Warung Wak 3, Program hiburan terbitan Awesome TV kembali lagi setelah mendapat sambutan yang baik dari musim pertama hingga musim kedua. Warung Wak 3 mula bersiaran pada 11 November 2021 di slot Ohsem-tainment setiap Khamis, jam 11:00 malam.

Warung Wak 3 Awesome TV
 

SITKOM WARUNG WAK 3

Jumlah episod : 13
Waktu siaran : Khamis, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro saluran 123, MyTV saluran 112
Ulang siar : Website Awesome TV

Hos : 
Ropie Cecupak sebagai Wak Zaman pemilik Warung Wak
Shuk Sahar sebagai Pembantu tukang masak Wak
Iskandar Norzaman @ Brian sebagai pembantu Warung Wak

Tetamu :
Pasangan suami isteri, adik beradik dan juga rakan artis

Warung Wak 3

Warung Wak 3 sebuah program sitkom, bual bicara santai antara hos dan artis jemputan. Masih mengekalkan konsep yang sama pada musim lalu iaitu warung. Pada musim ini Warung Wak sudah dinaik taraf kerana perniagaan Wak bertambah maju.

Program ini dihoskan oleh pelawak terkenal Ropie Cecupak sebagai Wak Zaman pemilik Warung Wak. Dibantu oleh Brian atau nama sebenarnya Iskandar Norzaman seebagai pembantu Wak Zaman di Warung Wak. Bukan itu sahaja, kehadiran tukang masak yang baharu juga akan menceriakan lagi suasana warung tersebut.

Kebanyakan artis yang datang singgah di Warung Wak adalah pasangan suami isteri, adik beradik dan juga rakan artis. Wak Zaman, dibantu seorang tukang masak iaitu Shuk Sahar akan berkongsi resepi-resepi mudah dan juga menemu ramah artis jemputan tentang isu-isu dan topik yang menarik mengenai mereka.

Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik di Awesome TV.