Berakhir sudah bab 1 : Januari 2022. Buka muka surat baru Bab 2 : Februari 2022 Bulan Cinta. Kenapa bulan cinta? Bukan sebab hari yang bertarikh 14haribulan tu. Tapi sebab bulan Februari ni ramai ahli keluarga yang sambut birthday. 

Birthday saya 7hb ye, jangan lupa! Sama birthday dengan adik ipar. 1hb birthday anak buah, 5hb birthday kakak ipar, 10hb anniversary bertunang dan 14hb birthday mak dan abang. Sorang lagi anak buah birthday 29hb, tahun lompat. Nampaknya tahun ni tak celebrate birthday lagi lah dia.

Bab 2 : Februari 2022 Bulan Cinta

Fuhh..harini baru kembali balik bercuti dari kampung. Orang cuti, kita balik rumah. Baru nak pelan pelan kayuh blogwalking hari ni selepas beberapa hari cuti. Mujur jugaklah sempat buat schedule auto publish. Taklah sunyi blog bila hari cuti lama. Kannn...

Lengang jalan harini. Senang hati tak jammed. Nak balik kampung hari Sabtu hari tu punyalah jammed dari Seremban ke Kuala Pilah.

This is not just another day
This is another chance to count the blessed and pray
Keep searching for the colours
Even if everything turns grey
It will all make sense one day

 

February 2022 Public Holiday

1 Feb (Selasa) Tahun Baru Cina - Semua Negeri
1 Feb (Selasa) Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
2 Feb (Rabu) Tahun Baru Cina -  Hari Kedua Semua Negeri

Bermula 1 Februari 2022, caj sebanyak RM1 akan dikenakan untuk pengeluaran duit di mesin ATM antara bank.

Selamat bercuti semua orang.