ugutan kepada Luna. Dalam perjalanan ke pejabat, kereta Luna juga diekori oleh seorang lelaki yang kemudian cuba menembaknya.