Tarikh tayangan Siri animasi Mechamato keluaran Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) dijadualkan bersiaran secara rasmi pada 4 Disember ini di platform WarnerMedia’s Cartoon Network bagi Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Australia serta New Zealand.

Kemudian disusuli dengan siaran rasmi di Korea Selatan pada 11 Disember dan Jepun pada Mac 2022. Episod ‘sneak peek’ siri Animasi Mechamato pula akan disiarkan khas di Cartoon Network pada 6 November ini.


FILEM MECHAMATO

Tarikh tayangan : 4 Disember 2021
Siaran TV : Cartoon Network (Astro 615)
Produksi : Animonsta Studios Sdn Bhd

SINOPSIS MECHAMATO

Mechamato berkisarkan pengembaraan seorang budak lelaki bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot. MechaBot adalah sebuah robot yang kebolehan untuk ‘Mechanize’ objek biasa menjadi peralatan canggih. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi wira berperisai, Mechamato!

LAGU TEMA (OST) MECHAMATO

Armored Hero Mechamato
Lagu tema utama untuk 'Mechamato The Animated Series' dinyanyikan oleh Shah dari band indie Modescape dari Malaysia, versi bahasa Inggeris pula dinyanyikan oleh Nil Cardoso dan dirakam di Amerika Syarikat.