Macam teringin lah nak makan mi kari. Luah isteri pada suami. Lalu si suami pergilah keluar membeli. Beberapa minit lepas tu dapat panggilan. Mi kari habislah, nak beli makanan lain tak? Ermmm...soto ada tak?

Setelah bertanya tuan kedai, ada jawabnya. Okay soto pun soto lah. Asalkan masih di bawah senarai makanan favourite. Orang Johor dan soto berpisah tiada. Gituhhhh...

Tak ada rezeki mi kari, dapat makan soto nasi impit pun okaylah. Masih boleh tolerate dengan si tekak.

Soto Nasi Impit

soto nasi impit yang simple tapi sedap! Dah berkali kali beli. Suka rasa supnya yang kena dengan selera. Tak kuat rempah ratusnya. Kekurangan dia cuma tak ada taugeh, sayur favourite dan jugak begedil. Sambal kicap ada tapi lupa pulak nak letak masa ambil gambar.

Tak cukup rencah tak mengapalah, asalkan sedap mengikut selera. Bukan setakat suka supnya, ayamnya sedap jugak. Ayam goreng rangup dan di potong potong. Dalam gambar nampak sipi je tenggelam dengan accesories atasnya.

Sekarang dah jumpa kedai makanan favourite. Tak risau lah mana nak cari lontong, mi kari dan soto yang sedap. Pergi je menapau kat Resto Aisyah De' Kitchen. Semua makanan sedap kena dengan selera dan berbaloi dengan harga.