Dah niat dah, balik kampung nak belikan kek birthday untuk anak buah. Family kakak duduk berdekatan dengan rumah mak abah je. Boleh pulak masa birthday anak buah 13 Disember tu saya lupa. 14 haribulan tu baru teringat dan wish dia happy birthday.

Ala, ucu lupa lah Hannah! Terima kasih cu dia jawab.

Balik haritu sempatlah belikan dia kek. Saya pilih rainbow cake birthday yang comel sesuailah untuk birthday girl kan. Rainbow cake birthday girl yang menarik sampai saya tertarik membeli. Dah macam gaya beli kek untuk diri sendiri pulak.

Mini rainbow cake birthday cukuplah untuk mereka sekeluarga makan. Suka dengan rainbow cake birthday ideas macam ni. Naked cake decoration yang simple tapi menarik.

Memandangkan adik dia birthday bulan Januari, ucu pun sekalikan je lah birthday kek dua orang ni. Birthday boy 13 Januari tapi ucu asyik teringat 3 Januari je tak tahu lah kenapa. Patutlah teringat sebab kakak dorang punya birthday 3 March. 

Confused birthday 3 beradik ni masing masing ada nombor 3.

rainbow cake birthday ideas

Tapi tak menyempat jumpa anak buah si Danish tu sebab masa datang bagi kek dia tak ada. Ikut ayahnya. Esoknya nak balik tak sempat jumpa sebab kelam kabut mengemas balik rumah air banjir dah makin naik.

Takpelah, yang penting dah belikan kek untuk birthday dorang. Dapat jugak merasa sepotong. Sedap dan tak muak makan. Kek pun simple tak sarat dengan krim bagai. Just nice lah untuk budak budak dan orang dewasa makan.

Saya beli di Larizz DKC Segamat Outlet. Harga RM55.