Kirim encik suami roti putih gardenia. Balik balik dia beli sekali roti gardenia karamel masin rangkaian roti gardenia quick bites gold yang terbaharu tu. Katanya mesti nanti saya nak ambil gambar buat entry, kann...

Eh, suami seorang blogger sangat ni!

Terima kasihlah encik suami sangat memahami. Ada jugak modalnya nak buat entry ni. Orang lain dah mencuba, kita baru nak merasa ni haaa.

Roti gardenia karamel masin ni dalam rangkaian quick bites gol. Ada dua jenis perisa baharu quick bits gold iaitu karamel masin dan black forest dengan kismis.
 
Pek dia sama macam roti gardenia quick bites yang terdahulu. Tak ada beza dari segi saiz.
  
quick bites karamel masin review

Yang membezakannya, roti dia jenis roti coklat bukan roti putih biasa. Intinya karamel masin memang sedap. Terasa lah rasa karamel masin masin tu. Bukanlah masin menggila macam dalam masakan. Masin masin manja gitu.

Inti dia boleh tahan banyak jugak. Sebelum ni saya tengok blogger review, intinya seciput je.

quick bites karamel masin review

Mungkin lepas orang complaint, gardenia ambil peduli dan tambah sikit lagi intinya kot. Roti yang sedap dimakan dan tak muak makan. 

Kena dengan selera saya. Cuma nak makan selalu tu tidaklah, Tapi kalau ada dekat rak, mungkin ambil roti karamel masin ni dulu berbanding roti lain.