Sejak viral sabun pencuci pinggan sunlight yang berjenis jenis ni, agak payah nak dapat sunlight sakura tu. Merata carianya. Family Store, Zemart, Giant Kuala Pilah sampailah ke Mirwarna Segamat dok membelek.

Baru haritu balik kampung dapat membeli sambil membeli barang dapur mak. Kemain jauh lagi baru mendapat Sunlight Sakura ni. Beli online confirmlah ada. Cuma malas nak menunggu. Dengan sekarang ni kalau beli barang online, seminggu baru nak sampai. Huh!

Payah Betul Nak Dapat Sunlight Dishwasher Sakura Fresh

Jenis-Jenis Sunlight dan Fungsinya

Sunlight Dishwasher Sakura & Orange

Mengandungi 100% pati minyak semulajadi yang wangi dan mampu menghilangkan kesan minyak dan kotoran 5 kali ganda cepat. Baunya sangat wangi boleh menghilangkan busuk yang melekat.
Wangi betul, dah macam bau shower gel bau dia.

Sunlight Dishwasher Sakura & Orange

Sunlight Matcha Green Tea & Lime (Anti-Odour)

Memiliki bau green tea yang menyenangkan dan sangat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Mampu menyingkirkan kesan bau yang kuat dan kurang menyenangkan.

Sunlight Matcha Green Tea & Lime

Sunlight Lemon

untuk menanggalkan kesan minyak degil dan sesuai untuk mereka yang kulit sensitif. Sesuai digunakan untuk bersihkan kesan minyak pada bekas plastik dengan lebih berkesan. Baunya wangian lemon yang wangi.

Sunlight Lemon

Sunlight Grapefruit & Rose Hip (Gentle)

Mengandungi pati minyak semulajadi untuk kegunaan mereka yang berkulit sensitif.

Sunlight Grapefruit & Rose Hip

Sunlight Lemon & Mint (Anti-Bacterial)

Formulasi baru yang menyegarkan mampu membunuh bakteria dan menghilangkan kesan bau yang melekat.

Sunlight Lemon & Mint (Anti-Bacterial)

Sunlight Mineral Salt & Aloe Vera ( Nature)

Sesuai digunakan untuk membersihkan kotoran bekas makanan bayi ataupun kanak-kanak. Tanpa parabens dan tanpa phophates. Boleh digunakan juga untuk mencuci sayuran, buahan, botol susu dan mainan kanak-kanak.

Sunlight Mineral Salt & Aloe Vera ( Nature)

Sunlight Lemon

Sabun pencuci pinggan yang kuat mampu menanggalkan kotoran dan kesan degil 5x ganda termasuklah kotoran degil pada bekas plastik. 

Sunlight Lemon

Lime ni dah biasa nampak kan. Yang label new tu memang terlajak laris. Walaupun penggunaan berbeza, fungsi yang satu tetap sama iaitu mencuci pinggan mangkuk. Pilih mana yang sesuai dengan kegunaan harian.

Saja je membeli nak bau sunlight sakura. Padahal hari hari pakai Axion je yang lebih power hilangkan kesan kunyit. Itu paling penting tu. Putih blender bukan kerana tak masak tapi ada caranya hilangkan kesan kuning kunyit yang degil.

Cuma Axion tu tak sesuailah untuk mereka yang kulit sensitif.