Sewaktu ambil bungkusan satu lagi ni yang elok terletak di tembok, perasan bungkusannya dah koyak. Nampaklah isi dalamnya. Mujur plastik see through tu tak koyak. Kalau tidak, memang terbarailah. 

Entah bila masa bungkusan ni sampai tak tahu lah. Tak ada hon, tak ada orang bagi salam, tak ada bunyi kereta pun. Tahu tahu dah ada kat tembok.

Walaupun dah nampak isi dalam dan tahu pengirimnya, tetap excited nak buka bungkusan. Sekali buka, bukan 1 bukan 2 bukan 3 tapi 5 buku sekali dapat! Dengan sticker comel lagi tu. 

  • Executive planner 2022
  • Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku
  • Janji Itu pasti edisi Nov 2021, Antologi cerpen bersama Novelis Hasreeyati Ramli
  • Titipan Suara Hati edisi Okt 2021, Antologi cerpen bersama Novelis Hasreeyati Ramli
  • Sticker Molang Point
  • Mini note book

Top 10 Komentator Blog Syazni Rahim

Bertambah koleksi planner 2022. Banyak benda nak ditulis dalam tu. Mini note book berupa kucing tu comel betul. Sayang pulak nak guna. Sticker Molang point tak kurang jugak comel dia. Sayang jugak nak gunakan dia. Dah semuanya sayang, kita simpan dulu lah.

Paling rasa tak percaya dapat hadiah buku "Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku" buku fresh from pencetak dari penulis sendiri. Buku solo ketiga hasil tulisan beliau. Siapa je tak teruja dapat hadiah buku baru keluar ni kan. 

Yang berminat nak tambah koleksi pembacaan boleh pre order buku "Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku". Sesuai untuk pembacaan kanak-kanak dan dewasa. Nanti dah baca saya update entry lainlah ye.

Terima kasih banyak banyak blogger Syazni Rahim. Dah berkali kali terima hadiah dari beliau sempena jadi top komentator. Naik segan juga dibuatnya. Orang memberi, kita menerima. 

Kali ni saya dapat sempena jadi Top Commentator Blog Syazni Rahim Disember 2021 dan sepanjang tahun 2021.

Semoga terus berkarya menghasilkan buku buku seterusnya. Bukan mudah nak menulis dengan kekangan masa untuk kerjaya dan keluarga. Salute ada masa untuk menulis buku. Tahniah!

Jom singgah blog syaznirahim.com

Saya memang jenis komen sekali banyak. Lebih dari satu lah kalau sekali singgah. Sejenis tak reti nak komen seketul je melainkan entry baru ada seketul je belum dikomen. 

Kalau lama tak singgah, banyak entry banyaklah saya komen selagi tak keluar robot tu. Bergantung pada masa jugak sebenarnya. Kadang sikit jugak komen, nanti nanti singgah lagi. Macam tu lah kaedahnya.

Ada masa tak dapat nak singgah dan komen. Tekan tekan tak publish pun. Komen pun hilang. Adeh!