Dah rancang nak pergi klinik kesihatan berdekatan dengan rumah nak check mata sekali lagi sebab masih merah dan kadang kala sakit. Kononnya nak pergi lepas encik suami balik sembahyang Jumaat semalam. Dekat dekat pukul 3 tu pergi lah kami berdua ke klinik kesihatan tu.

Sunyi sepi, kenderaan pun tak ada kat tempat parkir. Kami fikir belum bukak agaknya lepas rehat tengahari. Ke sebab proses sanitasi? Tengok waktu operasi sampai jam 5:00 petang. Tunggu punya tunggu. Tak jugak bukak.

Klinik Kesihatan Negeri Sembilan

Kemudian kami pergi klinik kesihatan yang kedua jauh sikit dari rumah. Sekali dengan pintu pagarnya tutup. 

Klinik Kesihatan Negeri Sembilan

Terus upload kat instagram story. Lepas tu anak buah cakap, "hari ni NS public kan".

Aduh, tepuk dahi terus. Tak pasal pasal kena gelak "Hahahahahhaha 🤣 orang Selangor pulak ingatkan orang NS". Apolahhh orang dok Nismilan ni tak tahu. Sebab husband pun bukan kerja Nismilan. Selangor nun! Memanglah tak alert!

Klinik kesihatan tutup sebab ini. Memang Public Holiday lah cerita dia.

Public Holiday Negeri Sembilan

Buat penat je bersiap bagai semua. Orang lain tahu dah, kita je yang lalai. Hahaha..gelakkan diri sendiri. Lain kali sebelum datang tengok dulu tarikh tu betul-betul.

Terpaksalah pergi hari Isnin minggu depan. Harapnya mata merah dah okay dah lah masa tu, bab pergi klinik ni memang malas. Lagi lagi musim Covid ni kan. Kalau boleh nak elakkan. Nak tunggu lama yang paling malas tu.