Tahu-tahu dah sampai di One Heritage Hotel Seremban. 10-15 minit macam tu dari rumah. Dah kenapa tiba-tiba nak stay hotel dekat dengan rumah je. Saja je lah nak stay away kejap. Selaras dengan tagline One Heritage Hotel, "home away from home"

Home away from home
definition: a place where you feel as comfortable as you do in your own home

Begitulah... Mulanya saya nak stay hotel Bilik Bilik By Muo tapi bilik yang menarik tak available. Makanya, kita bertukar ke One Heritage Hotel. Itupun last room. Nasib nasib je tu dapat bilik terakhir yang saya nak tu. 

Ingatkan Port Dickson je ramai orang berkunjung. Seremban pun ramai orang check in eh. Bosan agaknya duduk rumah. 

One Heritage Hotel ni hotel bertaraf 3 bintang. Boleh dikira sebagai budget hotel yang cantik dan menarik. Konsep interior design dia sangat menarik yang membuatkan saya tertarik. Dari luaran bangunan hotel ni macam English style. Tak sempat pulak nak ambil gambar dari depan hotel.

Saya pilih Standard Queen Room, Saiz bilik 14 m²/151 ft² dan katil queen. Katil queen je pun yang ada. Nama pun Queen Room kan. 

Waktu check in pukul 3:00 petang. Disebabkan dekat taklah rushing pun kejar masa. Urusan check in pun sekejap je lebih kurang 10 minit macam tu menunggu. Macam biasa deposit RM50 cash.

Masuk masuk One Heritage Hotel ni dah kagum dengan dekorasi dia. 

One Heritage Hotel Seremban
receiption dari sebelah kiri

One Heritage Hotel Seremban
receiption dari depan

Tempat duduk menunggu ni cantik. Bangku rotan. Tempat saya ambil gambar yang pertama.

One Heritage Hotel Seremban
berhadapan dengan receiption


Selepas settle urusan check in, jomlah ke bilik. Tak nampak lif, nampak ada tangga je. Sebab 3 tingkat je pun hotel ni.

One Heritage Hotel Seremban

Boleh pilih nak naik tangga mana satu. Dua dua laluan pun berjumpa juga akhirnya kat atas tu nanti.

One Heritage Hotel Seremban

Saya ikut laluan tangga ni sebab lebih dekat dengan bilik. Boleh tahan tinggi jugak nak naik tu. Ini baru setingkat. Belum lagi sampai tingkat 3. Saya memang pilih bilik higher level.

One Heritage Hotel Seremban

Sampai tingkat 3 dah mengah tercungap dengan pakai mask lagi kan. Itulah tu, lama tak buat senaman. Kan dah mintak nafas.

One Heritage Hotel Seremban

Dekorasi kat tangga pun cantik. Sesuai sangat lampu dan berlatar belakang kan gaya cat sebegitu rupa.

One Heritage Hotel Seremban

Naik tangga belok kiri jumpa dah bilik. Cantik pulak cat bulatan tu separuh di dinding dan separuh di pintu.
 
One Heritage Hotel Seremban

Tertarik dengan plat no bilik ni. Style sangat.

One Heritage Hotel Seremban
angle dari bawah


Bilik yang agak luas dan selesa. Cuma kurang bersih sikitlah ada habuk tepi antara lantai dan dinding dan juga perabot. Tak vacuum betul betul kot. Kurang maintainance rasanya.

One Heritage Hotel Seremban

Pandangan dari meja pulak. Masa check in cuaca elok panas. Jadi cerahlah sikit gambar bila lighting on point.

One Heritage Hotel Seremban

Terpaling minat dengan meja dan kerusi ni. Cantiknya alahai meja kayu dan kerusi rotan ni.

One Heritage Hotel Seremban

Wall shelf pulak industrial style, pengganti almari.

One Heritage Hotel Seremban

Ada 2 botol air, sepasang bathrobe tapi tak pakai pun. Lainlah kalau ada bathtub atau swimming pool depan bilik, boleh jugak menggayakannya. Ini tak ada. Tengok je lah.

One Heritage Hotel Seremban

2 helai tuala dan juga selipar bilik.

One Heritage Hotel Seremban

Bilik air besar. Kebersihan tu so so je lah. Nak kata bersih sangat tidak, nak kata kotor sangat pun tidak. Boleh terima keadaan bilik air tu. Cuma pintu bilik air tak boleh dikunci je. Takde hal lah kalau laki bini kan.

Dalam bilik air ada tuala, 2 botol shampoo dan 2 buku sabun. Berus gigi, ubat gigi, sikat, shower cap, body lotion non hado. 


One Heritage Hotel Seremban

Ini permandangan dari tingkap bilik. Berhadapan dengan One Heritage Hotel Seremban ni. Semua bangunan design dia macam ni. English style. Panas terik masa ni. Langit biru tanpa awan putih. Dapatlah menggambarkan burung merpati sekeping dua.

One Heritage Hotel Seremban

Di tingkat 3 sebelah bilik ada seating area dan pantry. Ada coway kat sini kalau nak topup air sejuk atau menikmati air panas. Kalau nak iron baju kena datang sini, tersedia iron dan iron board.

One Heritage Hotel Seremban

Sebelum balik sempat ambil gambar kat sini. Tak sempat nak lepak mengopi ke apa. Dari check in sampai check out duduk dalam bilik je lah. Makan pun order food delivery by foodpanda. Duduk tengah bandar, banyak pilihan yang ada. 

One Heritage Hotel Seremban

Dari sudut lain bahagian pantry ni ada seating area tapi kerusi dan ottoman tu dorang susun elok je. Macam tak bagi orang duduk lepak ke macamana?

One Heritage Hotel Seremban

Suka tengok ruang pantry ni. Bohemian style. Macrame bag digantung sebagai hiasan.

One Heritage Hotel Seremban

Bahagian sinki dia pun cantik. Table top concrete industrial style. Lukisan bulatan tu naikkan seri dan sesuai dengan bidai pada tingkap cermin tu.

One Heritage Hotel Seremban

Ini pantry ground floor sebelah receiption. Tingkat 2 je saya tak sempat nak membelek. Terus turun je masa check out.

One Heritage Hotel Seremban

Seating area pun kosong tanpa bantal dan ottoman. Dalam gambar masa book penuh je kat sini dengan accesories. 

One Heritage Hotel Seremban

Sebelah dia ada seating area juga dan jalan terus ada bilik bilik lain. 

One Heritage Hotel Seremban

Check out macam biasa pukul 12:00pm. Tapi kami check out awal. Kerja dah memanggil. Lepas tu sempat pergi klinik sebelum sampai rumah sebab sakit mata.

Kesimpulannya, best bermalam di hotel One Heritage Hotel Seremban ni. Cuma yang tak bestnya persekitaran luar hotel. Jalan yang sibuk dan sempit. Parkir penuh dan parkir kena bayar ye. 

Balik check out dapatlah surat cinta diselitkan pada wiper kereta. RM10 kalau bayar sebelum 19hb. Selepas 19hb lambat bayar kena bayar RM50. Bayar secara online je. Cepat cepat bayar RM10 sebelum terlupa dan kena bayar RM50.

Barisan kedai banyak pusat kecantikan, ada butik, bakery, dobi dan kedai makan. Mostly semua hak didominasi kaum Cina. Rasa macam tak best nak berjalan keluar kawasan tu. Kalau ada kedai kopi hipster boleh jugak layan kopi kan. Tapi tak ada.

Duduk dalam bilik rehat rehat pun okay dah. Tenang seketika. 

Harga 2 hari 1 malam RM117.90, book masa sale.

Alamat :
Matrix Court, 13;;14, Jalan Tan Sri Manikavasagam,
Taman Saga, 70200 Seremban, Negeri Sembilan